Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya dah bermula pada hari ini.
Jadi, ada yang mendapat kelonggaran bekerja dari rumah daripada ketua jabatan.
Walaupun tak semua daripada ibu-ibu yang bekerja mendapat kelonggaran ini, tapi ianya satu rezeki kepada yang mempunyai ketua jabatan atau bos yang memahami dan memberi pertimbangan dalam isu ini.
Sisyat antara yang bertuah.
Makanya, hari ini Sisyat bekerja dari work station untuk kerja pejabat dan dari dapur untuk anak-anak dan suami.
Terjadilah menu nasi kerabu tumis Kelantan paling senang dibuat dan sedap dimakan.
![]() |
Nasi Kerabu Tumis Kelantan Ikan Celup Tepung |
Resepi Nasi Kerabu Tumis Kelantan Paling Senang Dan Sedap
A) Bahan-Bahan Untuk Sambal Tumis
- Bawang besar Holland - 1 labu
- Bawang merah kecil - 5 biji
- Bawang putih - 5 ulas
- Halia - 1 inci
- Cili giling - 4 sudu besar ATAU Cili Kering - 10 biji
- Santan kotak - 200ml
- Air masak - 1 cawan
- Budu - 2 sudu besar
- Serai - 3 batang
- Asam keping - 2 atau 3 keping
- Gula
- Garam
- Maggi secukup rasa
Cara membuatnya:
- Blend bersama bawang besar holland, bawang merah, bawang putih dan halia sehingga lumat.
- Tumiskan bahan blend tadi sehingga naik bau wangi.
- Masukan cili giling dan kacau perlahan sehingga pecah minyak
- Masukan santan dan budu. Jangan biarkan tanpa kacau kerana ia boleh mengganggu tekstur sambal tumis dan santan akan berketul
- Masukkan air dan kacau lagi.
- Masukan serai, asam keping, gula, garam dan secukup rasa.
- Masak sehingga pekat dan pecah minyak.
B) Bahan-Bahan Sambal Ikan
- Bawang merah - 5 biji
- Serai - 3 batang (dihiris halus)
- Ikan kembung / ikan sardin - 7 ke 10 ekor (di rebus)
- Kelapa parut - 1 biji (di sangai sehingga garing)
- Gula
- Garam
- Maggi secukup rasa
Cara membuatnya:
- Tumbuk lumat bawang merah dan serai.
- Masukan ikan rebus yang telah dibuang tulang dan tumbuk lagi.
- Kelapa sangai ditumbuk kasar.
- Gaulkan semua dan perasakan dengan gula, garam dan Maggi secukup rasa. Seeloknya rasa manis lebih.
C) Kerabu Atau Ulam-Ulaman
- Timun
- Kacang panjang
- Daun kesum
- Bunga kantan
- Kubis
- Hiris halus dan gaulkan bersama-sama.
D) Ikan Celup Tepung Paling Senang Dan Sedap
- Tepung jagung - 3 sudu besar
- Tepung beras - 3 sudu besar
- Serbuk kunyit - 1 sudu kecil
- Telur - 1 biji
- Air kapur - sedikit (untuk rangupkan tepung)
- Sedikit air
Cara membuatnya:
- Satukan semua bahan-bahan dan celupkan ikan yang nak digoreng.
- Sediakan bahan celup tepung bergantung kepada jumlah ikan yang nak digoreng.
- Tahap kepekatan dan kelikatan bergantung kepada anda :-)
Nak lagi sedap dimakan nasi kerabu tumis kelantan ni, boleh tambah telur masin dan solok lada. Memang sedap la!
Gambar mana Sisyat oi?
Tak sempat nak ambil gambar yang baru-baru dihidang tadi. Maafkan saya :-)
-HayatiSuki-
Your Bestie
nyummy sedapnya..terliur iena tengok..boleh la cuba buat nanti
ReplyDeleteBoleh cuba..senang je ni iena 😊
DeleteOrang Kelantan rupanya. Hehe hendak rasa sedikit!
ReplyDeleteProud to be kelantanese..hehe
DeleteIn sha allah mana tahu ada rezeki NA boleh cuba nasi kerabu sisyat 😊
Wahhh, hebatnya u. Mesti sedap ni. :)
ReplyDeleteBoleh la yangg.. PKP sebelum ni mengajarku..haha
DeleteSedapnyaaaa... mmg teringin nk buat nasi kerabu sendiri tp mcm leceh jer nk sedia sambal kelap tu semua trs dilupakan niat tu.. beli senang trs mkn 😂😂
ReplyDeleteSambal kelapa tu senang je kakmim 😊.
DeleteTp kena kental la tangan menumbuk tu..hehe
x pernah try lg buat tu... kalau rajin nk juga try.. hehe... kelapa yg dipakai tu boleh kelapa parut biasa atau yg kelapa parut putih yg khas utk buat kueh tu ye?
Deletekte pakai yang parut biasa tu je..beli kat kedai acheh..hehe
DeleteSedapnya nasi kabu.
ReplyDeletePandai kak yatt masak. Rajin buat sambal. Tumbuk²
Sekali sekala nak makan, kena buat laa.. kalo pun ada area sini, tak memenuhi stended ore kelate kito kato..hihi
DeleteWahh nasi kerabu laa..
ReplyDeletesedap!! lama xmkn..
Boleh la buat shida.. resepi ni mudah sgt 😊
DeleteNampak mudah resepinya. Nanti boleh cuba. Harap-harap menjadi la. Hahaha.
ReplyDeleteIn sha allah menjadi ruby. Sisyat dh byk kali pakai resepi ni 😅
Deletenasi kerabu mmg fav sis...nak buat risau tak jadi..dia punya nak buat tu byk step jugak..tp kalau dah biasa buat oklah..kat rumah sis sorang jer makan..so sis beli jer lah hihi
ReplyDeleteBeli lagi jimat la kalau sorg je makan. Hehe
DeleteSisyat ni 1 famili makan. Makanya lagi jimat la buat sendiri..
alah kenapa mengoda resepi ni.. terima kasih sharing resepi tau. leh buat nanti sebab detail semua bahan dan cara ada..
ReplyDeleteyanieyusuf.com
Terima kasih yanie.. dh cuba nati share na 😊
DeleteIn sha allah menjadi..
wah macam senang! tapi gambarnya tak banyak! hahahah baru nak terliur nanti share tau gambar nak tengok hehehehe mesti sedap!
ReplyDeleteSisyat buat lagi sekali, sisyat tambah gambar kat sini ye 😊
DeleteSedapnya. Kebetulan suami kte org kelantan dan dia mmg akan makan kalo nasi kerabu tumis je..sbb dia pandai masak so selalunya kalo dia nk mkn dia masak la haha
ReplyDeleteUntungnya cikmin dapat che abe pandai buat nasi kerabu 😊
Deleteomg bestnya resipi ni. nmpk mudah dan sgh sedap, thanks sis!
ReplyDeleteSama2 sis.. boleh la cuba 😊
DeletePetang tadi anak bujang minta buatkan nasi kerabu.... aduhai sayang Mommy!
ReplyDeleteMommy boleh la try resepi sisyat ni 😁
DeleteOk. Nak share ngan adik sebab dia suka nak mencuba resepi baru. Yang nie nampak mudah dan senang - mesti dia suka nak mencuba
ReplyDeleteSila la rawlin.. mudah je nak buat ni 😊
Deletenampak resepi macam senang taoi lebih senang lagi beli je haha. thanks sharing
ReplyDeleteHaha..mmg la bae..paling senang beli je. Lagi cepat boleh makan..😅😅
Deleteterima kasih share resipi ya! nampak macam sedap. saya ni kalau nak buat sendiri memang payahlah hehe. :)
ReplyDeleteBeli je la senang kan aerill..hehe
DeleteKalo ramai2 nak mkn, br berbaloi la nak buat. Padan dengan renyahnya tu 😁
Ni favourite ena taw. Seminggu 3kali makan. Huhu nasib baik kt muo ni ramai org kelantan yg masak. Boleh la rujuk entri ni
ReplyDeleteterima kasih ena suka masakan kelantan. haa, mmg g laa negeri mana mesti jumpa kedai makan kelate..hehe
DeleteRajinnya buat nasi kerabu. Saya dah lama teringin nk buat sendiri, tapi setiap kali tgk resepi, tak sanggup, sebab byk sangat bahan & proses.
ReplyDeleteresepi sisyat ni senang je ummi :-)
DeleteSedapnya tengok.. Kita mng suka makn nasi kerabu dengan ikan goreng ni.. Nak buat mmg takla.. Macam bnyak bahan je.. Hehehe..
ReplyDeleteResepi sisyat simple je nad.. hehe
Deletekalo byk bahan, malas juga..haha
Thank you share resepi. Seumur hidup tak pernah makan nasi kerabu. Ntah kenapa tak berani lagi nak cuba
ReplyDeletecuba la..pastu boleh jadi ketagih..hehe
DeleteFeveret saya ni tapi selalu beli je hehe. Lepas ni nak cuba buat sendiri la. Ok, kena rajinn heeee
ReplyDeleteboleh je buat sendiri ni sis..reseip simple je :-)
DeleteResepi mudahnyaa...boleh cuba ni nanti..nasib le gambar tak berapa ada, kalau ada, mau jilat skrin kang hahahaha
ReplyDeleteboh gambar later Sislin jangan jilat skrin fon pulak..hehe
DeleteLamanya tak makan nasi kerabu rindunya. Nampak pun sedap sangat sambalnya tu huhuhu
ReplyDeleteBoleh cuba buat kat rumah laa ayu :-)
DeleteMemang suka makan nasi kerabu ni... wahhh since memang duduk rumah diam2 untuk dua minggu ni, boleh la cuba resipi ni nanti.. :) Thanks for sharing ya :)
ReplyDeletesama-sama.. nanti cuba ye :-)
DeleteAM xpandai n xpenah mkn budu.. resepi nmpk mudah n bahan2 senang didapati.. if cuba tanpa letak budu boleh tak?
ReplyDeletejantung nasi kerabu kelate is budu..hehe
Deletekalo xletak boleh je. budu tu lebih pada nak masinkan sambal tumis tu je :-)
Meh cod sini
ReplyDeletealamak..haha
DeleteSedapanyaaaaa... boleh try la ni. Lagi2 waktu PKP, bolehlah cuba menu2 lain
ReplyDeletekalo PKP je mesti panjang je idea nk cuba menu2 lain kan mira
Deletenak buat nasi kerabu ni renyah sikit sbb bahan2nya byk. sbb tu la isteri sy jrg masak nasi kerabu kecuali jika ada tetamu nak dtg. jika cuma kami sekeluarga je baik beli di gerai...
ReplyDeletebeli lagi cepat boleh dimakan abam kie..hehe
Deletethank you sharing this resepi sisyat!
ReplyDeletenanti atie try laa buat..hehe
Deletelamanya tak makan nasi kerabu
ReplyDeletehaihhhhh
boleh buat dah ni..resepi mudah dah ada :-)
Deletesedapnya nasik kerabu, tapi tak pernah buat sendiri lagi setakat ni, hebat boleh buat sendiri!
ReplyDeletesimple2 boleh laa sisyat layan buat syaz..hihi
Deletebiasa makan nasi kerabu yang biru tu... tak pernah lagi makan nasi kerabu tumis. mesti sedap kan.. ada kesempatan nk try la
ReplyDeletenasi kerabu sinonim je dengan kaler biru..yang tu budu fresh.. yang kuning budu ditumis :-)
DeleteSedapnya nadi kerabu dah lama xmkn, dpt mkn budu lg sedap tq sharing resepi nti blh buat sendiri
ReplyDeletebudu la penyedap nasi kerabu..hehe
DeleteAlahai tetiba teringin nasi kerabu. Dah lama tak makan
ReplyDeletejom buat zumal..kejap je buat ni :-)
Delete