Friday, 9 October 2020

Polifenol - Tahukah Anda Kebaikan Polifenol Kepada Kesihatan

Polifenol - Tahukah Anda Kebaikan Polifenol Kepada Kesihatan | Tahukah anda tantang polifenol? Apa itu polifenol sebenarnya? Dan apakah kebaikan dan kepentingan polifenol kepada kesihatan tubuh badan manusia?

Ramai yang masih kurang jelas dan info berkaitan polifenol.

Jadi, Sisyat cuba berkongsi dengan anda tentang polifenol dan apakah kebaikan polifenol terhadap kesihatan tubuh manusia.

Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Polifenol?

Polifenol adalah kompaun bioaktif yang terhasil secara semulajadi di dalam tumbuh-tumbuhan terutamanya dalam buah-buahan dan sayur-sayuran.

Polifenol merupakan unsur antioksidan kuat, yang akan melindungi tubuh kita dari kerosakan sel akibat radikal bebas.

Manfaatnya bilamana antioksidan tinggi dalam badan maka ia menjadi anti / rintangan kepada proses penuaan dengan cepat, anti inflamasi, juga anti-kanser kepada tubuh badan manusia..

Jadi kesimpulannya, manusia perlu mengambil polifenol bagi menghalang pertumbuhan kanser dalam tubuh mereka..

Apakah Polifenol?

Sekiranya anda ingin mendapatkan pelbagai jenis polifenol, adalah disarankan anda mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran semulajadi daripada pelbagai warna berbeza.

Ini kerana, tahap kepekatan dan jenis polifenol setiap buah-buahan dan sayur-sayuran tersebut adalah berbeza.

Secara mudahnya, lebih banyak anda mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan daripada pelbagai jenis dan warna, lagi banyak polifenol yang akan anda perolehi.


Tahukah Anda #1 : Dimanakah Kandungan Polifenol Paling Banyak?

Kandungan polifenol paling tinggi dalam tumbuhan bewarna gelap

Polifenol paling banyak dijumpai adalah dalam tumbuhan bewarna gelap seperti anggur dan elderberry. Jumlah polifenol paling tinggi berada di dalam biji dan kulit buah berkenaan.

Tahukah Anda #2 : Polifenol Menggalakan Penghasilan Kulit Sihat & Berseri

Polifenol menggalakan penghasilan kulit yang sihat dan berseri

Kajian klinikal terkini menunjukan polifenol menggalakan penghasilan kulit sihat dan berseri:
  • Polifenol membantu melindungi kulit dari kerosakan UV
  • Polifenol juga membantu mengurangkan penuaan pramatang dan pembentukan kedutan serta garisan halus pada kulit wajah.
  • Selain itu, polifenol juga membantu menggalakan dan menyokong pengeluaran kolagen yang sihat.
  • Fungsi lain polifenol adalah menggalakan kulit yang sihat dan kelihatan lebih tegang dan lebih muda.

Tahukah Anda #3 : Polifenol Menggalakan Fungsi Jantung Yang Sihat
Polifenol membantu menggalakan fungsi jantung

Pelbagai kajian telah dilakukan dan menunjukan bahawa polifenol dapat membantu dalam menggalakan fungsi jantung yang sihat dengan:
  • Mengurangkan keradangan dalam salur darah
  • Menggalakan dinding salur darah yang sihat.
  • Menggalakan tekanan darah yang sihat.
  • Mengekalkan tahap penggumpalan platlet yang sihat.

Tahukah Anda #4 : Polifenol Berpotensi Mengekalkan Tahap Glukosa

Menurut kajian klinikal terkini, polifenol mungkin juga nerpotensi untuk mengekalkan tahap glukosa yang sihat kepada badan dengan:
  • Mengawalatur penyerapan glukosa ke dalam darah.
  • Meningkatkan kepekatan insulin.
  • Meransang rembesan insulin badan.
  • Membantu meningkatkan penguraian glukosa dalam badan.

Jelas kan kenapa polifenol sangat diperlukan dan sangat penting kepada tubuh badan manusia? Adalah sangat penting untuk memberikan tubuh kita polifenol bagi meningkatkan lagi tahap kesihatan badan.

Selain daripada mengambil sayuran dan buah-buahan yang kaya dengan polifenol, anda juga boleh mengambil supplemen yang dihasilkan daripada bahan-bahan premium yang mengandungi polifenol.

Your Bestie:
Hayati Suki (SisYat)
Pengedar Shaklee Sejak 2012
-Yang sedang ambil polifenol-

16 comments:

  1. Kena cari buah beri biru jawabnya. Nasib baik suka buah tersebut.

    ReplyDelete
  2. thank you fo sharing. i know where to come back to utk baca all these infos later on.

    ReplyDelete
  3. Buah purple ni memang bagus utk kita semua. Anti kanser juga. Antioxidant dan lain-lain manfaat. Sekarang kalau pergi pasaraya AEON mesti ramai membeli anggur, blueberry dan buah biru purple ni. Saya pun turut serta. Hehehe.

    ReplyDelete
  4. LH memang suka makan anggur and berries. Sedap 😋. Tapi tulah, boleh tahan juga harganya

    ReplyDelete
  5. wow i learned so much today. thanks for sharing this informative article with us! :)

    ReplyDelete
  6. Good post! You make me learned a lot about polifenol. I need to eat more grapes and berries. Thank you for sharing.

    ReplyDelete
  7. Bagus info! Kebetulan sy suka buahan2 purple cam anggur n etc hehe antioxidant pun tinggi

    ReplyDelete
  8. wah! baruu tau pasal ni! thank you share tak tau rupanya ada banyak khasiat lain pada buah

    ReplyDelete
  9. ohh kita baru tahu juga pasal Polefenol ni hurmm good sharing patut orang luar kulit cantik dan putih makan buah anggur hehehehhe..

    ReplyDelete
  10. Kena makan sayur-sayuran dan buah=buahan secukupnya lepas ni ;) Terima kasih kongsi maklumat bagus ni

    ReplyDelete
  11. Thanks for the detail info sharing, i m going to check out more about this.

    ReplyDelete
  12. Wow.. Love this artikel la sisyat... Kena kerapkan makan buah2 gelap la mcm ni.. Untuk dptkan kandungan polifenol yang mencukupi.. Byk benefit dia...

    ReplyDelete
  13. Baru tau kelebihan polifenol ini.. AM mmg ada masalah gula.. kadang2 naik kadang2 rendah.. mmg xmenentu.. boleh la AM cuba nnti..

    ReplyDelete
  14. Memang tau pasal Polifenol tu...kalau takde nak beli ubat ke, makan aje anggur hitam tu haa.. pun boleh...

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda :-)

Penafian / Disclaimers

#1 Segala testimoni /penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan terlebih dahulu.

#2 Segala perkongsian kisah peribadi adalah HAK MUTLAK saya dan keluarga. Semuanya adalah berdasarkan pengalaman dan kenangan kami. TIADA berkaitan dengan yang hidup atau yang mati. HANYA KEHIDUPAN KAMI.