Sunday, 25 October 2020

Vivix Shaklee : 4 Bahan Utama Vivix Yang Premium Dan Kaya Polifenol

Vivix Shaklee : 4 Bahan Utama Vivix Yang Premium Dan Kaya Polifenol | Vivix Shaklee merupakan produk Shaklee yang paling premium dan ekslusif.

Vivix Shaklee juga sering menjadi pilihan kepada ramai individu yang ingin menambahbaik taraf kesihatan. Dengan izin Allah, ramai juga yang sudi berkongsi pengalaman hasil mengambil Vivix Shaklee dalam diet harian.

Bahan-bahan kandungan Vivix sangat premium dan ekslusif kerana ianya daripada bahan yang terpilih dan berkualiti tinggi. Tahap pemprosesan juga secara saintifik dengan kajian yang menyeluruh.

Istimewanya Vivix Shaklee ialah kerana ia adalah suplemen yang mengandungi tahap polifenol paling baik dan merupakan revolusi terbaru dalam dunia pemakanan kesihatan.

Baca juga:

4 Bahan Utama Kandungan Vivix Shaklee

Vivix merupakan campuran botani bahan-bahan semulajadi yang kaya dengan polifenol sebagai suplemen yang tinggi antioksidan.

Campuran botani Vivix Shaklee terdiri daripada 4 bahan utama berikut:-
  1. Anggur Muskadin (Muscadine)
  2. Lobak Ungu
  3. Ekstrak Polygonum Cuspidatum 
  4. Eldeberi Eropah
Campuran Botani Vivix Shaklee

Bahan utama Vivix Shaklee di asaskan daripada Anggur Muscadine dengan menggunakan proses ekstrak berpaten. 

Baca juga:

Selain buah Anggur Muscadine yang amat berkuasa, ia juga dicampurkan dengan Rejuvetrol yang sedang dipatenkan iaitu campuran Ekstrak Knotweed Japun (Polygonum Cuspidatum), Ekstrak Lobak Ungu dan Ekstrak Elderberi Eropah untuk meningkatkan keberkesanan dan memberikan tahap perlindungan kepada kesihatan badan dengan meluas.

Shaklee menggunakan proses ekstrak yang dipatenkan untuk mengekalkan kuasa antioksidan dan polifenol supaya boleh sihat dan bertenaga dengan minuman botani yang lazat ini.

Baca juga:

4 Bahan Utama Vivix Shaklee

1. Anggur Muskadin (Muscadine)

Anggur Muscadine dikenali sebagai Anggur Muskat dalam bahasa Melayu dan merupakan sejenis anggur liar. Juga diketahui sebagai anggur yang kaya dengan polifenol sebagai sumber antioksidan yang tinggi.

Anggur luar biasa dengan satu kromosom tambahan yang mengandungi asid elagik dan asid elagitanin.

Anggur Muskat mempunyai 40 kali ganda lebih Polifenol yang terbukti berfaedah untuk kesihatan kardiovaskular, menurunkan tahap gula dalam darah, dan membantu melambatkan proses penuaan. Anggur Muskat ni juga mempunyai ciri-ciri untuk menghentikan bahan kimia yang menjadi penyebab kanser dan juga sebagai anti-virus serta anti-bakteria.

4 Bahan Utama Vivix - Anggur Muscadine

Manfaat Anggur Muscadine
  • Menghalang dan mengurangkan pertumbuhan sel yang tidak normal.
  • Memanjangkan umur dan pengeluaran tenaga pada peringkat sel.
  • Mengawalatur tahap glukosa darah yang sihat.
  • Membantu melambatkan proses penuaan.
  • Mempunyai 40 kali ganda lebih polifenol yang terbukti berfaedah untuk kesihatan kardiovaskular berbanding dengan anggur jenis lain.

2. Lobak Ungu (Purple Carrot)

Lobak Ungu merupakan sumber terbaik Vitamin A dan mengandungi phytochemical dan anthocyanins. Anthocyanins merupakan sumber antioksidan yang sangat mustajab dan ia bertindak sebagai anti radang, anti-mikrob dan anti-carcinogen yang membantu mengurangkan risiko penyakit jantung serta penyakit-penyakit kronik yang lain. 

Asid klorogenik yang ada dalam purple carrot ni bertanggungjawab mengurangkan paras gula dalam darah.
4 Bahan Utama Vivix - Lobak Ungu

Manfaat Lobak Ungu
  • Menggalakkan penglihatan yang sihat.
  • Meningkatkan keanjalan salur darah
  • Mengurangkan keradangan

3. Polygonum Cuspidatum (Japenese Knotweed)

Polygonum Cuspidatum merupakan nama saintifik kepada Japanese Knotweed , iaitu tumbuhan yang berasal dari asia.

Tapi, ia juga boleh dijumpai di Amerika Utara dan Eropah.

Polyganum Cuspidatum merupakan sumber komersial sejenis polifenol iaitu resveratrol. Manfaat resveratrol ini adalah untuk melambatkan proses penuaan, merendahkan paras kolestrol serta tekanan darah.

Selain itu, resveratrol ini juga dapat meninggikan prestasi atlet serta membantu proses penurunan berat badan. Jadi, ianya bagus dalam proses detoksifikasi.

4 Bahan Utama Vivix - Polyganum Cuspidatum (Japenese Knotweed)

Manfaat Polyganum Cuspidatum
  • Menggalakan kadar keradangan yang sihat
  • Meningkatkan peredaran darah
  • Merencatkan pergumpalan platlet darah

4. Elderberi Eropah

Buah Elderberi Eropah ini banyak tumbuh di kawasan Eropah, Amerika Utara, Asia dan Benua Inggeris. Nama saintifik tumbuhan ini ialah Sumbucus Nigra.

Buah ini telah lama terkenal dan diamalkan oleh para pengamal perubatan tradisional.

Kandungan Vitamin C yang tinggi membuatkan jus elderberi eropah sangat bermanfaat dalam mengubati penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus dan bakteria.

Selain itu, jus elderberi yang kaya dengan vitamin C ini juga membantu untuk mencegah dan mengubati kanser, serta meningkatkan sistem imunisasi tubuh badan manusia. 

Antara lain khasiat elderberi eropah ini ialah berupaya menurunkan kadar kolestrol untuk mencegah penyakit jantung, membantu merawat masalah kencing manis (diabetis) serta meningkatkan kesihatan jantung serta buah pinggang.

4 Bahan Utama Vivix - Elderberi Eropah

Manfaat Elderberi Eropah
  • Meningkatkan perlindungan imun
  • Properti anti bakteria dan anti virus
  • Menggalakan perkembangan sel-sel normal dan sihat

Keempat-empat bahan utama Vivix ini kaya dengan pelifenol yang sangat bermanfaat untuk kesihatan menyeluruh. Kerana itu juga para pengamal perubatan di negara lain menggunakan bahan-bahan ini dalam membantu meningkatkan lagi taraf kesihatan penduduk negara mereka ke arah yang lebih baik.

Baca juga:



Sekiranya kalian ingin memiliki Vivix Shaklee, boleh hubungi kami di talian 019 397 9157 atau klik butang Whats App di sebelah kiri blog untuk maklumat lanjut.

Your Bestie:
Hayati Suki (SisYat)
Pengedar Sah Shaklee
019-397 9157
COD Kapar / Klang
Pengeposan ke seluruh Malaysia dan luar negara
Klang, Selangor Kapar, Selangor, Malaysia

3 comments:

  1. baru first time baca ttg manfaat anggur ni,sblm ni tak pernah pon tau

    ReplyDelete
  2. Teruja bila tahu bahan-bahan dalam Vivix bertindak dengan hebat. Patutlah top!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sis really in love dengan Vivix ni..sungguhh!! 😘😘

      Delete

Terima kasih atas komen anda :-)

Penafian / Disclaimers

#1 Segala testimoni /penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan terlebih dahulu.

#2 Segala perkongsian kisah peribadi adalah HAK MUTLAK saya dan keluarga. Semuanya adalah berdasarkan pengalaman dan kenangan kami. TIADA berkaitan dengan yang hidup atau yang mati. HANYA KEHIDUPAN KAMI.