Monday, 28 September 2020

Tanda-Tanda Dan Gejala Sembelit Yang Perlu Diketahui

Sembelit merupakan satu keadaan yang sering dihadapi oleh individu yang mempunyai masalah dalam pembuangan najis atau sistem pencernaan.


Tanda-Tanda Dan Gejala Sembelit Yang Perlu Diketahui


Gejala Sembelit Yang Patut Diketahui

Sembelit sebenarnya merupakan satu gejala atau satu masalah dalam sistem pencernaan dan ianya bukan satu penyakit. Walaubagaimanapun, setiap orang pernah mengalami masalah sembelit dalam kehidupan mereka dan selalunya adalah disebabkan oleh amalan pemakanan yang tidak baik.

Sembelit berlaku apabila kekerapan membuang air besar menjadi semakin berkurangan dan menghadapi kesukaran ketika ingin membuang air besar.

Tanda-Tanda Dan Gejala Sembelit 

Setiap orang yang mengalami masalah sembelit mempunya gejala yang berbeza. Namun, berikut adalah antara gejala sembelit yang sering dihadapi oleh orang yang menghadapi masalah ini:-
  • Kurang mempunyai selera makan
  • Kembung, rasa kejang atau sakit pada perut
  • Tidak membuang air besar selama beberapa hari.
  • Ketika membuang, najis yang terhasil adalah keras dan kering.
  • Gigi mengetap, kaki tersilang, punggung dikepit bersama, muka menjadi kemerahan apabila kanak-kanak cuba untuk menahan pembuangan najis untuk elakan ketidakselesaan.
  • Sedikit cecair atau calitan najis lembt pada seluar dalam kanak-kanak.

Sebab-Sebab Dan Punca Sembelit

Bagaimana proses sembelit berlaku?

Sembelit berlaku apabila kolon menyerap terlalu banyak air atau jika otot kolon mengecut secara perlahan atau lembab menjadikan najis bergerak ke arah kolon dalam keadaan terlalu perlahan.

Akibatnya, najis menjadi terlalu keras dan kering.

Ketika makanan bergerak menerusi kolon, kolon akan menyerap air daripada makanan semasa ia membentuk bahan buangan ataupu najis.

Pengecutan otot pada kolon akan menolak najis ke rektum (bahagian akhir pada usus besar). Ketika sampai ke rektum, ianya telah menjadi keras kerana kebanyakan air telah diserap.

Sebab-Sebab Berlakunya Sembelit
  • Tidak mengambil makanan berserat dalam diet harian
  • Kurang melakukan aktiviti fazikal
  • Sindrom gangguan semasa pembuangan air besar (Irritable Bowel Syndrome)
  • Perubahan dalam kehidupan rutin seperti mengandung, penuaan dan pengembaraan.
  • Penyalahgunaan julap.
  • Menahan membuang air besar
  • Kurang penambilan air dalam diet harian
  • Mempunyai masalah dengan kolon dan rektum
  • Masalah dengan fungsi usus (sembelit kronik)

Apakah Kesan Dan Komplikasi Sembelit

Sembelit yang berpanjangan dan serius boleh menyebabkan buasir berlaku. Buasir terjadi apabila berlaku kesan koyakan pada kulit di sekeliling anus (Anal Fissure) disebabkan oleh menahan untuk membuang air besar

Ia berlaku kerana najis yang keras meregangkan otot Sphincter. Kesannya mungkin akan berlaku pendarahan pada rektum dimana darah akan kelihatan pada permukaan najis.

Selain itu, regangan juga boleh menyebabkan rektum terkeluar (terjatuh) dan ini boleh menjurus kepada pengeluaran mukus dari dubur. Rektum yang terkeluar dengan teruk dan kronik memerlukan pembedahan untuk menahan usus dari terkeluar ataupun untuk membaiki lapisan yang terjatuh.

Sembelit juga boleh disebabkan oleh najis yang keras memenuhi ruang usus dan rektum dengan ketat yang mana penolakan najis secara normal tidak mampu membawa najis keluar.

Ini dikenali sebagai Fecal Impaction dan biasanya berlaku kepada kanak-kanak dan juga orang dewasa.

Impak ini boleh dilembutkan dengan penggunaan minyak mineral yang diminum atau disuntik menerusi dubur.

Langkah Pencegahan Dan Rawatan Untuk Masalah Sembelit

Dalam membantu masalah sembelit yang dihadapi, tips mudah seperti berikut mungkin boleh membantu:
  • Makan pelbagai jenis makanan yang berasaskan kekcang, bijirin, buah-buahan segar dan sayur-sayuran.
  • Minum air secukupnya.
  • Melakukan aktiviti senaman secara berkala.
  • Elakan untuk menahan rasa untuk membuang air besar
  • Perkara utama dalam merawat masalah sembelit ialah dengan memastikan pengambilan air kosong adalah mencukupi dalam diet harian selain memakan makanan yang berserat tinggi.
Pengambilan air kosong yang mencukupi membantu masalah sembelit

Jika anda tidak mampu menahan sakit terlampau, langkah terbaik berjumpalah dengan doktor bagi mendapatkan rawatan atau ubat untuk membantu atasi sembelit. 

Ubat melembutkan najis akan diberikan bergantung kepada keseriusan masalah itu.

Your Bestie:
Hayati Suki (SisYat)
-Yang pernah mempunyai masalah sembelit dan buasir-

7 comments:

  1. Pernah mengalami sembelit zaman sekolah dulu, siap pergi jumpa doktor. Doktor sarankan makan buah prune. Beli satu pek, makan habis..alhamdulillah memang berkesan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak. Sama la..brand die lupa dah yg sy beli tu tp yg pasti yg iklan kt tv..hehe

      Delete
  2. iena memang ada masalah sembelit, keturunan kot.. abah and kakak pun sama. So memang kene banyak makan sayuran and buah buahan

    ReplyDelete
  3. Sembelit ni memang sakit. Nk meneran mcm tak puas pun ada.

    Kena banyak minum air dan ambil serat

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda :-)

Penafian / Disclaimers

#1 Segala testimoni /penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan terlebih dahulu.

#2 Segala perkongsian kisah peribadi adalah HAK MUTLAK saya dan keluarga. Semuanya adalah berdasarkan pengalaman dan kenangan kami. TIADA berkaitan dengan yang hidup atau yang mati. HANYA KEHIDUPAN KAMI.