Saturday, 3 October 2020

9 Sebab Kenapa Anda Kerap Sembelit

Di Amerika Syarikat, pembelian julap adalah sebanyak 700 USD setahun bagi mengatasi masalah kerap sembelit yang kronik bagi orang dewasa.

Ini menjadikan julap adalah jualan kedua tertinggi selepas aspirin. 

Tapi, tahukah anda penggunaan julap secara kerap boleh mengganggu keseimbangan kadar elektrolit dalam badan, dehidrasi, kerosakan hati serta buah pinggang dan jangkitan usus.

Ini adalah antara kesan buruk pengambilan julap walaupun ianya membantu masalah sembelit kronik.

9 Sebab Kenapa Anda Kerap Sembelit

1. Malas membuang air besar
  • Selalunya terjadi kepada anak kecil yang malas nak menunggu sehingga najis habis dibuang. Dia akan berhenti membuang pada fasa pertama pembuangan sahaja. Walaupun masih ada najis yang perlu dikeluarkan.
Baca juga:

2. Najis terlalu besar
  • Najis keras dan besar menjadi trauma ketika proses membuang. Selalunya, ia memberikan tekanan kepada rektum dan menyebabkan berlakunya proses membuang beserta pendarahan.

3. Menahan rasa ingin membuang (berak)

  • Terlalu sibuk dengan kerja atau melalui proses pencarian tandas bersih menyebabkan menahan proses ingin membuang. Ini menjadikan najis semakin besar dan keras.

4. Tekanan (stress)
  • Apabila berlaku tekanan dalam hidup akan menyumbang kepada proses pemakanan yang tidak sihat. Dan ini juga menyumbang kepada masalah sembelit.
5. Kurang cecair dalam badan
  • Pengambilan air yang tidak mencukupi dalam diet harian turut menjadi punca masalah sembelit.
  • Fiber atau serat juga salah satu makanan yang boleh menyumbang kepada kecukupan air dalam badan. 
  • Di sarankan kerap mengambil air kosong dan makanan berserat tinggi seperti buah-buahan dan sayur-sayuran untuk mengelak masalah sembelit.

6. Angin dalam badan
  • Masalah penghadama yang disebabkan oleh angin dalam badan,  masalah abdominal cramp, serta kembung perut juga menjadi punca sembelit. Di sarankan berurutlah dengan tukang urut yang mahir.

7. Trauma selepas bersalin
  • Boleh dikatakan, setiap ibu yang baru melalui proses bersalin akan melalui fasa trauma untuk membuang air besar. Risau pada jahitan bersalin.


8. Kurang zat besi
  • Kekurangan zat besi yang menjadikan kurang tenaga untuk meneran semasa membuang.

9. Faktor umur
  • Selalunya berlaku kepada warga emas yang kurang melakukan pergerakan, fungsi organ yang kurang efisyen disebabkan oleh faktor usia dan kurang bersenam.

Jadi, banyak sebab yang boleh menjadi punca kenapa anda kerap sembelit sehingga ke tahap sembelit kronik jika dibiarkan dan tidak dirawat.

Baca juga:

Sekiranya anda pernah berada dalam situasi 9 sebab di atas, perlulah segera mengubah gaya hidup kearah yang lebih baik bagi mengelakan anda menghadapi situasi sembelit kronik.

Baca juga:

Sekiranya kalian ingin memiliki Herb Lax Shaklee, boleh hubungi kami di talian 019 397 9157 atau klik butang Whats App di sebelah kiri blog untuk maklumat lanjut.

Your Bestie:
Hayati Suki (SisYat)
Pengedar Shaklee Sejak 2012
-Yang pernah mempunyai masalah sembelit dan buasir-

10 comments:

  1. Faktor nombor 6 memang selalu ganggu. Berangin rasa badan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.. dah la sisyat lama2 sekali baru jumpa tukang urut :-)

      Delete
  2. aduhai, sampai beli julap bagai ye../. sembelit memang menganggu hari kita, rasa serba tak kena

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pernah dulu mak suruh try julap..pastu membuang tu dah jd cery berry..haha
      terus tobat x mo lagi ambil julap..

      Delete
  3. hmm, dari dulu kat skolah malas nak buang air besar, selalu tahan balik rumah..then lama2 jadi sembelit sampai skrg

    ReplyDelete
    Replies
    1. alahai atie.. kena ambil lebih serat laa ye nak elakan sembelit tu..

      Delete
  4. Kena banyak makan buah limau dan juga minum air vitagen👍👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.. limau sangat membantu.. mgkin sbab ia masam2 kot.. :-)

      Delete
  5. Selalu tahan nak membuang kalau travel. sebab tak selesa toilet awam. huhu

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda :-)

Penafian / Disclaimers

#1 Segala testimoni /penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan terlebih dahulu.

#2 Segala perkongsian kisah peribadi adalah HAK MUTLAK saya dan keluarga. Semuanya adalah berdasarkan pengalaman dan kenangan kami. TIADA berkaitan dengan yang hidup atau yang mati. HANYA KEHIDUPAN KAMI.