Tuesday, 24 November 2020

Teknik Double Cleansing : Kaedah Cuci Muka Cara Korea Yang Berkesan Untuk Dapat Kulit Sihat

Teknik Double Cleansing : Kaedah Cuci Muka Cara Korea Yang Berkesan Untuk Dapat Kulit Sihat | Teknik double cleansing ni dah lama menjadi ikutan rakyat Malaysia rupanya. Cuma Sisyat yang lambat tahu ada teknik paling berkesan untuk dapatkan kulit sihat dengan mudah.


Sisyat mula amalkan teknik Double Cleansing ini pada November 2019, dan pada November 2020 telah genap 1 tahun Sisyat mengamalkan teknik ini dalam rutin penjagaan kulit harian.

Kulit sihat maksudnya kulit yang bebas cela seperti jerawat, jeragat, kulit kusam, tona tidak sekata dan masalah-masalah kulit yang lain.

Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Teknik Double Cleansing?

Teknik Double Cleansing sangat popular dikalangan orang Korea dan Jepun dalam rutin penjagaan kulit harian.

Cuci muka dengan teknik double cleansing memerlukan dua jenis pencuci muka sebagai rutin untuk mencuci muka.
  1. Pencuci muka berasaskan minyak (Oil Based Cleanser)
  2. Pencuci muka berasaskan air (Water Based Cleanser)

Pencuci muka berasaskan minyak (Oil Based Cleanser) berfungsi untuk menganggalkan segala kotoran yang berasaskan minyak seperti mekap harian, sunscreen / sunblock, sel-sel kulit mati atau rosak serta kotoran lain.

Pencuci muka berasaskan air (Water Based Cleanser) pula berfungsi untuk menanggalkan kotoran yang berasaskan air seperti peluh, kotoran dan debu-debu.

Rutin hidup harian atau lifestyle yang menentukan tahap kekotoran yang boleh melekat di kulit kita. Sekiranya anda adalah individu yang sering bersama mekap, adalah sangat disarankan untuk mengamalkan cuci muka menggunakan teknik double cleansing ini.

Perlu Ke Mengamalkan Teknik Double Cleansing Dalam Rutin Harian?

Sangat perlu. 

Lifestyle kita yang menentukan tahap kekotoran yang melekat di muka. Walaupan anda bukan tergolong dalam individu yang suka mekap, tapi penggunaan sunscreen / sunblock sangat-sangat wajib diamalkan untuk melindungi kulit dari sinaran UVA dan UVB. Sunscreen / sunblock adalah penjagaan kulit yang berasaskan minyak.

Jadi, untuk menanggalkan kesan sunscreen di permukaan kulit, pencuci muka berasaskan minyak adalah yang terbaik.

Sekiranya hanya menggunakan pencuci muka berasaskan air, kotoran dari minyak tidak dapat dihilangkan dengan berkesan. Sepertimana ilmu sains yang kita pelajari, minyak dan air tidak mungkin boleh bercampur.

Ini menjadi punca kepada liang roma / pori tersumbat yang akan menjadi penyebab kepada masalah jerawat, white head dan black head.

Jadi, sangat perlu untuk cuci muka menggunakan teknik DoubleCleansing dalam rutin harian.

Bagaimanakah Untuk Memulakan Cuci Muka Menggunakan Teknik Double Cleansing
  1. Tekan / pump secukupnya pencuci muka jenis berminyak dan gosok dengan lembut ke seluruh muka. Gosok rata oil cleansing lebih kurang 10 saat. Basahkan tangan dengan sedikt air (1-2 titik air) dan gosok rata lagi ke muka. Blend bersama dengan minyak yang sediada di permukaan kulit lebih kurang 5 saat lagi. Kemudian basuh bersih dengan air paip.
  2. Kemudian, ambil pencuci muka berasaskan air dan cuci muka seperti biasa. Gosok dengan lembut, kemudian bilas dengan air sehingga bersih.

Amalkan cuci muka dengan teknik Double Cleansing ini satu atau dua kali sehari, pada waktu pagi selepas bangun tidur dan pada waktu malam selepas aktiviti harian.

Ada juga menyarankan untuk buat sekali sehari sahaja iaitu pada waktu malam (penghujung aktiviti harian) sebelum tidur.

Tapi, secara logiknya ketika tidur juga kalenjar minyak pada wajah tetap bekerja untuk menghasilkan sebum dan kotoran berasaskan minyak terkumpul pada kulit. Walaupun tidak semestinya pada akhir hari yang panjang dalam unsur-unsur dunia nyata, kulit masih memerlukan pembersihan dua kali pada waktu pagi untuk menghilangkan kotoran tersebut sepenuhnya. 

Percayalah, anda akan merasa lebih segar sepanjang hari selepas anda membersihkan dua kali pada waktu pagi.

Tapi, selama ini Sisyat cuma menggunakan teknik double cleansing hanya pada waktu malam sahaja.

Boleh Ke Kulit Jenis Berminyak Mengamakan Cuci Muka Teknik Double Cleansing?

Boleh dan sangat-sangat di galakan.

Pada hakikatnya, kulit jenis berminyak lebih cenderung menghasilkan kotoran berasaskan minyak berbanding kulit normal. Jadi, penggunaan pencuci muka berasaskan minyak adalah cara terbaik dan paling berkesan untuk membersihkannya. Menggunakan pembersih muka berasaskan minyak pada kulit berminyak adalah salah satu kaedah yang paling berkesan untuk melawan jerawat.

Baca juga:

Kelebihan Dan Kekurangan Menggunakan Teknik Double Cleansing Sebagai Kaedah Cuci Muka.

Kelebihan Teknik Double Cleansing
  • Kulit rasa lebih bersih dan segar
  • Cara / teknik yang sangat mudah
  • Kesan yang serta merta. Kulit rasa halus dan bersih.
  • Menyihatkan kulit.

Kekurangan Teknik Double Cleansing
  • Memerlukan bajet yang tinggi kerana menggunakan dua jenis pencuci muka

Double Cleansing Kaedah Cuci Muka Cara Korea Yang Berkesan Untuk Dapat Kulit Sihat.

Teknik Double Cleansing ini sebenarnya bukan hanya rahsia kecantikan Korea. Ini adalah tip penjagaan kulit yang diamalkan oleh banyak pakar dermatologi dan pakar estetika di seluruh dunia.

Jadi, amatlah rugi jika kita wanita Malaysia tidak mencuba dan mengamalkan teknik ini dengan sebaiknya. 

Sebenarnya, teknik Double Cleansing ini sangat berkesan kepada Sisyat. Setelah hampir setahun mengamalkan teknik ini untuk mencuci muka, Sisyat mengakui Sisyat sudah 99.5% bebas dari kulit berjerawat.

Untuk lebih efektif, teknik double cleansing ini diamalkan bersama dengan facial machine untuk mencuci muka lebih bersih lagi.

Baca sini:

Bila menggunakan facial machine semasa mencuci muka, secara tidak langsung ini juga dapat menanggalkan sel kulit mati. Penanggalan sel kulit mati memberi peluang kepada proses penghasilan kulit baru yang biasanya berlaku dalam tempoh 28 hingga 32 hari bergantung kepada faktor umur setiap individu.

Semakin berusia, tempoh kitaran tersebut semakin perlahan.

Sebab itulah, teknik mencuci muka secara Doouble Cleansing ini sangat membantu dalam proses berkenaan selain daripada langkah 'scrubbing'.

Percayalah, penjagaan luaran dengan 'skincare' adalah langkah yang sebaiknya untuk memelihara kulit agar sentiasa sihat dan cantik disamping pengambilan suplemen untuk penjagaan dalaman.

Your Bestie:
Hayati Suki (SisYat)
-Yang mengamalkan Double Cleansing-
Continue Reading

Saturday, 21 November 2020

Pemenang Segmen Bloglist HayatiSukiDotCom

Pemenang Segmen Bloglist HayatiSukiDotCom | Alhamdulillah, akhirnya siap juga pemilihan pemenang segmen Bloglist HayatisukiDotCom yang pertama.

Pemenang Segmen Bloglist HayatiSukiDotCom

Terima kasih kepada semua memeriahkan segmen tu. 

Pemenang Segmen Bloglist HayatiSukiDotCom

Sisyat hanya gunakan random.org untuk membuat pemilihan pemenang.
Memandangkan Sisyat tak letak dalam syarat penyertaan berapa ramai yang Sisyat akan masukan dalam bloglist, maka Sisyat putuskan nak pilih 10 pemenang segmen bloglist HayatiSukiDotCom.

10 pemenang ni akan berada dalam bloglist HayatiSukiDotCom sepanjang bulan November dan Disember tahun 2020






22) https://www.shikinrazali.com/2020/11/segmen-bloglist-pertama-blog.html





Tahniah kepada semua 10 blogger yang terpilih. Yang tidak terpilih, jangan kecewa. In Sha Allah, pada masa akan datang Sisyat akan buat lagi samada Segmen atau Giveaway.

Terima kasih semua.

Sisyat
-Rakan Blogger Anda-
a.k.a
Rakan Shaklee Anda
Continue Reading

Friday, 20 November 2020

Senarai Peserta Segmen Bloglist HayatiSukiDotCom

Hai semua.

Senarai Peserta Segmen Bloglist HayatiSukiDotCom | Hari ni hari terakhir segmen pertama blog Sisyat. Sehingga tengahari ini, Sisyat terima pernyertaan daripada 25 blog seperti yang disenaraikan dibawah.

Terima kasih pada sahabat semua yang telah sudi memeriahkan Segment Bloglist HayatiSukiDotCom.

Kalau kalian singgah, cuba komen "Hai Sisyat, saya nombor" (ikut nombor seperti senarai Sisyat bagi ni).


  1.  https://www.tiarasaphire.com/2020/11/segmen-bloglist-pertama-blog.html
  2. https://belogsjm.blogspot.com/2020/11/segmen-bloglist-pertama-blog.html
  3. https://www.shimajelani.com/2020/11/segmen-bloglist-pertama-blog.html
  4. https://zieyaweasley.blogspot.com/2020/11/segmen-bloglist-pertama-blog.html
  5. https://www.fizahabdulhalim.com/2020/11/segmen-bloglist-pertama-blog.html
  6. https://www.mialiana.com/2020/11/segmen-bloglist-pertama-blog.html
  7. https://pemudattbc.blogspot.com/2020/11/segmen-bloglist-pertama-blog.html
  8. https://www.ibucida.com/2020/11/segmen-bloglist-pertama-blog.html
  9. https://www.ceritamak.com/2020/11/segmen-bloglist-pertama-blog.html
  10. http://www.ombakbergigi.com/2020/11/segmen-bloglist-pertama-blog.html
  11. https://unprivatediarytyping.blogspot.com/2020/11/segmen-bloglist-pertama-blog.html
  12. https://inilampuhijau.blogspot.com/2020/11/segmen-bloglist-pertama-blog.html
  13. https://tetikusmerah.blogspot.com/2020/11/segmen-bloglist-pertama-blog.html
  14. https://mulan-sahbanu.blogspot.com/2020/11/segmen-bloglist-pertama-blog.html
  15. http://www.duniashida.com/2020/11/segmen-bloglist-pertama-blog.html
  16. http://nurnabilarslan.blogspot.com/2020/11/segmen-bloglist-pertama-hayatisukidotcom.html
  17. https://www.ibudokter.com/2020/11/segmen-bloglist-pertama-blog.html
  18. http://sovitamin.com/segmen-bloglist-pertama-blog-hayatisukidotcom/
  19. http://www.zianaeunos.com/2020/11/segmen-bloglist-pertama-blog.html
  20. http://www.mamapipie.com/2020/11/segmen-bloglist-pertama-blog.html
  21. https://www.rubiahkadir.com/2020/11/segmen-bloglist-pertama-blog.html
  22. https://www.shikinrazali.com/2020/11/segmen-bloglist-pertama-blog.html
  23. https://www.faizzahamir.com/2020/11/segmen-bloglist-pertama-blog.html
  24. https://www.atulhamid.com/2020/11/segmen-bloglist-pertama-blog.html
  25. https://weolls.blogspot.com/2020/11/segmen-bloglist-pertama-blog.html
Terima kasih kalian. Salam ukhwah dari Sisyat untuk kalian 😊.

Sisyat @ Hayati Suki
-Yang suka berkawan-

Continue Reading

Wednesday, 18 November 2020

Tips Serta Panduan Membeli Dan Memilih Air Fryer

Tips Serta Panduan Membeli Dan Memilih Air Fryer | Air fryer merupakan antara gajet yang wajib ada di setiap rumah pada masa sekarang. Sisyat percaya, hampir setiap dapur dirumah ada item ini.

Jadi, Sisyat rasa dapur kami juga perlu ada gajet ni. Maklumlah, dengan musim Covid 19 ni yang telah mengganggu rutin harian dan tahunan kita semua. 

PKPB di Selangor dah menghampiri 6 minggu. Lagi 2 minggu bakal tamat untuk sesi kali ni. Mana tahu jika bersambung lagi memandangkan trend kes Covid sentiasa menaik je ni.

Persekolahan pun dah tak macam dulu. Anak-anak sepanjang masa berada dirumah. Bila berada dirumah sepanjang hari, makanan memang perlu sentiasa ada.

Makanya, mama memang kena sentiasa rajin. Kena gigih untuk sediakan makanab agar tiada yang mood ke laut bila perut lapar.

Kenapa Setiap Rumah Perlu Memiliki Satu Air Fryer?

1. Menjimatkan masa memasak para ibu.
  • Bagi ibu-ibu yang bekerjaya, Air Fryer ni sangat menjimatkan masa. Masukkan je apa yang nak dimasak, Air Fryer akan 'kerjakan' untuk anda.
  • Sementara menu dimasak, para ibu boleh bersiap atau membuat rutin kerja rumah yang lain.

2. Memudahkan untuk menyediakan makanan.
  • Sngat mudah dalam penyediaan makanan. Cuma pilih cara masak yang dikehendaki dan masukan bahan. Siap!

3. Tidak mengotorkan dapur.
  • Bahagian ini paling best. Makanan siap dimasak dengan pantas, dapur pun tidak berkecah. Tiada lagi minyak yang terpercik. Cuma perlu basuh bucket air fryer sahaja.

4. Kehidupan harian lebih sihat.
  • Seperti yang semua tahu, penggunaan Air Fryer adalah tanpa minyak ataupun penggunaan minimum minyak. 
  • Jadi, kesihatan akan lebih baik tanpa minyak dan kolestrol.

5. Fungsi Air Fryer tidak terhad.
  • Fungsi Air Fyer yang tidak terhad kepada hanya menggoreng tanpa minyak sahaja. Kebanyakan Air Fryer terkini memang dilengkapi dengan fungsi pelbagai seperti grill, bake dan toast. 
  • Yang terkini, ada Air Fyer juga mempunyai fungsi mengukus.

6. Dapur mudah alih
  • Sebenarnya Air Fryer ni lebih senang dikira sebagai portable or mobile kitchen. Senang nak dibawa kemana-mana.
  • Nak bawa balik kampung atau cuti-cuti juga senang.

Tapi sebelum membeli Air Fryer ni, Sisyat juga study tentang gajet ni. Perlu pilih dengan ilmu. Barulah puas hati. 

Tips Serta Panduan Membeli Dan Memilih Air Fryer | Perkara Yang Perlu Dipertimbangkan Sebelum Membeli Air Fryer.

1. Harga Air Fryer
  • Harga memang jadi perkara pertama yang Sisyat fikirkan. Bajet paling maksimum Sisyat letak cuma RM250 sahaja.
  • Pencarian bermula di Shopee & Lazada memandangkan dah daftar akaun.
  • Jika anda punya bajet yang tinggi, makin lebih banyak pilihan Air Fryer yang ada.

2. Jenis Air Fryer | Bakul / Turbo / Halogen
  • Air Fryer didatangkan dengan 3 jenis. Yang ni kena pandai pilih berdasarkan kehendak dan keperluan di rumah.
Jenis Basket Air Fryer - Air Fryer jenis bakul yang di tarik dari hadapan. Ramai yang pilih jenis ini kerana mudah untuk digunakan.


Bentuknya lebih kurang macam termos dan senang untuk di uruskan. Tarik saja dari hadapan macam laci, then masukan makanan. Ready to air fry.

Suhu maksimum adalah 200 C

Jenis Turbo Air Fryer - yang ni macam periuk nasi elektrik yang penutupnya dibuka dari atas.


Kat bahagian tengah, ada kipas untuk mengalirkan udara panas bagi panaskan makanan.

Suhu maksiumum boleh capai sehingga 230 C.

Jenis Halogen - 1st time Sisyat dengar AF jenis ni. Lebih kepada Oven Air Fryer.


Air Fryer jenis ini kurang popular berbanding dengan dua jenis sebelum ni. Mungkin disebabkan rupanya lebih kepada oven.

Walaubagaimanapun, Air Fryer ni berfungsi untuk buat ayam golek dan juga buat popcorn.

Suhu maksimum untuk Air Fryer jenis Halogen ini adalah 230c.

3. Fungsi Air Fryer Digital Atau Analog
  • Air Fryer didatangkan dengan dua jenis sistemnya samada secara analog (manual) atau digital (touch screen).
  • Manual sangat mesra untuk digunakan oleh warga emas ataupun anak-anak. Dan ianya lebih tahan lasak. 
  • AF jenis digital pula lebih kemas dan mempunya butang preset. Cuma mungkin lebih praktikal kepada individu yang lebih muda dan bujang.

4. Muatan / Kapasiti (liter/kg)
  • Muatan atau kapasiti Air Fryer juga perlu dipertimbangkan dan ianya bergantung kepada saiz masakan untuk berapa orang makan.
• 1 - 3orang ➡️ 2.2 - 3.8 liter
• 4 - 6orang ➡️ 4.0 - 6.0 liter
• Lebih dari 6 orang ➡️ 10 liter ke atas.

5. Fungsi Istimewa
  • Sesetengah Air Fryer pada masa ini didatangkan dengan teknologi canggih dan fungsi istimewa.
  • Contohnya, ada Air Fryer yang boleh masak makanan tanpa perlu defrost terlebih dahulu, dan ada juga yang mempunyai pelbagai fungsi yang sesuai untuk pelbagai jenis masakan seperti boleh buat kek, buat roti, grill, masak lauk, panaskan makanan dan macam-macam lagi.
  • Jenama Air Fryer yang terbaik juga sepatutnya boleh masak sekata tanpa perlu diterbalikkan masakan didalamnya.

6. Tahap Kekerapan Penggunaan
  • Sekiranya penggunaan hanya 2 atau 3 kali seminggu, boleh pertimbangkan untuk beli yang biasa sahaja.
  • Tetapi jika nak gunakan secara kerap, adalah lebih baik untuk beli yang tahan lasak dan ada tempoh warranty yang berpatutan.

6. Kuasa Dalam Watt
  • Kebanyakan Air Fryer mempunya kuasa 1300 - 2000+ watt. Kuasa Air Fryer yang tinggi hanya memerlukan masa yang singkat untuk memasak.
  • Saiz atau kapasiti yang besar juga memerlukan kuasa yang tinggi untuk memanaskan ruang yang besar dan memasak makanan yang banyak.
  • Kuasa Air Fryer yang lebih rendah dari 1300 - 2000+ memerlukan masa yang lama untuk memasak.

7. Mesra Dan Mudah Cuci
  • Cri-ciri ni amat penting untuk diambilkira. Ada Air Fryer yang direka tidak boleh diasingkan daripada badanya.
  • Jadi, ia akan memberikan sedikit kesukaran ketika proses mencuci atau membasuh.
  • Setakat ini Sisyat nampak yang paling mesra dicuci adalah jenis bakul (basket). Bakul dan jaringnya boleh ditanggal dan dicuci dengan mudah.

9. Jenama Air Fryer
  • Pelbagai jenama Air Fryer berada dipasaran sekarang ini. Untuk memilih jenama, perlu selaraskan dengan bajet dipoket. Perkara ini adalah subjektif. 
  • Untuk memudahkan memilih, lihatkah kepada kapasiti masakan dan fungsi istimewa yang ditawarkan.

10. Warranty / Tempoh Jaminan
  • Pilihlah Air Fryer yang menawarkan jaminan sehingga setahun atau lebih.
  • Tapi kebiasaannya, jaminan maksimum yang diberikan untuk AF hanyalah setahun. Jika anda mendapat jaminan melebihi setahun, anda sangat bertuah.
Adakah sudah terjawab persoalan-persoalan anda tentang bagaimana nak memilih Air Fryer? Sisyat harap entry Sisyat ini dapat membantu anda semua.

Dan Sisyat pula, telah jumpa beberapa jenama yang sesuai dengan poket. Yang penting pilihan Sisyat ni pelbagai fungsi (multi function). Mudah untuk sediakan masakan.

Bila Shopee dah buat pengeposan dan Sisyat terima, Sisyat akan review lagi di sini.

Terima kasih sudi baca.

Sisyat
- Working Mom of 3 Cute Kiddos-
a.k.a
Pengedar Sah Shaklee Kapar Klang

Foto kredit : Google
Continue Reading

Sunday, 15 November 2020

Testimoni Vivix Shaklee : Polifenol Dalam Vivix Membantu Detoks Dan Turunkan Berat Badan

Testimoni Vivix Shaklee : Polifenol Dalam Vivix Membantu Detoks Dan Turunkan Berat Badan | Vivix Shaklee memang terkenal dengan kandungan polifenol premium terbaik.

Vivix Shaklee dihasilkan daripada 4 sumber bahan botani yang kaya dengan polifenol.

Salah satu fungsi polifenol dalam Vivix Shaklee adalah untuk membantu proses detoks pada badan dan meningkatkan tahap metabolisme. 

Ia membantu membuang segala toksin dalam badan yang menjadi punca kepada tahap metabolisme berada pada tahap rendah.

Dalam proses penurunan berat badan, jika metabolisme berada pada tahap rendah, berat badan sukar diturunkan.

Dan jika badan mempunyai metabolisme tinggi, proses penurunan berat badan akan berlaku dengan cepat.

Polifenol Dalam Vivix Membantu Detoks Dan Turunkan Berat Badan

1) Testimoni Detoks Vivix Shaklee : Perut Buncit Tak Kelihatan


"Selepas 7 hari detoks Vivix Shaklee, setiap hari menampakan perubahan. Setiap pagi rasa nak pegang perut je. Sebab syok bila perut buncit dah tak kelihatan.

Berat sebelum : 56.5kg
Berat selepas 7 hari Detoks Vivix Shaklee : 55.5kg

-Pn Azliza Sahin-

2) Testimoni Detoks Vivix Shaklee : Badan Makin Ringan Dan Tak Cepat Letih

"Selepas 7 hari Detoks Shaklee, badan makin ringan dan tak cepat letih. Cergas je sepanjang hari. Baju yang sebelum ni pakai nampak perut, tapi sekarang tak lagi.

Berat sebelum : 69.6kg
Berat selepas 7 hari Detoks Shaklee : 68.5kg

-Pn Ida Rashid-

3) Testimoni Detoks Vivix Shaklee : Badan Lebih Ringan Dan Bertenaga


"Selepas 7 hari Detoks Vivix Shaklee, badan rasa lebih ringan dan energatic. Setiap hari rasa semangat nak detox dan berlari"

Berat sebelum : 67.4kg
Berat selepas 7 hari Detoks Vivix Shaklee : 66kg

-Pn Siti Norshuhaida-

4) Testimoni Detoks Vivix Shaklee : Inchloss Selepas 7 Hari


"Inchloss sebanyak 1.5inci selepas 7 hari Detoks Vivix Shaklee"

-Pn. Aeinna Musa-

5) Testimoni Detoks Vivix Shaklee : Badan Ringan Dan Lebih Bersemangat


"Selepas 7 hari Detoks Vivix Shaklee, tiada lagi rasa craving pada makanan dan minuman manis. Badan lebih ringan dan bertenaga.

Bangun pagi pun tak lemau.

Berat sebelum : 65kg
Berat selepas 7 hari Detoks Vivix Shaklee : 62.5kg

-Pn. Syazwani Razali-

6) Testimoni Detoks Vivix Shaklee : Berat Turun, Inci Kurang


Pengalaman para peserta detoks Vivix Shaklee mengalami perubahan samada berat berkurang ataupun inci berkurang.

Detoks secara sihat dengan polifenol. Selain dapat mencapai berat badan ideal, polifenol turut membantu memberikan kesan yang lain kepada kesihatan.

Tapi diingatkan, detoks bersama Vivix Shaklee ini sebenarnya disertai bersama cara pengambilan makanan yang bersesuaian untuk proses detoks dan juga senaman.

Baca sini:


Jika anda berminat untuk mendapatkan Vivix Shaklee, hubungi kami di talian 010 397 9157 atau tekan butang Whats App di sebelah kiri blog.
Continue Reading

Saturday, 14 November 2020

Testimoni B Complex Shaklee : Vitamin B Kompleks Membantu Masalah Migrain

Testimoni B Complex Shaklee : Vitamin B Kompleks Membantu Masalah Migrain | Masalah migrain sangat menyakitkan sekiranya ia telah berada ditahap paling kronik.

Bagi seseorang yang sering mengalami masalah migrain ini, ubat tahan sakit mungkin telah menjadi sahabat baik. Dan ia sangat menjemukan jika sering mengambilnya untuk menahan sakit menghadapi migrain itu.

12 - 15% atau seramai 28 juta daripada penduduk dunia menghadapi masalah migrain. Kebiasaannya, ia bermula dengan sakit kepala yang mempunyai simptom seperti kabur pemandangan, rasa kebas di bahagian lengan atau kaki, melihat percikan cahaya atau berhadapan dengan rasa resah yang tidak diketahui puncanya.

Itulah tanda-tanda awal migrain.

Jurnal perubatan menunjukan bahawa pengambilan suplemen B2, B6, B12 dan asid folik dapat membantu mengurangkan kekerapan dan jangkamasa kesengsaraan masalah migrain berlaku.

Kajian yang dilakukan juga menunjukan pengambilan B Complex telah mengurangkan kekerapan serangan migraian di antara 30% - 50% jika di amalkan selama tiga hingga 6 bulan.

Ini bermakna, kesan suplemen itu hanya akan dirasai setelah mengambil Vitamin B Complex selama tempoh 3 hingga 6 bulan. 

Ia tidak akan berhasil jika mengambil B Complex hanya dalam beberapa minggu sahaja.

Testimoni Vitamin B Complex Shaklee Membantu Masalah Migrain 

1) Testimoni B Complex Shaklee : Sakit Kepala Semakin Berkurang

"Saya ada migrain. Agak teruk juga bila kena masa hamil. Lepastu saya ambil Ostematrix dan B Complex.

Alhamdulillah, sakit tu ada tapi tak seteruk dulu."
-Pn. Nor Azlina-

2) Testimoni B Complex Shaklee : Migrain Semakin Berkurang

"Aku sis benar. Aku pun alhamdulillah. Tidak ada lagi migrain bila start ambil B Complex"

3) Testimoni B Complex Shaklee : Migrain Dah Hilang

"Macam husband Fiza dulu. Ada migrain yang kronik. Setiap hari sakit kepala.

Lepas ambil B Complex dan Ostemarix dengan konsisten, sekarang betul-betul dah bebas migrain. Dia pun tak perasan bila migrain tu hilang"

- Pn. Fiza -

4) Testimoni B Complex Shaklee : Migrain Hilang, Badan Bertenaga Dan Kurang Stress

"Saya memang ambil B Complex ni. Sejak ambil B Complex, dah boleh kawal stress. Migrain pun dah tak ada"

-Pn.Mas Yana-

Dalam kandungan B Complex Shaklee mengandungi 8 jenis Vitamin B termasuklah B12, B6 dan B2 serta Asid Folik seperti yang disarankan oleh Dr. Zabidi untuk para penghidap migrain melalui penulisannya di SINI.

Kesimpulannya, 1 tablet B Complex Shaklee mampu membekalkan kesemua vitamin B yang diperlukan oleh para penghidap masalah migrain.

Sekiranya kalian ingin mendapatkan B Complex Shaklee, boleh hubungi kami melalui talian 019 397 9157 atau tekan sahaja butang wasap di sebelah kiri blog ini.

Hayati Suki (Sisyat)
Pengedar Shaklee Kapar Klang
-Pengamal & Pengedar Shaklee Sejak 2012-
Continue Reading

Sunday, 8 November 2020

Sijil Halal Shaklee 2021

Sijil Halal Shaklee 2021 | Belum lagi sampai penghujung tahun 2020, Shaklee dah terima sijil halal untuk tahun 2021.

Betapa komitednya syarikat Shaklee untuk menyediakan status halal suplemen kepada rakyat Malaysia.

Kenapa Pentingnya Status Atau Sijil Halal Sesuatu Produk

Bagi pengguna yang beragama Islam, amat penting untuk mengetahui status tahap halal sesuatu makanan atau produk sebelum mengambilnya sebagai makanan atau minuman dalam diet harian.

Ini kerana sijil halal merupakan suatu bukti bahawa makanan atau minuman (produk) yang dijual tidak mengandungi bahan-bahan yanh dilarang oleh agama Islam.

Dengan adanya sijil halal, konsumer beragama Islam lebih yakin untuk mengambil produk tersebut.

Sijil Halal Shaklee 2021

Di Shaklee, setiap tahun syarikat akan mendapatkan Sijil Halal bagi semua produk Shaklee yang dijual di Malaysia.

Ia dikeluarkan oleh Islamic Service of America (ISA), yang merupakan Organisasi Pemantauan Sijil Halal bagi seluruh negara Amerika yang diiktiraf di seluruh dunia termasuk Halal Jakim.

Setiap tahun, sijil halal ini perlu diperbaharui bagi memastikan setiap produk yang dihasilkan pada tahun tersebut mematuhi piawaian sijil halal yang telah ditetapkan.

Berikut adalah senarai produk Shaklee yang telah disahkan status halal dalam Sijil Halal Shaklee bagi tahun 2021. 

Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas.
Terima kasih Shaklee kerana mengambil berat soal ini bagi memastikan produk Shaklee yang masuk ke Malaysia ini terjamin Halal.

Sekiranya kalian ingin mendapatkan produk Shaklee yang terbukti Halal, Whats App Sisyat di talian 019 397 9157 atau klik butang Whats App di sebelah kiri blog untuk bantuan.

Your Bestie:
Hayati Suki (SisYat)
Pengedar Sah Shaklee
019-397 9157
COD Kapar / Klang
Pengeposan ke seluruh Malaysia dan luar negara
Continue Reading

Friday, 6 November 2020

Info Produk : Youth Perfecting Skin Toner Shaklee Penyegar Muka Terbaik Dan Berkesan

Youth Perfecting Skin Toner Shaklee Penyegar Muka Terbaik Dan Berkesan | Toner atau penyegar muka merupakan item penting dalam rutin penjagaan kulit wajah. 


Ramai yang memandang toner sebagai satu langkah yang tidak penting. Cukup dengan hanya mencuci muka dan terus mengaplikasikan pelembab wajah. Sisyat dulu juga begini. Tidak berminat sangat dengan penggunaan toner. 

Kenapa Pentingnya Toner Dalam Regim Penjagaan Kulit Wajah? 

Selain daripada mencuci muka menggunakan pencuci muka yang bersesuaian dengan jenis kulit, toner merupakan langkah kedua yang tidak boleh diabaikan. Ianya berfungsi untuk membersihkan dan menghilangkan lebihan kotoran, minyak dan solekan nipis yang tidak dikeluarkan semasa membersihkan kulit muka 

Kenapa pentingnya toner? 

1. Membantu mengekalkan kesegaran dan kelembapan wajah.
2. Mengimbangkan pH kulit
3. Membantu kecilkan liang pori di wajah
4. Membantu memberikan lapisan perlindungan tambahan pada kulit
5. Mencegah kulit wajah menjadi kering dan kasar
6. Menyingkirkan sel kulit mati 

Pengalaman Peribadi Mengamalkan Toner Dalam Rutin Penjagaan Wajah Harian 

Sisyat dulu sejenis yang sangat 'bangga' dengan kulit sendiri. Kulit yang tidak punyai masalah seperti jerawat, jeragat atau dark spot. Waima black head dan whitee head juga tidak kelihatan di wajah. 

Sangat 'bangga' sehingga tidak mengamalkan toner sebagai penyegar muka. Hanya cukup dengan pencuci muka dan pelembab. 

Kulit memang tiada masalah tetapi lama-kelamaan kulit kelihatan tidak bermaya. Tidak sihat. Walaupun masih belum ada jerawat dan jeragat tapi tona kulit tidak kelihatan remaja seperti umurnya. 

Jadi, Sisyat nekad untuk menggunakan toner dalam rutin harian dengan memilih Youth Perfecting Skin Toner Shaklee.

Apakah Youth Perfecting Skin Toner Shaklee 

Youth Perfecting Skin Toner Shaklee merupakan penyegar muka yang berfungsi untuk membebaskan kulit dari sel-sel kusam dan ejen pencemar persekitaran dan tunjukkan kepada dunia, diri anda yang lebih cerah, berseri. 


Penggunaan atau amalkan Youth Perfecting Skin Toner dengan lebih konsisten dan disiplin untuk membersihkan sel kulit mati dari permukaan kulit. 

Selain daripada menanggalkan sel kulit mati, Youth Perfecting Skin Toner Shaklee juga menghidratkan dan membekalkan nutrisi bersama dengan campuran vitamin penting, polifenol, dan bahan-bahan botanikal yang berpaten untuk kulit yang berseri. 

Baca juga:


Kandungan dan Bahan-bahan Utama Youth Perfecting Skin Toner Shaklee

Rangkaian penjagaan kulit Youth Shaklee dihasilkan daripada bahan-bahan botani yang premium dan aktif. 

1) Vital Repair+®
  • Vital Repair Complex+® yang mempunyai pelbagai paten memberikan nutrien anti oksida dan vitamin-vitamin penting untuk menghalang radikal bebas yang merosakkan kulit dan menggalakkan tumbesaran sel sihat 
2) Muscadine Grape Extract
  • Polifenol Muscadine Grape yang dalam proses patent melindungi dan memperbaiki DNA sel dalam masa yang sama menghalang kerosakan kolagen dan elastin. 
3) Ekstrak Alga Hijau
  • Membantu meremajakan kulit 

Kebaikan Youth Perfecting Skin Toner Shaklee

1) Menanggalkan sel kulit mati.
2) Meremajakan, menghaluskan dan menyuburkan lapisan kulit yang baru.
3) Melembabkan kulit yang terhidrat.
4) Membersihkan kulit dari segala kotoran harian.
5) Menyegarkan kulit tanpa rasa kering dan mengetatkan kulit.
6) Menghalang kerosakan kolagen dan elastin kulit.
7) Membekalkan nutrisi kepada kulit. 

Siapakah Yang Sesuai Ambil Youth Perfecting Skin Toner Shaklee

🌸 Lelaki dan wanita
💐 Semua jenis kulit - Normal, kering, berminyak, sensitif
🌸 Semua peringkat usia
💐 Individu yang mempunyai masalah kulit jerawat & jeragat 

Cara Penggunaan Youth Perfecting Skin Toner Shaklee

1) Tuang sejumlah toner secukupnya kedalam tapak tangan dan dap-dap ke muka.
2) Titiskan secukupnya ke atas kapas muka dan sapu rata ke seluruh muka 

Penggunaan toner yang sebaiknya adalah sekerap yang mungkin tetapi sekurang-kurangnya dua kali sehari. 

Harga Youth Perfecting Skin Toner Shaklee 

Harga Runcit - RM 200.00
Saiz Kandungan - 177ml 

Untuk lebih jimat, berdaftar sebagai Ahli Shaklee dan dapatkan Youth Perfecting Skin Toner dengan Harga Ahli. 

Penjimatan sehingga 15%. 

Tempoh penggunaan adalah sehingga 6 atau 7 bulan bergantung kepada cara penggunaan individu. 

Macam Sisyat yang sangat suka pakai toner ni, memang cepat habis. Dalam tempoh 5 hingga 6 bulan sahaja dah kena beli baru.
Baca:

Tapi yang mengujakan ialah kulit lebih bersih dan segar serta pori-pori semakin kecil. 

Keistimewaan Youth Perfecting Skin Toner Shaklee

🌟 Tanpa alkohol yang boleh menyebabkan kulit pedih
🌟 100% vegan kerana dihasilkan daripada bahan botani yang premium
🌟 Diluluskan oleh KKM
🌟 Dihasilkan selepas 8 tahun penyelidikan oleh parai saintis dan ahli oftamologi Shaklee. 

Kesimpulannya, Youth Perfecting Toner Shaklee adalah toner atau penyegar muka paling selamat untuk digunakan sebagai regim penjagaan kulit muka. 

Sekiranya kalian ingin mendapatkan produk rangkaian penjagaan Youth Shaklee yang terbukti selamat untuk kulit, Whats App Sisyat di talian 019 397 9157 atau klik butang Whats App di sebelah kiri blog untuk bantuan. 

Your Bestie:
Hayati Suki (SisYat)
Pengedar Sah Shaklee
019-397 9157
COD Kapar / Klang
Pengeposan ke seluruh Malaysia dan luar negara
Continue Reading

Thursday, 5 November 2020

Segmen Bloglist Pertama Blog HayatisukiDotCom

Segmen Bloglist Pertama Blog HayatisukiDotCom | Hai November. Semoga sentiasa baik saja dengan Sisyat ye.

Untuk pertama kali, Sisyat nak anjurkan segmen bloglist pertama di blog hayatisuki.com.

Segmen ini diadakan bagi mendapatkan seramai mungkin penyertaan rakan blogger seMalaysia dan seterusnya dimasukkan dalam bloglist Sisyat.

Selain daripada mendapatkan ramai penyertaan, tujuan sebenar Sisyat anjurkan Segmen Bloglist ini adalah untuk menghulurkan salam perkenalan.

Segmen Bloglist Pertama Blog HayatisukiDotCom

Pencarian bloglist ini dibuat bagi bulan November dan Disember 2020 di blog ini bermula pada 5 November 2020 sehingga 20 November 2020, tepat jam 6.00 petang. Semua blogger Malaysia sangat dialu-alukan untuk join segmen ni.

Syarat-Syarat Penyertaan
  • Follow blog hayatisuki.com
  • Follow instagram pengedarshakleekapar.klang
  • Buat entri bertajuk Segmen Bloglist Pertama Blog HayatiSukiDotCom
  • Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen di entri SINI

Sisyat harap syarat Sisyat ni mudah dan ringkas sahaja untuk anda?

Blog yang bertuah akan dipilih untuk dimasukkan ke dalam bloglist Sisyat. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 21 November 2020. Jom laa ramai-ramai join segment Sisyat ni.

Selamat join segmen Sisyat sahabat!

Terima kasih.
Love
- Sisyat @ Rakan Shaklee Anda -
Continue Reading

Tuesday, 3 November 2020

Resepi Kam Heong Kupang : Pengalaman Pertama Kali Siang Dan Masak Kupang

Resepi Kam Heong Kupang : Pengalaman Pertama Kali Siang Dan Masak Kupang | Memandangkan Selangor masih lagi dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), makanya kerja-kerja dipejabat juga akan dilaksanakan dari rumah.


Selaras dengan arahan kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan. Jadi, Sisyat sebagai salah seorang penjawat awam hanyalah mampu menurut perintah pengurusan tertinggi sahaja.

Maka, bila giliran bekerja di rumah Sisyat akan pakai topi sebagai suri rumah, pekerja kepada kerja hakiki dan cikgu kepada anak-anak. Super bizi sungguh.

Kena pula dengan Mr.H yang sekarang ini dalam tempoh cuti sakit sebab ligamen pergelangan kaki koyak semasa kerja, memang ramai yang nak dipantau kat rumah ni. Satu hari, Mr.H ada beli sejenis binatang yang bernama kupang dengan jiran depan rumah. Teringin katanya.

Sisyat ikutkan je la. First thing first, macamana nak proses binatang ni. Dah la 5kilo belinya ni. Haha

Jadi Sisyat pun menuntutlah dengan akak-akak jiran kat taman perumahan ni. Ilmu baru tau sebab ini adalah pertama kali Sisyat masak benda ni.

Bagaimana Cara Siang / Proses Kupang?

Kupang perlu dibersihkan terlebih dahulu. Sama macam bersihkan kerang sebelum di masak atau direbus. Cuma bezanya, tidaklah se'kasar' cara membasuh kerang.

Untuk memudahkan dan mempercepatkan proses, didihkan air terlebih dahulu sementara proses mencuci kupang.

Selepas kupang dibasuh bersih, masukan kupang kedalam air yang telah mendidih. Rebus sehingga kulit kupang terbuka.

Bila semua kupang dah terbuka kulitnya, keluarkan dari air rebusan dan toskan. 

Langkah kedua ni agak leceh sebab kena keluarkan atau cabut 'bulu' di dalam isi kupang. Korang kenal tak macaman bulu kupang ni?


Bulu ni sebenarnya tali yang melekat dalam otot kupang. Kalau nak tahu, kupang berpaut pada tali semasa proses pembenihan. Bila kupang dah matang, penternak akan cabut kupang tersebut dari tali atau mengguntingnya terus. Jadi, tali tersebut masih melekat pada kupang.

Apa jadi kalau makan bulu atau tali kupang ni?

Percayalah, jika termakan bulu atau tali ni boleh menyebabkan korang mengalami sakit perut seakan 'food poisoning'. Mungkin sebab perut tak boleh hadam benda ni. Sebab itu, kalau makan kupang ni di restoren makanan laut, balik je rumah pasti ada yang akan mengalami cirit birit. Inilah puncanya.

Sekarang dah tahu kan? Jadi, kena cuci bersih-bersih dan cabutlah bulu atau tali kupang tu. Ambil masa yang lama untuk siang lagi bagus daripada siang sekejap tapi mengalami cirit birit.

Resepi Kam Heong Kupang

Kupang ni Sisyat masak Kam Heong je. Mudah nak sediakan sebab guna je barang yang ada kat dapur.

Bahan-Bahan Kam Heong Kupang
  • Bawang putih - 3 ulas
  • Bawang merah - 4 ulas
  • Udang kering - segenggam (lagi banyak, lagi sedap)
  • Halia - 2 inci
  • Cili kering - potong kasar
  • Daun kari
  • Serbuk kari ikan - 1 sudu makan tambah sedikit air untuk jadika pes
  • Kicap manis
  • Cili giling (resepi asal guna cili kering yang ditumbuk)

Cara-Cara Memasak Kupang Kam Heong

1. Bawang merah, bawang puting, halia dan udang kering di tumbuk. Tapi terpulang pada korang la, nak blend atau tumbuk. Yang pasti, bagi Sisyat tumbuk lagi sedap.

2. Tumis bahan yang ditumbuk sehinggah wangi dan tambah cili giling. Tumis lagi sehingga pecah minyak.


3. Masukan serbuk kari ikan yang telah dijadikan pes tadi bersama daun kari dan lada kering yang telah dipotong. Masak sehingga pecah minyak. Jika perlu, boleh tambah air sedikit.



4. Dah pecah minyak kali kedua, masukan perasa. Gula, garam dan Maggi secukup rasa. Masukan juga kicap manis. Tahap kepekatan atau kehitaman kicap bergantung kepada citarasa kalian ye.


5. Kemudian masukan kupang yang telah diproses. Gaul rata kupang dengan bahan-bahan kam heong.


6. Siap and ready to serve!

Makan dengan nasi panas. Sungguh sedap. Tapi Sisyat meratah je lebih sebab sedap isi kupang tu. Juicy dan rasa manis. Mungkin sebab ianya kupang fresh dari laut.


Terima kasih kepada tuan asal resepi Kupang Kam Heong ni. Resepi senang nak buat dan rasa sangat menjadi.

Lepas makan Kupang Kam Heong ni terus malamnya tu Sisyat ambil 4 biji HerbLax Shaklee untuk bantu proses pelawasan. Sungguh, esoknya ringan rasa perut.
Continue Reading

Penafian / Disclaimers

#1 Segala testimoni /penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan terlebih dahulu.

#2 Segala perkongsian kisah peribadi adalah HAK MUTLAK saya dan keluarga. Semuanya adalah berdasarkan pengalaman dan kenangan kami. TIADA berkaitan dengan yang hidup atau yang mati. HANYA KEHIDUPAN KAMI.