Tuesday, 3 November 2020

Resepi Kam Heong Kupang : Pengalaman Pertama Kali Siang Dan Masak Kupang

Resepi Kam Heong Kupang : Pengalaman Pertama Kali Siang Dan Masak Kupang | Memandangkan Selangor masih lagi dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), makanya kerja-kerja dipejabat juga akan dilaksanakan dari rumah.


Selaras dengan arahan kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan. Jadi, Sisyat sebagai salah seorang penjawat awam hanyalah mampu menurut perintah pengurusan tertinggi sahaja.

Maka, bila giliran bekerja di rumah Sisyat akan pakai topi sebagai suri rumah, pekerja kepada kerja hakiki dan cikgu kepada anak-anak. Super bizi sungguh.

Kena pula dengan Mr.H yang sekarang ini dalam tempoh cuti sakit sebab ligamen pergelangan kaki koyak semasa kerja, memang ramai yang nak dipantau kat rumah ni. Satu hari, Mr.H ada beli sejenis binatang yang bernama kupang dengan jiran depan rumah. Teringin katanya.

Sisyat ikutkan je la. First thing first, macamana nak proses binatang ni. Dah la 5kilo belinya ni. Haha

Jadi Sisyat pun menuntutlah dengan akak-akak jiran kat taman perumahan ni. Ilmu baru tau sebab ini adalah pertama kali Sisyat masak benda ni.

Bagaimana Cara Siang / Proses Kupang?

Kupang perlu dibersihkan terlebih dahulu. Sama macam bersihkan kerang sebelum di masak atau direbus. Cuma bezanya, tidaklah se'kasar' cara membasuh kerang.

Untuk memudahkan dan mempercepatkan proses, didihkan air terlebih dahulu sementara proses mencuci kupang.

Selepas kupang dibasuh bersih, masukan kupang kedalam air yang telah mendidih. Rebus sehingga kulit kupang terbuka.

Bila semua kupang dah terbuka kulitnya, keluarkan dari air rebusan dan toskan. 

Langkah kedua ni agak leceh sebab kena keluarkan atau cabut 'bulu' di dalam isi kupang. Korang kenal tak macaman bulu kupang ni?


Bulu ni sebenarnya tali yang melekat dalam otot kupang. Kalau nak tahu, kupang berpaut pada tali semasa proses pembenihan. Bila kupang dah matang, penternak akan cabut kupang tersebut dari tali atau mengguntingnya terus. Jadi, tali tersebut masih melekat pada kupang.

Apa jadi kalau makan bulu atau tali kupang ni?

Percayalah, jika termakan bulu atau tali ni boleh menyebabkan korang mengalami sakit perut seakan 'food poisoning'. Mungkin sebab perut tak boleh hadam benda ni. Sebab itu, kalau makan kupang ni di restoren makanan laut, balik je rumah pasti ada yang akan mengalami cirit birit. Inilah puncanya.

Sekarang dah tahu kan? Jadi, kena cuci bersih-bersih dan cabutlah bulu atau tali kupang tu. Ambil masa yang lama untuk siang lagi bagus daripada siang sekejap tapi mengalami cirit birit.

Resepi Kam Heong Kupang

Kupang ni Sisyat masak Kam Heong je. Mudah nak sediakan sebab guna je barang yang ada kat dapur.

Bahan-Bahan Kam Heong Kupang
  • Bawang putih - 3 ulas
  • Bawang merah - 4 ulas
  • Udang kering - segenggam (lagi banyak, lagi sedap)
  • Halia - 2 inci
  • Cili kering - potong kasar
  • Daun kari
  • Serbuk kari ikan - 1 sudu makan tambah sedikit air untuk jadika pes
  • Kicap manis
  • Cili giling (resepi asal guna cili kering yang ditumbuk)

Cara-Cara Memasak Kupang Kam Heong

1. Bawang merah, bawang puting, halia dan udang kering di tumbuk. Tapi terpulang pada korang la, nak blend atau tumbuk. Yang pasti, bagi Sisyat tumbuk lagi sedap.

2. Tumis bahan yang ditumbuk sehinggah wangi dan tambah cili giling. Tumis lagi sehingga pecah minyak.


3. Masukan serbuk kari ikan yang telah dijadikan pes tadi bersama daun kari dan lada kering yang telah dipotong. Masak sehingga pecah minyak. Jika perlu, boleh tambah air sedikit.



4. Dah pecah minyak kali kedua, masukan perasa. Gula, garam dan Maggi secukup rasa. Masukan juga kicap manis. Tahap kepekatan atau kehitaman kicap bergantung kepada citarasa kalian ye.


5. Kemudian masukan kupang yang telah diproses. Gaul rata kupang dengan bahan-bahan kam heong.


6. Siap and ready to serve!

Makan dengan nasi panas. Sungguh sedap. Tapi Sisyat meratah je lebih sebab sedap isi kupang tu. Juicy dan rasa manis. Mungkin sebab ianya kupang fresh dari laut.


Terima kasih kepada tuan asal resepi Kupang Kam Heong ni. Resepi senang nak buat dan rasa sangat menjadi.

Lepas makan Kupang Kam Heong ni terus malamnya tu Sisyat ambil 4 biji HerbLax Shaklee untuk bantu proses pelawasan. Sungguh, esoknya ringan rasa perut.

27 comments:

  1. Tq share. Baru tahu cara kupas kupang ni.hehe

    ReplyDelete
  2. hari tu mama try masak, then terlupa nak buat tali tu, i tak makan tapi adik makan, then malam tu adik kena pergi emergency section sbb food poisoning teruk

    ReplyDelete
  3. Sama belum pernah bersihkan kupang.
    Oh kena ambil sekali 4 biji herb lax ya?

    ReplyDelete
  4. Tak pernah masak kupang hiks!
    Terima kasih share cara bersihkan

    ReplyDelete
  5. Jarang masak kupang. Biasanya kalau ada kupang, rebus jew cecah dengan air asam. Sedap ni, kupang masak kam heong.

    ReplyDelete
  6. LH memang suka makan kupang ni. Mama selalu masak. Tau makan aje, nak masaknya tak tau 😂

    ReplyDelete
  7. Saya masak gitu je terus. Tak pernah tahu pulak siang kupang tu,,hehe

    ReplyDelete
  8. Oh macam tu rupanya siang kupang. Selama ni saya ingat semua shellfish tak payah siang, main makan je terus selepas masak. Thanks for sharing the knowledge.

    ReplyDelete
  9. Tak pernah masak kupang sebab tak makan. Husband nak makan, pi cari je kat kedai. Haha

    ReplyDelete
  10. Waaa nampak sedapnyaaa...sebelum ni try Kam Heong ni ayam aje, bolehlah try versi seafood plak... anak-anak Sis sukaaa wooo...dapnyaaaa

    ReplyDelete
  11. rumit juga nak siang kupang ni ye..iena selalu makan je..tak pernah masak sendiri apetah lagi siang sendiri hehe..
    nampak sedap pulak kam heong kupang tu

    ReplyDelete
  12. senang rupanya nak masa kupang ni..nanti boleh try,.kena cari kupag yang segar baru lagi sedap kan

    ReplyDelete
  13. Sedapnya nampak resipi kupang masak Kam Heong ni. Boleh cuba nanti. Selalu ana rebus dengan serai je. Pun sedap.

    ReplyDelete
  14. My father, anything also kam heong. Haha. Rawlins bukan seorang penggemar seafood maka langsung tak belajar cara nak handle seafood. Nie baru baca cara siang kupang dari blog nie hahaha

    Thanks atas ilmu ye

    ReplyDelete
  15. Oooo... Kupang sedap ehh masak Kam Heong? Selalu kita masak ayam jer. Lain kali nak cuba kupang laaa plak

    ReplyDelete
  16. Menarik juga kan Kupang masak Kam Heong.. Jarang orang masak Kam Heong with seafoods... Nak try juga la masak Kam Heong Seafood lepas ni.. Rajin membeli seafood frozen premium kat Haseyo World sekarang..

    ReplyDelete
  17. boleh cuba resipi sis ni nanti. teringin pulak nak makan kupang masak macam ni.

    ReplyDelete
  18. Tak tahu pulak bulu kupang tu boleh effect food poisoning. Tapi memang buanglah sebab geli tengok. Hehe. Dh lama tak masak kupang. Memang favourite ni next time boleh follow resepi ni

    ReplyDelete
  19. Sedapnya nampak kupang tu sisyat.
    Semoga dipermudahkan urusan WFH 😊

    ReplyDelete
  20. thanks sis for sharing. berguna sangat. semoga bermanfaat buat yang lain juga

    ReplyDelete
  21. jarang makan kupang, kadang2 je...

    ReplyDelete
  22. saya ni tahu makan je, tk pernah siang kupang lagi. leceh bende2 yg ada shell ni huhu

    ReplyDelete
  23. Leceh jugak nak handle kupang ni rupanya. Selalu makan kat kedai je. Hihihi. Tq yunk sebab share tips ni :)

    ReplyDelete
  24. Kam Heong ni memang boleh digunapakai untuk semua masakan kan? especially sea food. Sedap! saya pun suka...

    ReplyDelete
  25. Sedap nampak ni. Langsung terliur. Biasanya memang ksarie makan kt kedai je spesies cangkerang macam ni sebab memang tak rajin nak masak heheheheheh

    ReplyDelete
  26. oh macam itu... Cik TK pun tak pernah lagi bersihkan kupang.

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda :-)

Penafian / Disclaimers

#1 Segala testimoni /penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan terlebih dahulu.

#2 Segala perkongsian kisah peribadi adalah HAK MUTLAK saya dan keluarga. Semuanya adalah berdasarkan pengalaman dan kenangan kami. TIADA berkaitan dengan yang hidup atau yang mati. HANYA KEHIDUPAN KAMI.