Monday, 5 October 2020

9 Tip Dan Petua Untuk Bantu Hilangkan Masalah Sembelit

Jangan biarkan sembelit menghantui kehidupan harian anda sehingga dalam satu jangka masa yang panjang. Jika keadaan ini berlaku, ianya sedikit sebanyak mengganggu produktiviti anda.

Apakah penyelesaian dalam menghadapi masalah sembelit ini.

Baca juga:

9 Tip Dan Petua Untuk Bantu Hilangkan Masalah Sembelit

1. Ambil serat

  • Lebihkan pengambilan sumber makanan yang mengandungi serat yang tinggi seperti buah-buahan dan syur-sayuran.

2. Minum banyak air kosong
  • Amalkan pengambilan air kosong yang mencukupi mengikut berat badan anda. Sekurang-kurangnya 1.5 liter sehari.

3. Mengambil herba dan rempah dalam diet harian

  • Masukkan herba dan rempah-ratus dalam hidangan seperti halia, kunyit, cili merah, ketumbar dan jintan manis. Kebanyakan herba dan rempah-ratus ini memudahkan penghadaman dan membuang toksin yang berkumpul pada hati, buah pinggang, perut dan limpa.

4. Cuka epal
  • Amalkan mengambil sedikit cuka epal dalam diet harian. Sebaiknya mengambil 1 sudu ketika bangun pagi. Cuka epal meningkatkan penghasilan asid dalam perut dan secara tidak langsung membantu penghadaman dan perkumuhan.

5. Elakan mengambil protein secara berlebihan
  • Protein sangat elok untuk membantu masalah kulit kerana ianya berfungsi membaikpulih sel-sel kulit yang rosak. Namun untuk yang menghadpi masalahlak mengambil protein secara berlebihan. Memadai dengan satu genggam untuk satu hidangan.

Baca juga:


6. Makan lemak berkhasiat

  • Jangan ambil lemak yang tidak sihat, tetapi sebaliknya ambil lemak berkhasiat seperti minyak zaiton, avocado, ikan sardin, ikan kurau, butter dan kekacang.

7. Lakukan senaman pernafasan
  • Senaman pernafasan secara sekata setiap hari dapat membantu menghilangkan stress dan melonggarkan saraf yang tersumbat.

8. Senaman mencangkung
  • Senaman mencangkung dapat memberi tekanan pada perut dan usus, sekali gus memberi ‘gesa’ untuk buang air besar. Elok untuk lakukan senaman ini setiap hari.

9. Rajin melakukan senaman

  • Senaman meningkatkan metabolisma, meningkatkan simulasi kontraksi usus dan melawaskan perkumuhan

Cara sebaiknya untuk mengeluarkan toksin, benda kotor dan hormon yang rosak dalam badan adalah dengan membuang air besar setiap hari. Jika tidak, anda terdedah kepada pelbagai masalah seperti kurang oksigen dalam darah akibat badan terlalu banyak toksin.

Baca juga:

Antara simptom anda mengalami masalah sembelit yang mudah dikenalpasti ialah masalah bau mulut dan badan yang busuk, insomnia, mual dan gatal-gatal badan. Tandanya badan anda mempunyai banyak toksin.

Your Bestie:
Hayati Suki (SisYat)
Pengedar Shaklee Sejak 2012
-Yang pernah mempunyai masalah sembelit dan buasir-

31 comments:

  1. Tengah makan buah betik. Harap dapat makan hari-hari. Risau juga tidak membuang setiap hari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul..bagus buah betik tu.. tinggi serat ;-)

      Delete
  2. cam tatau je yaya ada mslh ni..hahah =p
    memang kena bnykkan minum air kosong

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama laa yaya.. ambil byk buah2an.. sambil2 cari makanan tambahan lain yg lebih membantu. 😊

      Delete
  3. Sengsaranya hidup ini kalau sembelit. Teringat dulu sewaktu tinggal di asrama, kurang minum air,k kurang makan buah.... adeeehh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa dok asrama mmg hazab.. sembelit susah, cery bery pun susah 🤣

      Delete
  4. Alhamdulillah amalkan minum air kosong memang membantu masalah sembelit :)

    ReplyDelete
  5. thank you so much for sharing ni! masam plg tak mau selesai adalah sembelit huhuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul..sembelit menjadikan hari kita up side down :-)

      Delete
  6. alhamdulillah so far takda lg mengalami masalah sembelit ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah..diberi kesihatan yang baik :-)

      Delete
  7. Biasa lebihkan makan buah. senang nak lawas :)

    ReplyDelete
  8. hurm...stress kalau kena sembelit ni

    ReplyDelete
  9. Kena bookmark tips tips ni, lain kali kalau ada masalah sembelit boleh ruju >.<

    ReplyDelete
  10. bagus tipsnya memang ada antara tu saya buat bila kena sembelit seperti minum cuka epal tu dan ambik makanan berserat ....

    ReplyDelete
  11. Thanks sebab sharing tips yang sangat berguna ni. Sbb ramai gak yg hadapi masalah sembelit ni

    ReplyDelete
  12. Alhamduillah , masih mengamalkan minum air kosong bukan sahaja untuk sembelit tetapi untuk kebaikan badan kita sendiRI.Terima kasih berkongsi tip ini sangat berguna

    ReplyDelete
  13. Constipation is a common problem esp in children. Thanks for your tips and I will follow it

    ReplyDelete
  14. Terima kasih kongsi tips. Nanti saya amalkan setiap hari sebagai langkah pencegahan.

    ReplyDelete
  15. Noted semua tips yang dikongsikan. Sy akan kongsikan dekat suami kerana dia ada masalah sembelit ni. thanks

    ReplyDelete
  16. Thanks for sharing these useful tips.. First level natural detox yang kita kena jaga dan maintain.. Kitkat ni jarang sgt bersenam lagi2 bila gym rumah tak boleh guna lagi.. Adui... Kena buat home exercise la ni...

    ReplyDelete
  17. Menarik semua tips. Syira tengah consume cuka epal sekarang. Memang berkesan

    ReplyDelete
  18. wahhh banyak tu tips nya, terima kasih sebab berkongsi petua dan tips ini. sangat bermanfaat !

    ReplyDelete
  19. Tak pernah lagi sembelit, tapi dapat rasa sakitnya sebab anak sulung memang jenis susah nak membuang.. Skrg ni pun Sis makan betik juga, sebab tonsil kan kurang makan sebab sakit, so takut sembelit...

    ReplyDelete
  20. Perkongsian menarik dan berguna ni untuk mereka yang selalu ada masalah sembelit. boleh la dijadikan rujukan .

    ReplyDelete
  21. Thanks for the tips and information, sometimes i have this problems also.

    ReplyDelete
  22. Pengambilan makanan serat mmg penting terutama membantu dalam perlawasan.

    ReplyDelete
  23. terima kasih share ya. alhamdulillah, setakat ni tak ada masalah dalam pembuangan, semuanya berjalan lancar.

    ReplyDelete
  24. Saya memang mudah terkena sembelit ni kalau tak makan serat... haihh... sejak sejak dah tahu tentang serat boleh buat hilang sembelit, saya wajibkan pengambilan serat dah sekarang.

    ReplyDelete
  25. Anak-anak rajin kena sembelit ni, naik pening jugak.. thanks for info. Boleh buat kat dorang ni..:)

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda :-)

Penafian / Disclaimers

#1 Segala testimoni /penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan terlebih dahulu.

#2 Segala perkongsian kisah peribadi adalah HAK MUTLAK saya dan keluarga. Semuanya adalah berdasarkan pengalaman dan kenangan kami. TIADA berkaitan dengan yang hidup atau yang mati. HANYA KEHIDUPAN KAMI.