Kebaikan Polifenol Untuk Mendapatkan Kulit Yang Sihat Dan Cantik | Menjadi idaman setiap indidvidu untuk memiliki kulit yang sihat dan cantik tanpa masalah seperti kulit kusam, kulit berjerawat, pigmentasi dan tidak berseri.

Sekiranya ini berlaku, keyakinan diri akan menjadi rendah. Jadi, untuk mengelakan diri sendiri menjadi rendah diri dan kurang keyakinan, haruslah menjaga kulit wajah dengan baik.
Kulit yang sihat dan cantik bermaksud kulit yang mempunyai tahap kelembapan yang optimum dan licin disamping tidak mempunyai masalah kulit seperti pori-pori terbuka, kedutan halus dan kusam.
Punca utama kerosakan kulit adalah kehilangan kelembapan kulit disebabkan oleh sinar UV. Jadi, bagaimana nak dapatkan kulit yang sihat dan cantik serta dapat mengekalkan begitu? Nak mengekalkan tahap kelembapan kulit pada tahap optimum?
Cara terbaik untuk mendapatkan kulit yang sihat dan cantik ialah dengan mengamalkan pemakanan yang tinggi antioksidan seperti Vitamin A, Vitamin C dan Vitamin E. Selain daripada Vitamin ACE ini, polifenol juga membekalkan sumber antioksidan yang tinggi.
![]() |
Kebaikan Polifenol Untuk Kulit Sihat Dan Cantik |
7 Kebaikan Polifenol Untuk Mendapatkan Kulit Yang Sihat Dan Cantik
1) Polifenol Melindungi Kulit Daripada Kerosakan Sinar UV
- Polifenol digunakan untuk pencegahan kesan terbakar akibat sinar matahari kerana polifenol mengurangkan kesan kerosakan sinaran ultraviolet A (UVA) dan ultraviolet B (UVB) pada kulit.
- Berdasarkan kajian yang dijalankan, terdapat bukti bahawa polifenol dalam bentuk oral dan topikal dapat memberikan perlindungan dari kerosakan UV dan panahan matahari dan sangat bermanfaat untuk kesihatan kulit.
2) Polifenol Mengurangkan Penuaan Pramatang Dan Pembentukan Kedutan Serta Garisan Halus
- Kedutan dan garisan halus terbentuk kulit mulai kehilangan kolagen yang membuatkan daya elastik kulit semakin berkurang. Polifenol membantu pengeluaran kolagen untuk menganjalkan kulit, menghalang kedutan dan kendur dan menggalakan pembentukan tisu yang sihat supaya dapat menikmati kulit yang sempurna tanpa cela.
3) Polifenol Menyokong Pengeluaran Kolagen Yang Sihat
- Kolagen dan elastin yang terurai akibat radikal bebas dan akan mengakibatkan kulit kendur dan kurang anjal. Polifenol bertindak sebagai penghalang radikal bebas, membantu pembentukan semula kolagen dan kulit mampu membaiki selnya sendiri untuk menjadikan kulit yang lebih sihat dan sempurna
4) Polifenol Menggalakan Kulit Yang Tegang Dan Kelihatan Lebih Muda
- Polifenol juga merupakan bahan penjagaan kulit yang kuat. Diterapkan secara topikal, polifenol dapat membantu memperbaiki dan meremajakan kulit anda, kata Mraz-Robinson. Kajian menunjukkan bahawa menggunakan polifenol pada kulit anda dapat melindunginya dari barah dan bentuk kerosakan akibat cahaya matahari yang lain.
Baca juga:
5) Polifenol Lindungi Kulit Daripada Keradangan Akibat Sinaran UV
- Kulit yang terdedah kepada sinaran UV akan mengalami kemerahan dan keradangan, tetapi polifenol membantu menghalang tahap proinflamasi ke dalam kulit. Ini membantu melindungi kulit daripada keradangan akibat sinaran UV tersebut.
6) Polifenol Menghalang Pembentukan AGE

- Produk AGE (Advanced Glycation End) merupakan sebatian merbahaya yang terbentuk dalam badan dan makanan. AGE merupakan bahan buangan sel yang terbentuk dalam makanan yang terdedah kepada suhu tinggi
- AGE merupakan bahan buangan sel dan ia terkumpul seiring dengan peningkatan usia.
- Tahap AGE yang tinggi menyebabkan tekanan oksidatif serta keradangan dan menjadi punca berlakunya hilang keanjalan kulit, kulit cepat berkedut dan proses penuaan menjadi lebih cepat. Polifenol membantu menghalang pembentukan AGE Protein dan manjadikan kelihatan muda, jelita dan lebih anjal.
- Quecerin merupakan polifenol yang terdapat dalam buah beri dan terbukti berkesan untuk menghalang pembentukan Advance Glycation End (AGE) sehingga 60%.

- Keputusan kajian makmal menunjukan bahawa campuran Polifenol dan Rejuvetrol menghalang pembentukan AGE protein, yang mingkin menyebabkan penuaan selular.
7) Polifenol Mengurangkan Pembentukan Pigmentasi
- Kajian klinikal terkini menunjukan polifenol menggalakan penghasilan kulit sihat dan berseri dengan melindungi kulit daripada sinaran UV yang menjadi punca utama kepada pembentukan pigmentasi atau jeragat.

Jadi, untuk menjaga keserian dan keremajaan kulit yang sihat dan cantik amatlah disarankan mengambil makanan yang mempunyai sumber polifenol dalam diet harian.
Baca juga:
Memilih makanan atau suplemen dengan sumber polifenol premium tidak terhad pada masa ini. Tetapi perlu memilih dengan beberapa kriteria seperti tahap selamat sesuatu produk, mempunyai kajian dan tahap keberkesanan.
Your Bestie:
Hayati Suki (SisYat)
Pengedar Shaklee Sejak 2012
-Yang sedang ambil polifenol-
Kena cari makanan tinggi polifenol.
ReplyDeletebetul NA..banyak makanan yang sumber polifenol tinggi :-)
Deletesejak masuk 3 series ni , kena cari product yg bg pigmentasi okay kan
ReplyDeletekena mula dari dalam selain taking care luaran :-)
DeletePemakanan yang sihat akan melahirkan kulit yang sihat. Bukan takat kulit cantik aje, dalaman pun penting kena jaga
ReplyDeletebetul tu LH. kena jaga pemakanan juga untuk kulit sihatd an cantik :-)
DeleteSiapa tak naknkulit cantik dan licin. Pemakanan faktor paling penting kena jaga. Kena pastikan makan makanan yg tggi polifenol.
ReplyDeletebanyak makanan yang ada plifenol. kena pandai cari :-)
DeleteSelalu dgr pasal antioksidan, retinol, dan vitamin2. Jarang dengar tentang polifenol. Terima kasih atas perkongsian.
ReplyDeleteterima kasih sudi baca ummi. In sha Allah, polifenol dapat bantu kesihatan :-)
DeleteMmg polifenol ni dah terbukti bagus utk kulit wajah kan.. nanti nak cuba lamm hehe
ReplyDeleteboleh..boleh ayu :-)
DeleteRamai bercakap mengenai polifenol ni, ada yang tak tau pun tentang ini.. macam Sis, makan anggur hitam aje, pun dah cukup kebaikannya sama dengan polifenol..
ReplyDeletebetul sis lin, yang penting ambil diet yang seimbang..buah2an semua tu :-)
DeleteNice tips for good skin, TQ so much. I love products with polifenol too as it is rich in Vitamin A, Vitamin C and Vitamin E for beauty
ReplyDeleteVitamin ACE vitamin sangat tinggi antioksidan. bagus untuk jaga kulit dari radikal bebas :-)
DeleteMemang kene banyak membaca. Selalu dengar polifenol ni tapi tak tau macam mne.. Dri pemaknan la kita kene jaga kan. Sebab maknan bnyak mengandungi vitamin
ReplyDeletebetul nad, cari makanan yang kaya dengan vitamin. in sha allah ada khasiatnya. :-)
DeleteKita dah kena amalkan produk ni hehehe sebab faktor usia wakakaka tapi bagus ni untuk orang perempuan kena ambil dan amalkan selalu...
ReplyDeleteorang lelaki pun bagus maha. kang nk nampak segak selalu :-)
DeleteBanyak juga benefit Polifenol ni yang sisyat.. Especially part yang anti aging tue... Sgt penting utk us nowadays bila la usia makin meningkat ni..
ReplyDeleteusia makin matang katanya..hehe
DeletePolifenol ni memang bagus untuk kulit and banyak sangat kebaikkannya. Iza pun nak amalkan polifenol jugak.
ReplyDeletejom sama-sama iza :-)
DeleteBanyak beauty produk ada kandungan Polifenol ni ke? Curious nak tahu jugak.
ReplyDeleteproduk yang lain sisyat tak pasti, tapi kalau Vivix Shaklee memang ada polifenol :-)
Delete