Thursday, 29 October 2020

Testimoni Vivix Shaklee : Berpantang Selepas Bersalin Bersama Vivix

Testimoni Vivix Shaklee : Berpantang Selepas Bersalin Bersama Vivix | Selepas bersalinkan bayi yang comel, proses berpantang menjadi perkara yang paling dititik beratkan oleh para ibu.

Kesihatan dalam proses penyembuhan selepas bersalin adalah perkara utama yang perlu para ibu beri perhatian. Tidak kira samada bersalin secara normal atau c-sec (pembedahan).
Di sini, Sisyat kongsikan pengalaman para ibu berpantang selepas bersalin bersama Vivix Shaklee. Mereka telah mengambil Vivix Shaklee semasa dalam tempoh berpantang samada bersalin melalui pembedahan atau secara kelahiran normal

Testimoni Vivix Shaklee #1 : Berpantang Selepas Bersalin Bersama Vivix | Pn Aeinna Musa

Teruja Bila Luka Cepat Baik Dan Badan Pun Bertenaga

"Ena nak kongsi pengalaman Ena sendiri. Ada beza berpantang dengan set berpantang Shaklee bersama Vivix dengan tak. Dua-dua Ena dah rasa.

Masa berpantang anak pertama tak ambil apa-apa suplemen. Luka bersalin lambat baik. Even sebulan dan selepas berpantang pun kadang-kadang datang lagi rasa ngilu tu.

Bila amal Set Berpantang Shaklee termasuk Vivix, dalam masa seminggu dah tak rasa apa-apa kat tempat jahit. Tapi Ena still jalan slow juga la.

Sendiri rasa pelik dan teruja bila luka cepat sembuh. Badan pun cepat recover, bertenaga dan kulit pun makin berseri.

Ramai yang tegur Ena tak macam baru lepas bersalin"

Testimoni Vivix Shaklee #2 : Berpantang Selepas Bersalin Bersama Vivix | Pn Indira Ananth

Luka Baik Dalam 2 Minggu Dan Badan Sangat Cergas

"Masa anak pertama, saya bersalin Ceaser dan belum kenal Shaklee lagi.

Bersalin anak kedua pun ceaser juga, tapi dah kenal Shaklee. Minum Vivix, luka baik dalam 2 minggu dan rasa cergas sangat-sangat. Orang tegur nampak macam tak pantang.

Masa anak pertama, luka bersalin ambil masa sebulan baru nak baik"

Testimoni Vivix Shaklee #3 : Berpantang Selepas Bersalin Bersama Vivix | Pn Syahida Ali

Muka Tak Pucat Dan Luka Baik Dalam 2 Minggu

"Syida pun berpantang dengan Set Hamil Lengkap Shaklee masa anak pertama dan kedua. Cumanya anak kedua, Syida add on Vivix. Orang memang tegur nampak cergas dalam pantang.

Ena dalam melawat Syida masa pantang anak kedua cakap muka tak pucat langsung macam bukan dalam pantang. Luka dalam 2 minggu dah baik dan tak sakit.

Syida bersalin normal untuk kedua-dua anak Syida. Masa bersalinkan anak kedua, luka kena jahit banyak sikit banding anak pertama sebab doktor kena gunting. Anak lemas dalam perut masa tu"

Testimoni Vivix Shaklee #4 : Berpantang Selepas Bersalin Bersama Vivix | Pn Idayu Rosli

Luka Cepat Baik Dan Tiada Kesan Luka

" Saya bersalin baru ni pun emergency ceaser. Serius takut sangat nak menghadapinya sebab tiada pengalaman ceaser. Tekad beli Vivix sebab baca pengalaman orang yang berpantang dengan Vivix ni best.

Alhamdulillah, luka cepat baik. tiada kesan pun luka tu. Nampak macam garis halus je sekarang. Masa dalam pantang pun tak rasa macam bersalin ceaser. Rasa macam bersalin normal je.

Lepas 3 minggu bersalin, dah boleh mandikan baby dan menjaga kakak-kakak si baby yang berumur 2 dan 3 tahun"

Testimoni Vivix Shaklee #5 : Berpantang Selepas Bersalin Bersama Vivix | Pn Ainniah Zulkefli

Husband Terkejut Bila Luka Dan Tutup Dan Kering

"Ain sempat habiskan Vivix masa pantang sebab tinggal sikit je.

Ini pertama kali Ain berslin secara Ceaser. Luka kat kulit cepat kering.

Hari kedua husband dah tegur. Kulit dan cantum elok dan dak kering. Masa pantang ni juga ambil Zinc Shaklee. Siapa-siapa yang nak bersalin, Ain cadangkan berpantang dengan Vivix bersama Zinc."

Testimoni Vivix Shaklee #6 : Berpantang Selepas Bersalin Bersama Vivix | Pn Shieda Balqis

Luka Cepat Baik Dan Badan Bertenaga Lepas Bersalin Ceaser


"Pertama kali ceaser, masa bersalinkan anak pertama di hujung usia 20an. Tak ambil Vivix tapi ambil set berpantang lengkap dan add on Zinc. Luka pun cepat sembuh dan kering.

Masa bersalinkan anak kedua juga caeaser di usia 30an. Rasa sakit ceaser anak kedua lebih teruk dari ceaser anak yang pertama. Tapi alhamdulillah, asbab ambil Vivix rasa sakit tu kurang. Luka pun cepat kering, badan rasa bertenaga sampaikan hampir lupa tengah berpantang"

Baca juga:


Berminat untuk mencuba Vivix ketika berpantang, boleh hubungi kami di talian 019 397 9157 atau klik butang Whats App di sebelah kiri blog untuk maklumat lanjut.

Your Bestie:
Hayati Suki (SisYat)
Pengedar Sah Shaklee
019-397 9157
COD Kapar / Klang
Pengeposan ke seluruh Malaysia dan luar negara
Continue Reading

Sunday, 25 October 2020

Vivix Shaklee : 4 Bahan Utama Vivix Yang Premium Dan Kaya Polifenol

Vivix Shaklee : 4 Bahan Utama Vivix Yang Premium Dan Kaya Polifenol | Vivix Shaklee merupakan produk Shaklee yang paling premium dan ekslusif.

Vivix Shaklee juga sering menjadi pilihan kepada ramai individu yang ingin menambahbaik taraf kesihatan. Dengan izin Allah, ramai juga yang sudi berkongsi pengalaman hasil mengambil Vivix Shaklee dalam diet harian.

Bahan-bahan kandungan Vivix sangat premium dan ekslusif kerana ianya daripada bahan yang terpilih dan berkualiti tinggi. Tahap pemprosesan juga secara saintifik dengan kajian yang menyeluruh.

Istimewanya Vivix Shaklee ialah kerana ia adalah suplemen yang mengandungi tahap polifenol paling baik dan merupakan revolusi terbaru dalam dunia pemakanan kesihatan.

Baca juga:

4 Bahan Utama Kandungan Vivix Shaklee

Vivix merupakan campuran botani bahan-bahan semulajadi yang kaya dengan polifenol sebagai suplemen yang tinggi antioksidan.

Campuran botani Vivix Shaklee terdiri daripada 4 bahan utama berikut:-
  1. Anggur Muskadin (Muscadine)
  2. Lobak Ungu
  3. Ekstrak Polygonum Cuspidatum 
  4. Eldeberi Eropah
Campuran Botani Vivix Shaklee

Bahan utama Vivix Shaklee di asaskan daripada Anggur Muscadine dengan menggunakan proses ekstrak berpaten. 

Baca juga:

Selain buah Anggur Muscadine yang amat berkuasa, ia juga dicampurkan dengan Rejuvetrol yang sedang dipatenkan iaitu campuran Ekstrak Knotweed Japun (Polygonum Cuspidatum), Ekstrak Lobak Ungu dan Ekstrak Elderberi Eropah untuk meningkatkan keberkesanan dan memberikan tahap perlindungan kepada kesihatan badan dengan meluas.

Shaklee menggunakan proses ekstrak yang dipatenkan untuk mengekalkan kuasa antioksidan dan polifenol supaya boleh sihat dan bertenaga dengan minuman botani yang lazat ini.

Baca juga:

4 Bahan Utama Vivix Shaklee

1. Anggur Muskadin (Muscadine)

Anggur Muscadine dikenali sebagai Anggur Muskat dalam bahasa Melayu dan merupakan sejenis anggur liar. Juga diketahui sebagai anggur yang kaya dengan polifenol sebagai sumber antioksidan yang tinggi.

Anggur luar biasa dengan satu kromosom tambahan yang mengandungi asid elagik dan asid elagitanin.

Anggur Muskat mempunyai 40 kali ganda lebih Polifenol yang terbukti berfaedah untuk kesihatan kardiovaskular, menurunkan tahap gula dalam darah, dan membantu melambatkan proses penuaan. Anggur Muskat ni juga mempunyai ciri-ciri untuk menghentikan bahan kimia yang menjadi penyebab kanser dan juga sebagai anti-virus serta anti-bakteria.

4 Bahan Utama Vivix - Anggur Muscadine

Manfaat Anggur Muscadine
  • Menghalang dan mengurangkan pertumbuhan sel yang tidak normal.
  • Memanjangkan umur dan pengeluaran tenaga pada peringkat sel.
  • Mengawalatur tahap glukosa darah yang sihat.
  • Membantu melambatkan proses penuaan.
  • Mempunyai 40 kali ganda lebih polifenol yang terbukti berfaedah untuk kesihatan kardiovaskular berbanding dengan anggur jenis lain.

2. Lobak Ungu (Purple Carrot)

Lobak Ungu merupakan sumber terbaik Vitamin A dan mengandungi phytochemical dan anthocyanins. Anthocyanins merupakan sumber antioksidan yang sangat mustajab dan ia bertindak sebagai anti radang, anti-mikrob dan anti-carcinogen yang membantu mengurangkan risiko penyakit jantung serta penyakit-penyakit kronik yang lain. 

Asid klorogenik yang ada dalam purple carrot ni bertanggungjawab mengurangkan paras gula dalam darah.
4 Bahan Utama Vivix - Lobak Ungu

Manfaat Lobak Ungu
  • Menggalakkan penglihatan yang sihat.
  • Meningkatkan keanjalan salur darah
  • Mengurangkan keradangan

3. Polygonum Cuspidatum (Japenese Knotweed)

Polygonum Cuspidatum merupakan nama saintifik kepada Japanese Knotweed , iaitu tumbuhan yang berasal dari asia.

Tapi, ia juga boleh dijumpai di Amerika Utara dan Eropah.

Polyganum Cuspidatum merupakan sumber komersial sejenis polifenol iaitu resveratrol. Manfaat resveratrol ini adalah untuk melambatkan proses penuaan, merendahkan paras kolestrol serta tekanan darah.

Selain itu, resveratrol ini juga dapat meninggikan prestasi atlet serta membantu proses penurunan berat badan. Jadi, ianya bagus dalam proses detoksifikasi.

4 Bahan Utama Vivix - Polyganum Cuspidatum (Japenese Knotweed)

Manfaat Polyganum Cuspidatum
  • Menggalakan kadar keradangan yang sihat
  • Meningkatkan peredaran darah
  • Merencatkan pergumpalan platlet darah

4. Elderberi Eropah

Buah Elderberi Eropah ini banyak tumbuh di kawasan Eropah, Amerika Utara, Asia dan Benua Inggeris. Nama saintifik tumbuhan ini ialah Sumbucus Nigra.

Buah ini telah lama terkenal dan diamalkan oleh para pengamal perubatan tradisional.

Kandungan Vitamin C yang tinggi membuatkan jus elderberi eropah sangat bermanfaat dalam mengubati penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus dan bakteria.

Selain itu, jus elderberi yang kaya dengan vitamin C ini juga membantu untuk mencegah dan mengubati kanser, serta meningkatkan sistem imunisasi tubuh badan manusia. 

Antara lain khasiat elderberi eropah ini ialah berupaya menurunkan kadar kolestrol untuk mencegah penyakit jantung, membantu merawat masalah kencing manis (diabetis) serta meningkatkan kesihatan jantung serta buah pinggang.

4 Bahan Utama Vivix - Elderberi Eropah

Manfaat Elderberi Eropah
  • Meningkatkan perlindungan imun
  • Properti anti bakteria dan anti virus
  • Menggalakan perkembangan sel-sel normal dan sihat

Keempat-empat bahan utama Vivix ini kaya dengan pelifenol yang sangat bermanfaat untuk kesihatan menyeluruh. Kerana itu juga para pengamal perubatan di negara lain menggunakan bahan-bahan ini dalam membantu meningkatkan lagi taraf kesihatan penduduk negara mereka ke arah yang lebih baik.

Baca juga:



Sekiranya kalian ingin memiliki Vivix Shaklee, boleh hubungi kami di talian 019 397 9157 atau klik butang Whats App di sebelah kiri blog untuk maklumat lanjut.

Your Bestie:
Hayati Suki (SisYat)
Pengedar Sah Shaklee
019-397 9157
COD Kapar / Klang
Pengeposan ke seluruh Malaysia dan luar negara
Continue Reading

Friday, 23 October 2020

Info Produk : Vivix Shaklee (Fungsi, Kebaikan Dan Keistimewaan Serta Harga)

Info Produk : Vivix Shaklee (Fungsi, Kebaikan Dan Keistimewaan Serta Harga) | Vivix Shaklee merupakan "the one and only" minuman botani daripada Shaklee yang kaya dengan sumber polifenol. 

Ini menjadikan ianya minuman suplemen yang sentiasa menjadi pilihan ramai setelah mengetahui manfaat polifenol kepada kesihatan dan kehidupan kita.

Sejak di pasarkan di Malaysia pada tahun 2010, hampir 1,000,000 botol Vivix Shaklee telah terjual pada tahun ini setelah 10 tahun berada di pasaran.

Menakjubkan kan? Jadi, entry kali ini jom kita berkenalan dengan si merah Vivix Shaklee ni.

Apa Itu Vivix Shaklee?

Vivix Shaklee merupakan minuman botani yang telah dipatenkan oleh Shaklee dan merupakan minuman yang tinggi kandungan anti-oksidan kerana kaya dengan sumber polifenol. Kandungan antioksidan yang tinggi membantu melawan penuaan sehingga ke peringkat sel.

Baca juga:

Kandungan Vivix Shaklee

Vivix merupakan campuran botani bahan-bahan semulajadi yang tinggi dengan polifenol sebagai suplemen yang tinggi antioksidan.

Campuran botani Vivix Shaklee terdiri daripada 4 bahan berikut:-
  • Anggur Muskadin (Muscadine)
  • Lobak Ungu
  • Ekstrak Polygonum Cuspidatum 
  • Eldeberi Eropah
Campuran Botani Vivox Shaklee


Bahan utama Vivix Shaklee di asaskan daripada Anggur Muscadine dengan menggunakan proses ekstrak berpaten. Selain buah Anggur Muscadine yang amat berkuasa, ia juga dicampurkan dengan Rejuvetrol yang sedang dipatenkan iaitu campuran Ekstrak Knotweed Japun (Polygonum Cuspidatum), Ekstrak Lobak Ungu dan Ekstrak Elderberi Eropah untuk meningkatkan keberkesanan dan memberikan tahap perlindungan kepada kesihatan badan dengan meluas.

Shaklee menggunakan proses ekstrak yang dipatenkan untuk mengekalkan kuasa antioksidan dan polifenol supaya boleh sihat dan bertenaga dengan minuman botani yang lazat ini

Keistimewaan Vivix Shaklee

  • Shaklee menjalankan kajian santifik mengenai anggur muscadine, iaitu anggur liar yang unik dan sukar didapati. Shaklee memanfaatkan kelebihan ini dan memprosesnya melalui pengekstrakan yang telah di patenkan bagi mengekalkan kandungan polifenol bioaktif.
  • Merupakan campuran proprietari berasaskan anggur muscadine, salah satu buah yang paling jarang didapati dan paling kuat, digabungkan dengan campuran Rejuvetrol yang dipatenkan iaitu Ekstrak Knotweed Japun (Polygonum Cuspidatum), Ekstrak Lobak Ungu dan Ekstrak Elderberi Eropah
  • Gabungan asid elakgik dan elagitanin dengan polifenol lain menghasilkan kuasa antioksidan yang sangat hebat.
  • Merupakan minuman botani yang terdiri daripada campuran Anggur Muscadine, Knotweed Jepun, Eldeberry Eropah dan Lobak Ungu
  • Sangat semulajadi - tiada perisa buatan, hanya perisa daripada ramuan utama.
  • Tiada pengawet buatan.
  • Tiada pemanis tiruan.
  • Lebih 16,000 ujian dilakukan sepanjang tempoh dicipta untuk memastikan keselamatan dan kualiti produk terjaga.

Fungsi Vivix Shaklee

Bagaimanakah Vivix Shaklee berfungsi atau bertindak kepada kesihatan? Kesihatan sel akan mempengaruhi kesihatan secara menyeluruh.

Campuran sempurna polifenol daripada hasil botani ramuan Vivix Shaklee memberikan spektrum polifenol unik yang dapat meningkatkan kesihatan dan jangka hayat sel. Vivix Shaklee berfungsi melalui kandungan polifenol di dalam ramuannya.

Baca juga:

Polifenol dalam Vivix Shaklee berupaya melawan penuaan pada peringkat sellular.

Di dalam kajian makmal, ramuan botani Vivix Shaklee telah menunjukkan impak kepada empat mekanisme utama penuaan pada tahap sellular iaitu:

1. Melindungi dan membaiki DNA


Mengikut kajian, polifenol daripada bahan botani ramuan Vivix Shaklee membantu untuk:
  • Melindungi kerosakan DNA
  • Menyokong pemulihan dan pembaharuan fungsi sel
Vivix Shaklee berfungsi untuk mempertahankan dan memulihkan DNA sel tubuh dengan memperlahankan proses tersebut.

2. Meningkatkan tenaga


Polifenol daripada ramuan Vivix Shaklee membantu meningkatkan penghasilan Mitokondria. Mitokondria merupakan penjana tenaga bagi sel di dalam badan.

Sel-sel dalam badan akan sihat sekiranya fungsi mitokondria berada dalam keadaan terbaik. Jika fungsi mitkondria semakin menurun, fungsi sel juga akan menurun. Jika ini berlaku, sel-sel menjadi tidak bertenaga untuk melawan penyakit dan melakukan fungsi-fungsi normal. 

Vivix Shaklee berfungsi untuk menggalakkan pembetukkan tenaga baru mitokondria dan sekaligus membantu meningkatkan tahap tenaga di dalam sel.

3. Mempertahankan sel 


Kajian klinikal membuktikan Polifenol membantu keradangan kesihatan akibat daripada pengambilan makanan yang tidak sihat, dan seterusnya akan mengakibatkan penuaan.

Semakin kurang keradangan bermaksud semakin kuat dan bertenaga sel badan. Dan ini akan melambatkan proses penuaan.

Ramuan Vivix Shaklee menghasilkan polifenol yang boleh mengaktifkan satu kawalan genetik utama yang akan membantu memperlahankan penuaan pada tahap sel. 

4. Melambatkan Pembentukan Protein AGE


Kajian juga menunjukan Polifenol membantu melambatkan pembentukan sebanyak 90% protein AGE dalam badan.

Sel yang berada dalam keadaan protein AGE yang rendah akan membantu meningkatkan fungsi jantung dan kadar gula dalam darah.

Ramuan Vivix dengan 10 kali ganda lebih kuat dari hanya resveratrrol berjaya melambatkan pembetukan protin AGE ni.

10 Manfaat Dan Kebaikan Vivix Shaklee


10 manfaat serta kebaikan Vivix Shaklee yang terbukti membantu kesihatan:-
  1. Menyokong kesihatan minda
  2. Menyokong kesihatan mata
  3. Membantu mengawal berat badan
  4. Membantu melindungi sel badan 
  5. Membantu mengawal gula dalam darah yang menjadi punca penyakit kencing manis.
  6. Membantu meningkatkan tenaga dalam badan.
  7. Melambatkan proses penuaan kerana Vivix Shaklee mengandungi polifenol.
  8. Menyokong kesihatan jantung
  9. Menyokong kesihatan sendi
  10. Membantu meningkatkan sistem imunisasi badan.

Siapakah Yang Perlukan Vivix Shaklee

Vivix Shaklee diperkayakan dengan sumber polifenol premium dan sangat disarankan kepada mereka yang mempunya masalah kesihatan berikut:-
  • Lelaki dan wanita yang berumur 18 tahun ke atas
  • Individu yang mementingkan kesihatan menyeluruh
  • Yang bergiat aktif dalam sukan
  • Mempunyai masalah yang berkaitan kesihatan mata.
  • Mengalami masalah gula dalam darah (kencing manis) dan darah tinggi
  • Gout dan juga masalah lain seperti cyst dan fibroid
  • Ingin kuruskan badan
  • Individu yang "workoholic" dan bekerja secara giliran (night shift)
  • Yang sedang berusaha untuk berhenti merokok

Cara Makan Dan Cara Simpan Vivix Shaklee

Untuk mendapatkan cara makan terbaik Vivix Shaklee, anda perlu consult dengan pengedar Shaklee anda dan memberikan maklumat lanjut kenapa anda ingin mengambil Vivix Shaklee.

Adalah disarankan Vivix Shaklee di ambil satu kali sehari selepas makan atau sebelum tidur malam.

Vivix Shaklee merupakan pati pekat 4 ramuan yang kaya dengan polifenol. Cara penyimpanan Vivix yang terbaik ialah di dalam peti ais atau freezer.


Vivix Shaklee perlu disimpan dalam peti ais disebabkan Vivix shaklee tiada bahan pengawet. Dan ia juga bertujuan untuk menjaga kualiti, khasiat dan kesegaran Vivix Shaklee.


Harga Vivix Shaklee

Harga runcit Vivix Shaklee RM475.00 sebotol untuk penggunaan 1 hingga 2 bulan.

Tetapi, setiap pembelian Vivix Shaklee dengan kami anda layak untuk:
  • Mendapat Vivix Shaklee pada harga Ahli (RM380.00 sahaja)
  • Menjadi Ahli Shaklee secara percuma (FREE Membership)
  • Menerima pengeposan Vivix Shaklee secara percuma (FREE Postage)
  • Konsultasi percuma (FREE Consultation)
Baca juga:


Sekiranya kalian ingin memiliki Vivix Shaklee, boleh hubungi kami di talian 019 397 9157 atau klik butang Whats App di sebelah kiri blog untuk maklumat lanjut.

Your Bestie:
Hayati Suki (SisYat)
Pengedar Sah Shaklee
019-397 9157
COD Kapar / Klang
Pengeposan ke seluruh Malaysia dan luar negara
Continue Reading

Wednesday, 21 October 2020

Testimoni Vivix : Kulit Cantik Dan Sihat Dengan Vivix

Testimoni Vivix : Kulit Cantik Dan Sihat Dengan Vivix | Kulit cantik dan sihat memang idaman setiap wanita dan juga lelaki.

Cukup berkeyakinan bila memiliki kulit yang sihat. 


Kerana, kulit wajah mampu memberikan tanggapan pertama yang positif dalam setiap pertemuan atau perhubungan.

Pengambilan makanan atau suplemen bersumberkan polifenol, selain vitamin A,C dan E dalam rutin harian mampu memberikan kulit yang sihat dan cantik. Ini kerana polifenol dan Vitamin ACE merupakan sumber antioksidan tinggi yang menghalang radikal bebas dari merosakan kulit.

Baca juga:

Testimoni Vivix #1 : Vivix Selamatkan Kulit Badan

Semasa saya belajar dulu, keadaan kulit saya teruk. Bermacam-macam jenis ubat-ubatan dah saya cuba, tapi semakin teruk. Semakin lama, semakin sakit dan jadi kudis serta bernanah

Habis penuh satu badan, tak boleh tidur, mengiring, berjalan. Kalau nak mandi, kena air jadi pedih. Sakit tu hanya Allah yang tahu.

Akhirnya keluarga belikan Vivix kepada saya. Saya ambil Vivix secara konsisten. Dengan izin Allah, dalam 2 minggu segala kudis dan nanah menjadi kering.

-Puan Nurul Adila-

Testimoni Vivix #2 : Kulit Suami Semakin Halus

"Husband ambil vivix. Kulit muka memang semakin halus. Sebelum ni ada lubang-lubang bekas jerawat tu ketara sangat, tapi bila dah ambil Vivix lubang-lubang tu semakin kecut.

Garisan halus kat muka pun dah berkurangan. Kulit juga semakin anjal

-Puan Abby Misaha-

Testimoni Vivix #3 : Kulit Rasa Glowing Dan Segar
Rasa macam pati ribena. Kesan dalam tempoh 24jam selepas ambil Vivix ialah kulit rasa glowing dan segar.

-Emma Maembong-

Baca juga:

Testimoni Vivix #4 : Kulit Makin Moist (Lembap) Dan Halus

"Saya dah masuk botol ke 2 Vivix. Obvious part dengan kulit saya, ia rasa moist dan nampak halus je especially kat kulit wajah.

Ira juga tru makan untuk rambut sebab rambut gugur banyak walaupun dah buat treatment"

-Puan Fazira Aziz-

Vivix memberikan kesan positif kepada kulit kerana mempunyai kandungan polifenol yang sangat tinggi. 

Mengambil polifenol dalam diet harian membantu menyihatkan sel-sel badan dan sekaligus memberikan kesan yang sangat baik kepada kulit dan kesihatan.

Baca juga:

Sekiranya kalian ingin memiliki Vivix Shaklee, boleh hubungi kami di talian 019 397 9157 atau klik butang Whats App di sebelah kiri blog untuk maklumat lanjut.

Your Bestie:
Hayati Suki (SisYat)
Pengedar Sah Shaklee
019-397 9157
COD Kapar / Klang
Pengeposan ke seluruh Malaysia dan luar negara
Continue Reading

Monday, 19 October 2020

Kebaikan Polifenol Untuk Mendapatkan Kulit Yang Sihat Dan Cantik

Kebaikan Polifenol Untuk Mendapatkan Kulit Yang Sihat Dan Cantik | Menjadi idaman setiap indidvidu untuk memiliki kulit yang sihat dan cantik tanpa masalah seperti kulit kusam, kulit berjerawat, pigmentasi dan tidak berseri.


Sekiranya ini berlaku, keyakinan diri akan menjadi rendah. Jadi, untuk mengelakan diri sendiri menjadi rendah diri dan kurang keyakinan, haruslah menjaga kulit wajah dengan baik.

Kulit yang sihat dan cantik bermaksud kulit yang mempunyai tahap kelembapan yang optimum dan licin disamping tidak mempunyai masalah kulit seperti pori-pori terbuka, kedutan halus dan kusam.


Punca utama kerosakan kulit adalah kehilangan kelembapan kulit disebabkan oleh sinar UV. Jadi, bagaimana nak dapatkan kulit yang sihat dan cantik serta dapat mengekalkan begitu? Nak mengekalkan tahap kelembapan kulit pada tahap optimum?

Cara terbaik untuk mendapatkan kulit yang sihat dan cantik ialah dengan mengamalkan pemakanan yang tinggi antioksidan seperti Vitamin A, Vitamin C dan Vitamin E. Selain daripada Vitamin ACE ini, polifenol juga membekalkan sumber antioksidan yang tinggi.

Kebaikan Polifenol Untuk Kulit Sihat Dan Cantik

7 Kebaikan Polifenol Untuk Mendapatkan Kulit Yang Sihat Dan Cantik


1) Polifenol Melindungi Kulit Daripada Kerosakan Sinar UV
  • Polifenol digunakan untuk pencegahan kesan terbakar akibat sinar matahari kerana polifenol mengurangkan kesan kerosakan sinaran ultraviolet A (UVA) dan ultraviolet B (UVB) pada kulit.
  • Berdasarkan kajian yang dijalankan, terdapat bukti bahawa polifenol dalam bentuk oral dan topikal dapat memberikan perlindungan dari kerosakan UV dan panahan matahari dan sangat bermanfaat untuk kesihatan kulit.

2) Polifenol Mengurangkan Penuaan Pramatang Dan Pembentukan Kedutan Serta Garisan Halus
  • Kedutan dan garisan halus terbentuk kulit mulai kehilangan kolagen yang membuatkan daya elastik kulit semakin berkurang. Polifenol membantu pengeluaran kolagen untuk menganjalkan kulit, menghalang kedutan dan kendur dan menggalakan pembentukan tisu yang sihat supaya dapat menikmati kulit yang sempurna tanpa cela.

3) Polifenol Menyokong Pengeluaran Kolagen Yang Sihat
  • Kolagen dan elastin yang terurai akibat radikal bebas dan akan mengakibatkan kulit kendur dan kurang anjal. Polifenol bertindak sebagai penghalang radikal bebas, membantu pembentukan semula kolagen dan kulit mampu membaiki selnya sendiri untuk menjadikan kulit yang lebih sihat dan sempurna

4) Polifenol Menggalakan Kulit Yang Tegang Dan Kelihatan Lebih Muda
  • Polifenol juga merupakan bahan penjagaan kulit yang kuat. Diterapkan secara topikal, polifenol dapat membantu memperbaiki dan meremajakan kulit anda, kata Mraz-Robinson. Kajian menunjukkan bahawa menggunakan polifenol pada kulit anda dapat melindunginya dari barah dan bentuk kerosakan akibat cahaya matahari yang lain.
Baca juga:

5) Polifenol Lindungi Kulit Daripada Keradangan Akibat Sinaran UV
  • Kulit yang terdedah kepada sinaran UV akan mengalami kemerahan dan keradangan, tetapi polifenol membantu menghalang tahap proinflamasi ke dalam kulit. Ini membantu melindungi kulit daripada keradangan akibat sinaran UV tersebut.

6) Polifenol Menghalang Pembentukan AGE

  • Produk AGE (Advanced Glycation End) merupakan sebatian merbahaya yang terbentuk dalam badan dan makanan. AGE merupakan bahan buangan sel yang terbentuk dalam makanan yang terdedah kepada suhu tinggi
  • AGE merupakan bahan buangan sel dan ia terkumpul seiring dengan peningkatan usia.
  • Tahap AGE yang tinggi menyebabkan tekanan oksidatif serta keradangan dan menjadi punca berlakunya hilang keanjalan kulit, kulit cepat berkedut dan proses penuaan menjadi lebih cepat. Polifenol membantu menghalang pembentukan AGE Protein dan manjadikan kelihatan muda, jelita dan lebih anjal.
  • Quecerin merupakan polifenol yang terdapat dalam buah beri dan terbukti berkesan untuk menghalang pembentukan Advance Glycation End (AGE) sehingga 60%.

  • Keputusan kajian makmal menunjukan bahawa campuran Polifenol dan Rejuvetrol menghalang pembentukan AGE protein, yang mingkin menyebabkan penuaan selular.

7) Polifenol Mengurangkan Pembentukan Pigmentasi
  • Kajian klinikal terkini menunjukan polifenol menggalakan penghasilan kulit sihat dan berseri dengan melindungi kulit daripada sinaran UV yang menjadi punca utama kepada pembentukan pigmentasi atau jeragat.

Jadi, untuk menjaga keserian dan keremajaan kulit yang sihat dan cantik amatlah disarankan mengambil makanan yang mempunyai sumber polifenol dalam diet harian.

Baca juga:

Memilih makanan atau suplemen dengan sumber polifenol premium tidak terhad pada masa ini. Tetapi perlu memilih dengan beberapa kriteria seperti tahap selamat sesuatu produk, mempunyai kajian dan tahap keberkesanan.

Your Bestie:
Hayati Suki (SisYat)
Pengedar Shaklee Sejak 2012
-Yang sedang ambil polifenol-
Continue Reading

Saturday, 17 October 2020

Jenis-Jenis Polifenol Dan Sumbernya

Polifenol sangat terkenal dengan kebaikannya kepada kesihatan tubuh badan manusia dan dihasilkan daripada kumpulan kimia berasaskan tumbuhan yang rumit. Mereka ditemui dalam makanan sehari-hari dan boleh didapati juga sebagai makanan tambahan.

Antara fungsi Polifenol ialah:
  1. Antioksidan yang kuat
  2. Perangsang tenaga di dalam sel dan meningkatkan kesihatan yang hebat.
Dimanakah Polifenol boleh didapati?

Kandungan polifenol yang tinggi terdapat di dalam beri, ceri, delima, epal, kacang hijau dan teh hijau. Ini adalah diantara sumber yang membekalkan polifenol.

Jenis-Jenis Polifenol Dan Sumbernya

Jenis-Jenis Polifenol Dan Sumbernya

Dari segi kimia, polifenol mempunyai struktur berbentuk cincin yang sama. Oleh itu, polifenol dikelompokkan kepada beberapa jenis berdasarkan perbezaan tersebut iaitu: 
  • Asid Fenolik
  • Flavonoid
  • Stilben
  • Lignan 
  • Amida Polifenol.
  • Antisianin

Jenis Polifenol #1 : Asid Fenolik

Asid Fenolik termasuk sebatian yang terdapat dalam kopi, teh, anggur, wain merah, buah beri, buah kiwi, plum, epal, dan ceri. Mereka juga boleh ditemui dalam buah-buahan dan sayuran lain termasuklah bijirin dan jagung.

Asid fenolik adalah banyak terdapat dalam diet harian dan mudah diserap melalui dinding saluran usus kita.

Jadi, ia tidak sepatutnya mempunyai banyak masalah  untuk anda mengambil asid fenolik ini dalam diet harian dengan secukupnya. Secara amnya, asid fenolik berfungsi sebagai antioksidan dan juga sebagai anti-radang di dalam badan.

Jenis Polifenol #2 : Flavanoid


Merupakan sekumpulan polifenol yang berfungsi sebagai antioksidan dan agen anti-radang. Flavanoid dibahagikan kepada beberapa kumpulan iaitu:
  1. Flavon
  2. Flavonols
  3. Flavanones
  4. Isoflavones
  5. Anthocyanidins
  6. Chalcones
  7. Catechins.
Flavonoid terdapat dalam pelbagai jenis makanan berasaskan tumbuhan termasuk buah-buahan, sayur-sayuran, kekacang, wain merah, dan teh hijau. 

Flavonoid-kadang-kadang dipanggil "bioflavonoids" dan sering dijual sebagai makanan tambahan.

Baca juga:

Jenis Polifenol #3 : Stilbenes

Sekumpulan kecil bahan kimia tumbuhan dan resveratrol yang paling terkenal dan yang paling banyak dikaji. 

Resveratrol didapati dalam wain merah, blueberries, cranberry, dan kacang. Mengambil makanan ini telah dikaitkan dengan kesihatan jantung yang lebih baik.


Sukar untuk mengetahui berapa banyak manfaat yang diperoleh daripada resveratrol. Walaupun kajian makmal menunjukkan bahawa ia berfungsi sebagai agen antioksidan dan anti-radang di beberapa haiwan makmal, terdapat penyelidikan yang sangat kecil yang menunjukkan bahawa ia mempunyai kesan nyata terhadap kesihatan manusia.

Baca juga:

Jenis Polifenol #4 : Lignans

Polifenol jenis ini mudah didapati dalam kekacang, bijirin, bijirin, buah-buahan, alga, dan sayur-sayuran. Sumber yang terbaik termasuk biji rami dan bijan.

Makanan yang kaya dengan lignans boleh menjadi baik untuk kesihatan kardiovaskular, tetapi kajian penyelidikan pada manusia pada umumnya kurang berkualiti. Selain itu, tidaklah mudah untuk makan banyak biji rami dan bijan melainkan jika anda mengambilnya sebagai makanan tambahan atau menorehkan sesudu biji rami.

Jenis Polifenol #5 :Amida polifenol

Jenis polifenol ini dapat ditemui pada capsaicin pada cabai dan avenanthramides pada oat atau gandum. Polifenol juga banyak ditemukan pada tanaman herbal seperti daun kelor. 

Selain sebagai antioksidan, amida polifenol juga memiliki efek sebagai anti-radang.

Jenis Polifenol #6 : Antosianin

Warna warni pada beragam jenis buah dan sayuran adalah berkat kandungan zat antosianin. Tidak hanya memberi warna yang indah dipandang mata, zat ini juga ternyata merupakan salah satu jenis polifenol yang baik bagi kesehatan.

Apakah manfaat kesihatan yang boleh diberikan Oleh Polifenol?

1. Meningkatkan tenaga
2. Membantu membina sendi yang kuat
3. Meningkatkan imuniti badan
4. Menajamkan minda
5. Meningkatkan kesihatan produktiviti

Baca juga:

Semakin banyak info berkaitan polifenol, semakin banyak ianya dapat membantu kita untuk memilih polifenol dalam diet harian.

Ambil polifenol dengan secukupnya daripada sumber yang betul agar dapat membantu kehidupan yang lebih baik.

Sumber:

Your Bestie:
Hayati Suki (SisYat)
Pengedar Shaklee Sejak 2012
-Yang sedang ambil polifenol-
Continue Reading

Thursday, 15 October 2020

8 Kebaikan Polifenol Untuk Kesihatan

Hampir sebahagian besar aktiviti tubuh seperti proses metabolisme amat memerlukan polifenol.

Proses metabolisme di dalam tubuh akan membentuk radikal bebas secara semulajadi. Radikal bebas yang terbentuk akan menyebabkan sel-sel tubuh menjadi rosak. Pelbagai kajian telah dijalankan dan ternyata polifenol bermanfaat untuk membantu mencegah kerosakan sel akibat akibat daripada radikal bebas, infeksi, 

Selain terbentuk daripada proses metabolisme badan, radikal bebas juga terhasil daripada pencemaran, asap rokok, sinar matahari dalam jangkamasa yang lama, atau terlalu banyak mengambil makanan segera.

Apa Yang Dimaksudkan Dengan Polifenol?

Polifenol adalah sebatian yang dihasilkan dari tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan. Ia memberi warna sambil melindungi tumbuhan tersebut daripada penyakit dan jangkitan.

Apakah itu polifenol?

Polifenol merupakan unsur antioksidan kuat, yang akan melindungi tubuh kita dari kerosakan sel akibat radikal bebas.

Manfaatnya bilamana antioksidan tinggi dalam badan maka ia menjadi anti / rintangan kepada proses penuaan dengan cepat, anti inflamasi, juga anti-kanser kepada tubuh badan manusia..

Jadi kesimpulannya, manusia perlu mengambil polifenol bagi menghalang penuaan sel badan dengan cepat dan juga pertumbuhan sel kanser dalam tubuh mereka.

8 Kebaikan Polifenol Untuk Kesihatan

Kebaikan Polifenol #1 : Badan Rasa Lebih Bertenaga

Kebaikan Polifenol #1 : Rasa lebih bertenaga

  • Polifenol meningkatkan penghasilan tenaga dalam sel badan.

Kebaikan Polifenol #2 : Kulit Kelihatan Lebih Muda

Kebaikan Polifenol #2 : Kulit kelihatan lebih muda

  • Polifenol merangsang pembaharuan sel, melindungi kulit daripada kerosakan UV dan turut menghalang kulit daripada kerosakan kolagen.

Kebaikan Polifenol #3 : Jantung Lebih Kuat

Kebaikan Polifenol #3 : Jantung Lebih Kuat
  • Radang yang terjadi kepada jantung menjadi punca jantung tersumbat dan menyumbang kepada penyakit jantung. Polifenol pula dapat membantu mengawal tekanan darah yang lebih sihat, dan mengurangkan kadar keradangan pada salur darah.

Kebaikan Polifenol #4 : Polifenol Membaiki Fleksibiliti Sendi

Kebaikan Polifenol #4 : Polifenol Membaiki Fleksibiliti Sendi

  • Sifat polifenol yang anti radang (anti-inflamasi) membantu melawan keradangan sendi dan mengurangkan sakit pada sendi.

Kebaikan Polifenol #5 : Polifenol Mengawal Paras Gula

Kebaikan Polifenol #5 : Polifenol Mengawal Paras Gula

  • Polifenol boleh membantu meningkatkan sensitiviti insulin dan merangsang penghasilan insulin dengan mengawal aktiviti kawalan gula dalam darah.

Kebaikan Polifenol #6 : Polifenol Membantu Penglihatan Menjadi Lebih Tajam

Kebaikan Polifenol #6 : Polifenol Membantu Penglihatan Menjadi Lebih Tajam

  • Untuk membantu masalah mata yang tidak sihat, pengambilan polifenol membantu menyokong kesihatan mata.

Kebaikan Polifenol #7 : Polifenol Membantu Kurangkan Berat Badan

Kebaikan Polifenol #7 : Polifenol Membantu Kurangkan Berat Badan

  • Polifenol membantu proses detoks pada badan dan meningkatkan tahap metabolisme. Fungsi polifenol dalam badan adalah untuk membuang segala toksin dalam badan yang menjadi punca kepada tahap metabolisme berada pada tahap rendah.
  • Metabolisme rendah, berat badan sukar diturunkan.

Kebaikan Polifenol #8 : Polifenol Memberikan Rasa Sihat Berpanjangan

Kebaikan Polifenol #8 : Polifenol Memberikan Rasa Sihat Berpanjangan

  • Pengambilan polifenol membantu mengurangkan risiko penghasilan sel abnormal dalam badan. Dalam sel badan manusia ada dua potensi untuk sel berkembang samada menghasilkan sel normal ataupun sel abnormal. Sel abnormal memberi peluang kepada badan untuk menghadapi permulaan penyakit kanser.
  • Jadi, pengambilan polifenol dalam diet harian dapat mengurangkan risiko penghasilan sel abnormal dan juga membantu mengurangkan risiko penyakit kanser.

Baca juga:

Untuk memiliki kehidupan yang sihat dan seimbang, penjagaan seihatan badan yang optimum amatlah digalakan. Memiliki gaya hidup dan sihat serta menjaga pemakanan yang membantu badan lebih bertenaga adalah kombinasi kehidupan yang sihat.

Your Bestie:
Hayati Suki (SisYat)
Pengedar Shaklee Sejak 2012
-Yang sedang ambil polifenol-
Continue Reading

Wednesday, 14 October 2020

Resepi Nasi Kerabu Tumis Kelantan Ikan Celup Tepung Paling Senang Dan Sedap

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya dah bermula pada hari ini.

Jadi, ada yang mendapat kelonggaran bekerja dari rumah daripada ketua jabatan.

Walaupun tak semua daripada ibu-ibu yang bekerja mendapat kelonggaran ini, tapi ianya satu rezeki kepada yang mempunyai ketua jabatan atau bos yang memahami dan memberi pertimbangan dalam isu ini.

Sisyat antara yang bertuah.

Makanya, hari ini Sisyat bekerja dari work station untuk kerja pejabat dan dari dapur untuk anak-anak dan suami.

Terjadilah menu nasi kerabu tumis Kelantan paling senang dibuat dan sedap dimakan.

Nasi Kerabu Tumis Kelantan Ikan Celup Tepung

Resepi Nasi Kerabu Tumis Kelantan Paling Senang Dan Sedap

A) Bahan-Bahan Untuk Sambal Tumis
  1. Bawang besar Holland - 1 labu
  2. Bawang merah kecil - 5 biji
  3. Bawang putih - 5 ulas
  4. Halia - 1 inci
  5. Cili giling - 4 sudu besar ATAU Cili Kering - 10 biji
  6. Santan kotak - 200ml
  7. Air masak - 1 cawan
  8. Budu - 2 sudu besar
  9. Serai - 3 batang
  10. Asam keping - 2 atau 3 keping
  11. Gula
  12. Garam
  13. Maggi secukup rasa
Cara membuatnya:
  • Blend bersama bawang besar holland, bawang merah, bawang putih dan halia sehingga lumat.
  • Tumiskan bahan blend tadi sehingga naik bau wangi. 
  • Masukan cili giling dan kacau perlahan sehingga pecah minyak
  • Masukan santan dan budu. Jangan biarkan tanpa kacau kerana ia boleh mengganggu tekstur sambal tumis dan santan akan berketul
  • Masukkan air dan kacau lagi.
  • Masukan serai, asam keping, gula, garam dan secukup rasa.
  • Masak sehingga pekat dan pecah minyak.

B) Bahan-Bahan Sambal Ikan
  1. Bawang merah - 5 biji
  2. Serai - 3 batang (dihiris halus)
  3. Ikan kembung / ikan sardin - 7 ke 10 ekor (di rebus)
  4. Kelapa parut - 1 biji (di sangai sehingga garing)
  5. Gula 
  6. Garam
  7. Maggi secukup rasa
Cara membuatnya:
  • Tumbuk lumat bawang merah dan serai.
  • Masukan ikan rebus yang telah dibuang tulang dan tumbuk lagi.
  • Kelapa sangai ditumbuk kasar.
  • Gaulkan semua dan perasakan dengan gula, garam dan Maggi secukup rasa. Seeloknya rasa manis lebih.

C) Kerabu Atau Ulam-Ulaman
  1. Timun
  2. Kacang panjang
  3. Daun kesum
  4. Bunga kantan
  5. Kubis
  • Hiris halus dan gaulkan bersama-sama.

D) Ikan Celup Tepung  Paling Senang Dan Sedap
  1. Tepung jagung - 3 sudu besar
  2. Tepung beras - 3 sudu besar
  3. Serbuk kunyit - 1 sudu kecil
  4. Telur - 1 biji
  5. Air kapur - sedikit (untuk rangupkan tepung)
  6. Sedikit air
Cara membuatnya:
  • Satukan semua bahan-bahan dan celupkan ikan yang nak digoreng.
  • Sediakan bahan celup tepung bergantung kepada jumlah ikan yang nak digoreng.
  • Tahap kepekatan dan kelikatan bergantung kepada anda :-)
Nak lagi sedap dimakan nasi kerabu tumis kelantan ni, boleh tambah telur masin dan solok lada. Memang sedap la!

Gambar mana Sisyat oi?

Tak sempat nak ambil gambar yang baru-baru dihidang tadi. Maafkan saya :-)

-HayatiSuki-
Your Bestie
Continue Reading

Monday, 12 October 2020

Apakah Yang Dimaksudkan Healing Crisis Ataupun Krisis Penyembuhan

Ramai yang memberikan respond yang positif kepada Sisyat tentang kebaikan dan kesan terhadap diri mereka selepas mengambil produk Shaklee. 

Tetapi, tak kurang juga yang mengadu tentang ada 'kesan sampingan' berlaku kepada diri meraka selepas mengambil produk Shaklee.

Tak dinafikan, ada yang akan merasai lebih baik selepas megambil apa-apa suplemen, tetapi ada juga yang mengalami sebaliknya. Sebenarnya proses ini yang disebutkan sebagai Healing Crisis ataupun Proses Penyembuhan. Proses ini bergantung pada tubuh individu berkenaan.

Apakah Yang Dimaksudkan Healing Crisis Ataupun Proses Penyembuhan


Ia berlaku apabila badan mengambil vitamin dari sumber semulajadi yang bertindak mengeluarkan toksin dan merawat kerosakan pada sel dan sistem dalam badan kita.  Proses di mana badan seseorang melalui jangkamasa pembersihan dan pembinaan semula.

Proses ini membuatkan seseorang itu berasa 'tak sedap badan' dan mungkin demam atau mengalami sakit pinggang atau sakit kepala yang teruk.

Ini merupakan tindakbalas apabila badan mengeluarkan toksin yang telah lama terkumpul di dalam badan selama bertahun-tahun

Adakah anda berasa semakin teruk setelah mengambil produk Shaklee? Jom berkongsi tentang soal jawab berkaitan "healing crisis" ni.

Q: Apakah yang dimaksudkan dengan krisis penyembuhan? 
  • Ia merupakan satu proses berterusan dalam badan yang mengambil masa untuk membersih dan membina semula sel-sel badan yang telah rosak akibat radikal bebas. 
  • Sebahagian dari proses ini akan mula untuk menyingkirkan toksin yang telah sekian lama terkumpul didalam badan sepanjang hidup. 
  • Semasa proses penyingkiran toksin, badan anda akan mengalami tanda atau simptom yang membuatkan rasa tidak selesa, dan ia dipanggil sebagai krisis penyembuhan. Dalam perubatan China, penyembuhan terbaik sentiasa didahului dengan krisis penyembuhan. 

Q: Mengapakah krisis penyembuhan selalu terjadi selepas mengambil makanan tambahan atau suplemen? 
  • Menurut Professor Yoshio Niwa seorang pakar dalam nutrisi molekul, apabila kita menambahkan pengambilan nutrien, nutrien itu akan bertindak balas dengan oksigen didalam badan. Dan tindak balas ini akan merangsang organ badan bagi menjalankan proses pembersihan, penyingkiran, menggantikan tisu yang lama dengan tisu yang baru dan lain-lain lagi dengan berkesan. 
  • Sebagai contoh, anda akan mengalami ruam pada kulit, lebih banyak pergerakan usus, dan ini merupakan satu tanda bahawa badan sedang menjalani proses menyahtoksin. 
  • Bayangkanlah sekiranya badan anda seperti besi paip yang berkarat, dan bila anda meletakkan serbuk anti karat atau pencuci paip, banyak karat yang terhakis akan keluar daripada dinding paip tersebut, dan itu akan menyebabkan anda berasa lebih teruk serta banyak kotoran-kotoran yang terdapat di sekeliling paip itu. Tetapi selepas karat itu disingkirkan, paip tersebut akan menjadi lebih baik dan kembali bersih seperti baru. 

Q: Adakah krisis penyembuhan petanda yang baik? 
  • Ya. Krisis penyembuhan merupakan satu petanda yang menunjukkan rawatan atau suplemen yang diambil benar-benar berkesan. Sesetengah orang akan berfikir yang simptom mereka menjadi semakin teruk, tetapi hakikatnya ia adalah proses penyembuhan semulajadi dan ia ternyata petanda yang sangat baik untuk mendapatkan kesan krisis penyembuhan yang sebenar. 
  • Umumnya, krisis penyembuhan hanya berlaku kepada orang yang sihat sepertimana daya tahan mereka masih cukup kuat untuk mendapat tindak balas dari perubahan biologikal semasa proses penyembuhan itu berlaku. 

Q: Adakah setiap orang akan mengalami petanda dan sintom yang sama semasa krisis penyembuhan? 
  • Setiap orang adalah berbeza. Sesetengah individu akan mengalami krisis penyembuhan sebaik sahaja mereka mengambil makanan tambahan dan mereka yang lain hanya akan merasai selepas satu atau dua bulan. Kesannya juga berbeza. 
  • Lebih banyak toksin di dalam badan, lebih teruk lagi krisis penyembuhannya. 

Q:Secara umumnya, berapa lamakah tempoh bagi krisis penyembuhan ini? 
  • Ia sebenarnya bergantung kepada keadaan kesihatan individu tersebut. ia mungkin mengambil masa dalam tempoh 2-3 hari atau mungkin berbulan lamanya. 

Q:Ramai orang bertambah baik selepas mengambil makanan tambahan, tetapi walaupun saya masih mengambil makanan tambahan, saya masih lagi tidak merasai sebarang perubahan, Mengapa? 
  • Secara umumnya, selepas 1-2 bulan pengambilan makanan tambahan,anda sepatutnya telah merasai perbezaannya (conto : tenaga bertambah, pergerakan sistem usus yang lebih baik, dll.) 
  • Sekiranya tiada sebarang peningkatan, anda berkemungkinan mempunyai masalah seperti: 
  1. Tidak mengamalkannya setiap hari 
  2. Tidak mengikut dos yang telah di cadangkan 
  3. Takut kepada krisis penyembuhan, lalu berhenti dari mengambilnya 
  4. Pemakanan yang tidak sempurna serta mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat 
  5. Mengalami penyakit kronik yang memerlukan tempoh yang panjang untuk sembuh 
  6. Mengalami keadaan yang kronik yang membuat anda hilang keyakinan dalam mana-mana rawatan mahupun makanan tambahan 
  7. Mengalami masalah emosi 

Tanda-tanda & Penyebab Krisis Pemulihan 



Rujukan: Dr. Mary Ruth Swope, Columbia Unversity

kredit:
http://supermomndaddy.blogspot.com/2012/05/anda-rasa-sakit-sakit-lepas-ambil.html

Bagaimanakah Melalui Krisis Pemulihan (Healing Crisis)?
  • Pada waktu jangkamasa krisis pemulihan ini, minumlah banyak air bersih, rehat secukupnya, dan makanlah lebih sayuran dan buah-buahan. Selagi kita memahami ini adalah simptom pemulihan, kita akan mudah melalui fasa ini. InsyaAlah. 

Your Bestie:
Hayati Suki (SisYat)
Pengedar Shaklee Sejak 2012
Continue Reading

Saturday, 10 October 2020

Sijil Halal Shaklee 2020

Sijil Halal Shaklee Tahun 2020 | Setiap apa yang diambil dan dimakan yang menjadi darah daging kita, perlu la mengetahui tahap halal sesuatu produk terlebih dahulu lebih-lebih lagi bagi muslim.

Muslim memang sangat menitikberatkan tahap halal tersebut.

Di Shaklee, setiap tahun syarikat akan mendapatkan Sijil Halal bagi semua produk Shaklee yang dijual di Malaysia.

Ia dikeluarkan oleh Islamic Service of America (ISA), yang merupakan Organisasi Pemantauan Sijil Halal bagi seluruh negara Amerika yang diiktiraf di seluruh dunia termasuk Halal Jakim.

Setiap tahun, sijil halal ini perlu diperbaharui bagi memastikan setiap produk yang dihasilkan pada tahun tersebut mematuhi piawaian sijil halal yang telah ditetapkan.

Sijil Halal Shaklee 2020 - Senarai Produk
Nak dapatkan status halal ini juga bukannya mudah, banyak proses yang perlu dilakukan oleh company yang apply dari segi bahan yang digunakan, tempat proses sehingga ke packaging.

Sijil Halal Shaklee 2020 - Dari Islamic Service of America

Terima kasih Shaklee kerana mengambil berat soal ini bagi memastikan produk Shaklee yang masuk ke  Malaysia ini terjamin Halal.

Sekiranya kalian ingin mendapatkan produk Shaklee yang terbukti Halal, Whats App Sisyat di talian 019 397 9157 atau klik butang Whats App di sebelah kiri blog untuk bantuan.

Your Bestie:
Hayati Suki (SisYat)
Pengedar Sah Shaklee
019-397 9157
COD Kapar / Klang
Pengeposan ke seluruh Malaysia dan luar negara
Continue Reading

Penafian / Disclaimers

#1 Segala testimoni /penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan terlebih dahulu.

#2 Segala perkongsian kisah peribadi adalah HAK MUTLAK saya dan keluarga. Semuanya adalah berdasarkan pengalaman dan kenangan kami. TIADA berkaitan dengan yang hidup atau yang mati. HANYA KEHIDUPAN KAMI.