Thursday, 15 October 2020

8 Kebaikan Polifenol Untuk Kesihatan

Hampir sebahagian besar aktiviti tubuh seperti proses metabolisme amat memerlukan polifenol.

Proses metabolisme di dalam tubuh akan membentuk radikal bebas secara semulajadi. Radikal bebas yang terbentuk akan menyebabkan sel-sel tubuh menjadi rosak. Pelbagai kajian telah dijalankan dan ternyata polifenol bermanfaat untuk membantu mencegah kerosakan sel akibat akibat daripada radikal bebas, infeksi, 

Selain terbentuk daripada proses metabolisme badan, radikal bebas juga terhasil daripada pencemaran, asap rokok, sinar matahari dalam jangkamasa yang lama, atau terlalu banyak mengambil makanan segera.

Apa Yang Dimaksudkan Dengan Polifenol?

Polifenol adalah sebatian yang dihasilkan dari tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan. Ia memberi warna sambil melindungi tumbuhan tersebut daripada penyakit dan jangkitan.

Apakah itu polifenol?

Polifenol merupakan unsur antioksidan kuat, yang akan melindungi tubuh kita dari kerosakan sel akibat radikal bebas.

Manfaatnya bilamana antioksidan tinggi dalam badan maka ia menjadi anti / rintangan kepada proses penuaan dengan cepat, anti inflamasi, juga anti-kanser kepada tubuh badan manusia..

Jadi kesimpulannya, manusia perlu mengambil polifenol bagi menghalang penuaan sel badan dengan cepat dan juga pertumbuhan sel kanser dalam tubuh mereka.

8 Kebaikan Polifenol Untuk Kesihatan

Kebaikan Polifenol #1 : Badan Rasa Lebih Bertenaga

Kebaikan Polifenol #1 : Rasa lebih bertenaga

  • Polifenol meningkatkan penghasilan tenaga dalam sel badan.

Kebaikan Polifenol #2 : Kulit Kelihatan Lebih Muda

Kebaikan Polifenol #2 : Kulit kelihatan lebih muda

  • Polifenol merangsang pembaharuan sel, melindungi kulit daripada kerosakan UV dan turut menghalang kulit daripada kerosakan kolagen.

Kebaikan Polifenol #3 : Jantung Lebih Kuat

Kebaikan Polifenol #3 : Jantung Lebih Kuat
  • Radang yang terjadi kepada jantung menjadi punca jantung tersumbat dan menyumbang kepada penyakit jantung. Polifenol pula dapat membantu mengawal tekanan darah yang lebih sihat, dan mengurangkan kadar keradangan pada salur darah.

Kebaikan Polifenol #4 : Polifenol Membaiki Fleksibiliti Sendi

Kebaikan Polifenol #4 : Polifenol Membaiki Fleksibiliti Sendi

  • Sifat polifenol yang anti radang (anti-inflamasi) membantu melawan keradangan sendi dan mengurangkan sakit pada sendi.

Kebaikan Polifenol #5 : Polifenol Mengawal Paras Gula

Kebaikan Polifenol #5 : Polifenol Mengawal Paras Gula

  • Polifenol boleh membantu meningkatkan sensitiviti insulin dan merangsang penghasilan insulin dengan mengawal aktiviti kawalan gula dalam darah.

Kebaikan Polifenol #6 : Polifenol Membantu Penglihatan Menjadi Lebih Tajam

Kebaikan Polifenol #6 : Polifenol Membantu Penglihatan Menjadi Lebih Tajam

  • Untuk membantu masalah mata yang tidak sihat, pengambilan polifenol membantu menyokong kesihatan mata.

Kebaikan Polifenol #7 : Polifenol Membantu Kurangkan Berat Badan

Kebaikan Polifenol #7 : Polifenol Membantu Kurangkan Berat Badan

  • Polifenol membantu proses detoks pada badan dan meningkatkan tahap metabolisme. Fungsi polifenol dalam badan adalah untuk membuang segala toksin dalam badan yang menjadi punca kepada tahap metabolisme berada pada tahap rendah.
  • Metabolisme rendah, berat badan sukar diturunkan.

Kebaikan Polifenol #8 : Polifenol Memberikan Rasa Sihat Berpanjangan

Kebaikan Polifenol #8 : Polifenol Memberikan Rasa Sihat Berpanjangan

  • Pengambilan polifenol membantu mengurangkan risiko penghasilan sel abnormal dalam badan. Dalam sel badan manusia ada dua potensi untuk sel berkembang samada menghasilkan sel normal ataupun sel abnormal. Sel abnormal memberi peluang kepada badan untuk menghadapi permulaan penyakit kanser.
  • Jadi, pengambilan polifenol dalam diet harian dapat mengurangkan risiko penghasilan sel abnormal dan juga membantu mengurangkan risiko penyakit kanser.

Baca juga:

Untuk memiliki kehidupan yang sihat dan seimbang, penjagaan seihatan badan yang optimum amatlah digalakan. Memiliki gaya hidup dan sihat serta menjaga pemakanan yang membantu badan lebih bertenaga adalah kombinasi kehidupan yang sihat.

Your Bestie:
Hayati Suki (SisYat)
Pengedar Shaklee Sejak 2012
-Yang sedang ambil polifenol-
Klang, Selangor Klang, Selangor, Malaysia

11 comments:

  1. Polifenol banyak terdapat dalam buah-buahan dan sayur-sayuran. Polifenol bersifat antioksidan yang boleh meneutralkan radikal bebas. Jika radikal bebas melebihi antioksidan, maka berlaku proses yang dikenali sebagai tekanan pengoksidaan.

    Tekanan pengoksidaan ini dikaitkan dengan pelbagai penyakit kronik, kanser, diabetes dan penyakit mata.

    ReplyDelete
  2. Yang detox tu memang tau..sebab tu memang amalkannya ubatan yang ada polifenol ni.. cuma skarang mudah cari, beli aje shaklee kan..

    ReplyDelete
  3. first time tau tentang poloifenol ni. sebelum ni tak pernah dengan perkataan ni. terima kasih share ya :)

    ReplyDelete
  4. Sejak berblogging ni banyak ilmu yang Kitkat dapat.. macam polifenol ni... my previous article pun ada mentioned about this compound and buat research about it.. Dan baru Kitkat tahu yang kita sebenarnya ada consume ni dari teh yang kita minum, contohnya.

    ReplyDelete
  5. Wahhh barubtahu pasal polifenol lepas baca entry kat sini. Tapi tang antioxdant tu memang betul , ianya melambatkan penuaan dan jadikan kulit kita lebih anjal dan segar ...tengok jerlah warga emas zaman sekarang , memang semua vogue2

    ReplyDelete
  6. Saya rasa pernah terbaca tentang polifenol ni dulu, tapi dah lupa dah apa benda. Thanks for reminding me :-)

    ReplyDelete
  7. 1st time tahu details tentang ni, sebelum ni tau lebih kurang jer. Memang patut ambik polifenol untuk khasiat seharian. Thanks sharing

    ReplyDelete
  8. Banyak khasiat polifenol ni rupanya kan? Memang bagus lah amalkan untuk seisi keluarga.

    ReplyDelete
  9. Tak pernh tau polifenol ni.. Lepas ni kene baca bnayak info lagi ni.. Banyak kelebihan dia ye.. Bgus sangat..

    ReplyDelete
  10. Satu ilmu baru buat saya. Sebelum ni tak tahu langsung dengan polifenol ni

    ReplyDelete
  11. Polifenol punyai antioxidant yg tinggi. Produk yg tinggi polifenol mmg sangt2 terbaik seperti vivix & resv shaklee. Yg pling best polifenol ni rahsia awet muda taw.

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda :-)

Penafian / Disclaimers

#1 Segala testimoni /penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan terlebih dahulu.

#2 Segala perkongsian kisah peribadi adalah HAK MUTLAK saya dan keluarga. Semuanya adalah berdasarkan pengalaman dan kenangan kami. TIADA berkaitan dengan yang hidup atau yang mati. HANYA KEHIDUPAN KAMI.