Friday, 6 November 2020

Info Produk : Youth Perfecting Skin Toner Shaklee Penyegar Muka Terbaik Dan Berkesan

Youth Perfecting Skin Toner Shaklee Penyegar Muka Terbaik Dan Berkesan | Toner atau penyegar muka merupakan item penting dalam rutin penjagaan kulit wajah. 


Ramai yang memandang toner sebagai satu langkah yang tidak penting. Cukup dengan hanya mencuci muka dan terus mengaplikasikan pelembab wajah. Sisyat dulu juga begini. Tidak berminat sangat dengan penggunaan toner. 

Kenapa Pentingnya Toner Dalam Regim Penjagaan Kulit Wajah? 

Selain daripada mencuci muka menggunakan pencuci muka yang bersesuaian dengan jenis kulit, toner merupakan langkah kedua yang tidak boleh diabaikan. Ianya berfungsi untuk membersihkan dan menghilangkan lebihan kotoran, minyak dan solekan nipis yang tidak dikeluarkan semasa membersihkan kulit muka 

Kenapa pentingnya toner? 

1. Membantu mengekalkan kesegaran dan kelembapan wajah.
2. Mengimbangkan pH kulit
3. Membantu kecilkan liang pori di wajah
4. Membantu memberikan lapisan perlindungan tambahan pada kulit
5. Mencegah kulit wajah menjadi kering dan kasar
6. Menyingkirkan sel kulit mati 

Pengalaman Peribadi Mengamalkan Toner Dalam Rutin Penjagaan Wajah Harian 

Sisyat dulu sejenis yang sangat 'bangga' dengan kulit sendiri. Kulit yang tidak punyai masalah seperti jerawat, jeragat atau dark spot. Waima black head dan whitee head juga tidak kelihatan di wajah. 

Sangat 'bangga' sehingga tidak mengamalkan toner sebagai penyegar muka. Hanya cukup dengan pencuci muka dan pelembab. 

Kulit memang tiada masalah tetapi lama-kelamaan kulit kelihatan tidak bermaya. Tidak sihat. Walaupun masih belum ada jerawat dan jeragat tapi tona kulit tidak kelihatan remaja seperti umurnya. 

Jadi, Sisyat nekad untuk menggunakan toner dalam rutin harian dengan memilih Youth Perfecting Skin Toner Shaklee.

Apakah Youth Perfecting Skin Toner Shaklee 

Youth Perfecting Skin Toner Shaklee merupakan penyegar muka yang berfungsi untuk membebaskan kulit dari sel-sel kusam dan ejen pencemar persekitaran dan tunjukkan kepada dunia, diri anda yang lebih cerah, berseri. 


Penggunaan atau amalkan Youth Perfecting Skin Toner dengan lebih konsisten dan disiplin untuk membersihkan sel kulit mati dari permukaan kulit. 

Selain daripada menanggalkan sel kulit mati, Youth Perfecting Skin Toner Shaklee juga menghidratkan dan membekalkan nutrisi bersama dengan campuran vitamin penting, polifenol, dan bahan-bahan botanikal yang berpaten untuk kulit yang berseri. 

Baca juga:


Kandungan dan Bahan-bahan Utama Youth Perfecting Skin Toner Shaklee

Rangkaian penjagaan kulit Youth Shaklee dihasilkan daripada bahan-bahan botani yang premium dan aktif. 

1) Vital Repair+®
  • Vital Repair Complex+® yang mempunyai pelbagai paten memberikan nutrien anti oksida dan vitamin-vitamin penting untuk menghalang radikal bebas yang merosakkan kulit dan menggalakkan tumbesaran sel sihat 
2) Muscadine Grape Extract
  • Polifenol Muscadine Grape yang dalam proses patent melindungi dan memperbaiki DNA sel dalam masa yang sama menghalang kerosakan kolagen dan elastin. 
3) Ekstrak Alga Hijau
  • Membantu meremajakan kulit 

Kebaikan Youth Perfecting Skin Toner Shaklee

1) Menanggalkan sel kulit mati.
2) Meremajakan, menghaluskan dan menyuburkan lapisan kulit yang baru.
3) Melembabkan kulit yang terhidrat.
4) Membersihkan kulit dari segala kotoran harian.
5) Menyegarkan kulit tanpa rasa kering dan mengetatkan kulit.
6) Menghalang kerosakan kolagen dan elastin kulit.
7) Membekalkan nutrisi kepada kulit. 

Siapakah Yang Sesuai Ambil Youth Perfecting Skin Toner Shaklee

🌸 Lelaki dan wanita
💐 Semua jenis kulit - Normal, kering, berminyak, sensitif
🌸 Semua peringkat usia
💐 Individu yang mempunyai masalah kulit jerawat & jeragat 

Cara Penggunaan Youth Perfecting Skin Toner Shaklee

1) Tuang sejumlah toner secukupnya kedalam tapak tangan dan dap-dap ke muka.
2) Titiskan secukupnya ke atas kapas muka dan sapu rata ke seluruh muka 

Penggunaan toner yang sebaiknya adalah sekerap yang mungkin tetapi sekurang-kurangnya dua kali sehari. 

Harga Youth Perfecting Skin Toner Shaklee 

Harga Runcit - RM 200.00
Saiz Kandungan - 177ml 

Untuk lebih jimat, berdaftar sebagai Ahli Shaklee dan dapatkan Youth Perfecting Skin Toner dengan Harga Ahli. 

Penjimatan sehingga 15%. 

Tempoh penggunaan adalah sehingga 6 atau 7 bulan bergantung kepada cara penggunaan individu. 

Macam Sisyat yang sangat suka pakai toner ni, memang cepat habis. Dalam tempoh 5 hingga 6 bulan sahaja dah kena beli baru.
Baca:

Tapi yang mengujakan ialah kulit lebih bersih dan segar serta pori-pori semakin kecil. 

Keistimewaan Youth Perfecting Skin Toner Shaklee

🌟 Tanpa alkohol yang boleh menyebabkan kulit pedih
🌟 100% vegan kerana dihasilkan daripada bahan botani yang premium
🌟 Diluluskan oleh KKM
🌟 Dihasilkan selepas 8 tahun penyelidikan oleh parai saintis dan ahli oftamologi Shaklee. 

Kesimpulannya, Youth Perfecting Toner Shaklee adalah toner atau penyegar muka paling selamat untuk digunakan sebagai regim penjagaan kulit muka. 

Sekiranya kalian ingin mendapatkan produk rangkaian penjagaan Youth Shaklee yang terbukti selamat untuk kulit, Whats App Sisyat di talian 019 397 9157 atau klik butang Whats App di sebelah kiri blog untuk bantuan. 

Your Bestie:
Hayati Suki (SisYat)
Pengedar Sah Shaklee
019-397 9157
COD Kapar / Klang
Pengeposan ke seluruh Malaysia dan luar negara
Klang, Selangor Kapar, Selangor, Malaysia

16 comments:

  1. betul tu, toner mmg sngt penting... baru tau sejak masok 30s ni..sblm ni tak pernah pun nak guna toner smua

    ReplyDelete
  2. semoga produk ni memberi manfaat pada penggunanya

    ReplyDelete
  3. thank you for sharing! it benefits reader like me.

    ReplyDelete
  4. owh penting jugak rupanya toner. selalu skip hahah... ok lepas ni sis pakai

    ReplyDelete
  5. Produk Shaklee memang tak pernah mengecewakan. Kebetulan toner Sal dah habis .. boleh la try nanti

    ReplyDelete
  6. This looks so good! I am looking for a new brand of toner to try with! I would love to try this!

    ReplyDelete
  7. Marsha memang sekarang amalkan full set youth shaklee. Memang best dan kawan pun tegur kulit dah makin ok.

    ReplyDelete
  8. Skincare routine LH memang wajib ada toner. Kalau tak pakai toner tu memang pelik sangat.

    ReplyDelete
  9. baru tau fungsi toner. terima kasih ya untuk artikel ni. produk shaklee memang terbaik sebab ramai yang dah guna :)

    ReplyDelete
  10. Untungla sisyat boleh berbangga dgn kulit sendiri. Kulit saya dari dulu sampai skrg bermasalah. Jerawat, pori2 besar, pigmentation. Mungkin saya perlukan produk mcm ni.

    ReplyDelete
  11. Menarik toner ni nampaknya. Penting juga penggunaannya dalam rutin penjagaan kulit wajah. Boleh cuba toner jenama ni nanti

    ReplyDelete
  12. Boleh tahan jugak ek harga dia tapi kalo memang pakai berbaloi tak pe kan..janji kulit sihat

    ReplyDelete
  13. Sis laa selalu terlupa dan terskip nak pakai toner ni..sebab letak dalam toilet, aishhhh... dah letak atas meja solek pun sama hahahaha... lepas ni kena amalkan lee kalau nak kulit sihat...

    ReplyDelete
  14. Good to know more about Toner ni.. sebelum ni main pakai jer.. lama2 dah tahu dah sequence yang betul.. Ni sangat membantu...

    ReplyDelete
  15. menyingkirkan sel kulit mai tu yang best ni.. bila kulit wajah dah semakin merudum disebabkan faktor umur wanita pastinya nak mencari produk macma ni untuk penjagaan semula kulit wajah kan..

    ReplyDelete
  16. Bagus sekarang banyak produk berkualiti dan juga dari jenama yang diyakini macam Shaklee orang perempuan suka lah ni gunakan heheheh makin ramai orang perempuan cantik lepas ni...

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda :-)

Penafian / Disclaimers

#1 Segala testimoni /penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan terlebih dahulu.

#2 Segala perkongsian kisah peribadi adalah HAK MUTLAK saya dan keluarga. Semuanya adalah berdasarkan pengalaman dan kenangan kami. TIADA berkaitan dengan yang hidup atau yang mati. HANYA KEHIDUPAN KAMI.