Friday, 23 October 2020

Info Produk : Vivix Shaklee (Fungsi, Kebaikan Dan Keistimewaan Serta Harga)

Info Produk : Vivix Shaklee (Fungsi, Kebaikan Dan Keistimewaan Serta Harga) | Vivix Shaklee merupakan "the one and only" minuman botani daripada Shaklee yang kaya dengan sumber polifenol. 

Ini menjadikan ianya minuman suplemen yang sentiasa menjadi pilihan ramai setelah mengetahui manfaat polifenol kepada kesihatan dan kehidupan kita.

Sejak di pasarkan di Malaysia pada tahun 2010, hampir 1,000,000 botol Vivix Shaklee telah terjual pada tahun ini setelah 10 tahun berada di pasaran.

Menakjubkan kan? Jadi, entry kali ini jom kita berkenalan dengan si merah Vivix Shaklee ni.

Apa Itu Vivix Shaklee?

Vivix Shaklee merupakan minuman botani yang telah dipatenkan oleh Shaklee dan merupakan minuman yang tinggi kandungan anti-oksidan kerana kaya dengan sumber polifenol. Kandungan antioksidan yang tinggi membantu melawan penuaan sehingga ke peringkat sel.

Baca juga:

Kandungan Vivix Shaklee

Vivix merupakan campuran botani bahan-bahan semulajadi yang tinggi dengan polifenol sebagai suplemen yang tinggi antioksidan.

Campuran botani Vivix Shaklee terdiri daripada 4 bahan berikut:-
  • Anggur Muskadin (Muscadine)
  • Lobak Ungu
  • Ekstrak Polygonum Cuspidatum 
  • Eldeberi Eropah
Campuran Botani Vivox Shaklee


Bahan utama Vivix Shaklee di asaskan daripada Anggur Muscadine dengan menggunakan proses ekstrak berpaten. Selain buah Anggur Muscadine yang amat berkuasa, ia juga dicampurkan dengan Rejuvetrol yang sedang dipatenkan iaitu campuran Ekstrak Knotweed Japun (Polygonum Cuspidatum), Ekstrak Lobak Ungu dan Ekstrak Elderberi Eropah untuk meningkatkan keberkesanan dan memberikan tahap perlindungan kepada kesihatan badan dengan meluas.

Shaklee menggunakan proses ekstrak yang dipatenkan untuk mengekalkan kuasa antioksidan dan polifenol supaya boleh sihat dan bertenaga dengan minuman botani yang lazat ini

Keistimewaan Vivix Shaklee

  • Shaklee menjalankan kajian santifik mengenai anggur muscadine, iaitu anggur liar yang unik dan sukar didapati. Shaklee memanfaatkan kelebihan ini dan memprosesnya melalui pengekstrakan yang telah di patenkan bagi mengekalkan kandungan polifenol bioaktif.
  • Merupakan campuran proprietari berasaskan anggur muscadine, salah satu buah yang paling jarang didapati dan paling kuat, digabungkan dengan campuran Rejuvetrol yang dipatenkan iaitu Ekstrak Knotweed Japun (Polygonum Cuspidatum), Ekstrak Lobak Ungu dan Ekstrak Elderberi Eropah
  • Gabungan asid elakgik dan elagitanin dengan polifenol lain menghasilkan kuasa antioksidan yang sangat hebat.
  • Merupakan minuman botani yang terdiri daripada campuran Anggur Muscadine, Knotweed Jepun, Eldeberry Eropah dan Lobak Ungu
  • Sangat semulajadi - tiada perisa buatan, hanya perisa daripada ramuan utama.
  • Tiada pengawet buatan.
  • Tiada pemanis tiruan.
  • Lebih 16,000 ujian dilakukan sepanjang tempoh dicipta untuk memastikan keselamatan dan kualiti produk terjaga.

Fungsi Vivix Shaklee

Bagaimanakah Vivix Shaklee berfungsi atau bertindak kepada kesihatan? Kesihatan sel akan mempengaruhi kesihatan secara menyeluruh.

Campuran sempurna polifenol daripada hasil botani ramuan Vivix Shaklee memberikan spektrum polifenol unik yang dapat meningkatkan kesihatan dan jangka hayat sel. Vivix Shaklee berfungsi melalui kandungan polifenol di dalam ramuannya.

Baca juga:

Polifenol dalam Vivix Shaklee berupaya melawan penuaan pada peringkat sellular.

Di dalam kajian makmal, ramuan botani Vivix Shaklee telah menunjukkan impak kepada empat mekanisme utama penuaan pada tahap sellular iaitu:

1. Melindungi dan membaiki DNA


Mengikut kajian, polifenol daripada bahan botani ramuan Vivix Shaklee membantu untuk:
  • Melindungi kerosakan DNA
  • Menyokong pemulihan dan pembaharuan fungsi sel
Vivix Shaklee berfungsi untuk mempertahankan dan memulihkan DNA sel tubuh dengan memperlahankan proses tersebut.

2. Meningkatkan tenaga


Polifenol daripada ramuan Vivix Shaklee membantu meningkatkan penghasilan Mitokondria. Mitokondria merupakan penjana tenaga bagi sel di dalam badan.

Sel-sel dalam badan akan sihat sekiranya fungsi mitokondria berada dalam keadaan terbaik. Jika fungsi mitkondria semakin menurun, fungsi sel juga akan menurun. Jika ini berlaku, sel-sel menjadi tidak bertenaga untuk melawan penyakit dan melakukan fungsi-fungsi normal. 

Vivix Shaklee berfungsi untuk menggalakkan pembetukkan tenaga baru mitokondria dan sekaligus membantu meningkatkan tahap tenaga di dalam sel.

3. Mempertahankan sel 


Kajian klinikal membuktikan Polifenol membantu keradangan kesihatan akibat daripada pengambilan makanan yang tidak sihat, dan seterusnya akan mengakibatkan penuaan.

Semakin kurang keradangan bermaksud semakin kuat dan bertenaga sel badan. Dan ini akan melambatkan proses penuaan.

Ramuan Vivix Shaklee menghasilkan polifenol yang boleh mengaktifkan satu kawalan genetik utama yang akan membantu memperlahankan penuaan pada tahap sel. 

4. Melambatkan Pembentukan Protein AGE


Kajian juga menunjukan Polifenol membantu melambatkan pembentukan sebanyak 90% protein AGE dalam badan.

Sel yang berada dalam keadaan protein AGE yang rendah akan membantu meningkatkan fungsi jantung dan kadar gula dalam darah.

Ramuan Vivix dengan 10 kali ganda lebih kuat dari hanya resveratrrol berjaya melambatkan pembetukan protin AGE ni.

10 Manfaat Dan Kebaikan Vivix Shaklee


10 manfaat serta kebaikan Vivix Shaklee yang terbukti membantu kesihatan:-
  1. Menyokong kesihatan minda
  2. Menyokong kesihatan mata
  3. Membantu mengawal berat badan
  4. Membantu melindungi sel badan 
  5. Membantu mengawal gula dalam darah yang menjadi punca penyakit kencing manis.
  6. Membantu meningkatkan tenaga dalam badan.
  7. Melambatkan proses penuaan kerana Vivix Shaklee mengandungi polifenol.
  8. Menyokong kesihatan jantung
  9. Menyokong kesihatan sendi
  10. Membantu meningkatkan sistem imunisasi badan.

Siapakah Yang Perlukan Vivix Shaklee

Vivix Shaklee diperkayakan dengan sumber polifenol premium dan sangat disarankan kepada mereka yang mempunya masalah kesihatan berikut:-
  • Lelaki dan wanita yang berumur 18 tahun ke atas
  • Individu yang mementingkan kesihatan menyeluruh
  • Yang bergiat aktif dalam sukan
  • Mempunyai masalah yang berkaitan kesihatan mata.
  • Mengalami masalah gula dalam darah (kencing manis) dan darah tinggi
  • Gout dan juga masalah lain seperti cyst dan fibroid
  • Ingin kuruskan badan
  • Individu yang "workoholic" dan bekerja secara giliran (night shift)
  • Yang sedang berusaha untuk berhenti merokok

Cara Makan Dan Cara Simpan Vivix Shaklee

Untuk mendapatkan cara makan terbaik Vivix Shaklee, anda perlu consult dengan pengedar Shaklee anda dan memberikan maklumat lanjut kenapa anda ingin mengambil Vivix Shaklee.

Adalah disarankan Vivix Shaklee di ambil satu kali sehari selepas makan atau sebelum tidur malam.

Vivix Shaklee merupakan pati pekat 4 ramuan yang kaya dengan polifenol. Cara penyimpanan Vivix yang terbaik ialah di dalam peti ais atau freezer.


Vivix Shaklee perlu disimpan dalam peti ais disebabkan Vivix shaklee tiada bahan pengawet. Dan ia juga bertujuan untuk menjaga kualiti, khasiat dan kesegaran Vivix Shaklee.


Harga Vivix Shaklee

Harga runcit Vivix Shaklee RM475.00 sebotol untuk penggunaan 1 hingga 2 bulan.

Tetapi, setiap pembelian Vivix Shaklee dengan kami anda layak untuk:
  • Mendapat Vivix Shaklee pada harga Ahli (RM380.00 sahaja)
  • Menjadi Ahli Shaklee secara percuma (FREE Membership)
  • Menerima pengeposan Vivix Shaklee secara percuma (FREE Postage)
  • Konsultasi percuma (FREE Consultation)
Baca juga:


Sekiranya kalian ingin memiliki Vivix Shaklee, boleh hubungi kami di talian 019 397 9157 atau klik butang Whats App di sebelah kiri blog untuk maklumat lanjut.

Your Bestie:
Hayati Suki (SisYat)
Pengedar Sah Shaklee
019-397 9157
COD Kapar / Klang
Pengeposan ke seluruh Malaysia dan luar negara
Klang, Selangor Kapar, Selangor, Malaysia

0 comments:

Post a comment

Terima kasih atas komen anda :-)

Penafian / Disclaimers

#1 Segala testimoni /penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan terlebih dahulu.

#2 Segala perkongsian kisah peribadi adalah HAK MUTLAK saya dan keluarga. Semuanya adalah berdasarkan pengalaman dan kenangan kami. TIADA berkaitan dengan yang hidup atau yang mati. HANYA KEHIDUPAN KAMI.