Tuesday, 24 November 2020

Teknik Double Cleansing : Kaedah Cuci Muka Cara Korea Yang Berkesan Untuk Dapat Kulit Sihat

Teknik Double Cleansing : Kaedah Cuci Muka Cara Korea Yang Berkesan Untuk Dapat Kulit Sihat | Teknik double cleansing ni dah lama menjadi ikutan rakyat Malaysia rupanya. Cuma Sisyat yang lambat tahu ada teknik paling berkesan untuk dapatkan kulit sihat dengan mudah.


Sisyat mula amalkan teknik Double Cleansing ini pada November 2019, dan pada November 2020 telah genap 1 tahun Sisyat mengamalkan teknik ini dalam rutin penjagaan kulit harian.

Kulit sihat maksudnya kulit yang bebas cela seperti jerawat, jeragat, kulit kusam, tona tidak sekata dan masalah-masalah kulit yang lain.

Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Teknik Double Cleansing?

Teknik Double Cleansing sangat popular dikalangan orang Korea dan Jepun dalam rutin penjagaan kulit harian.

Cuci muka dengan teknik double cleansing memerlukan dua jenis pencuci muka sebagai rutin untuk mencuci muka.
  1. Pencuci muka berasaskan minyak (Oil Based Cleanser)
  2. Pencuci muka berasaskan air (Water Based Cleanser)

Pencuci muka berasaskan minyak (Oil Based Cleanser) berfungsi untuk menganggalkan segala kotoran yang berasaskan minyak seperti mekap harian, sunscreen / sunblock, sel-sel kulit mati atau rosak serta kotoran lain.

Pencuci muka berasaskan air (Water Based Cleanser) pula berfungsi untuk menanggalkan kotoran yang berasaskan air seperti peluh, kotoran dan debu-debu.

Rutin hidup harian atau lifestyle yang menentukan tahap kekotoran yang boleh melekat di kulit kita. Sekiranya anda adalah individu yang sering bersama mekap, adalah sangat disarankan untuk mengamalkan cuci muka menggunakan teknik double cleansing ini.

Perlu Ke Mengamalkan Teknik Double Cleansing Dalam Rutin Harian?

Sangat perlu. 

Lifestyle kita yang menentukan tahap kekotoran yang melekat di muka. Walaupan anda bukan tergolong dalam individu yang suka mekap, tapi penggunaan sunscreen / sunblock sangat-sangat wajib diamalkan untuk melindungi kulit dari sinaran UVA dan UVB. Sunscreen / sunblock adalah penjagaan kulit yang berasaskan minyak.

Jadi, untuk menanggalkan kesan sunscreen di permukaan kulit, pencuci muka berasaskan minyak adalah yang terbaik.

Sekiranya hanya menggunakan pencuci muka berasaskan air, kotoran dari minyak tidak dapat dihilangkan dengan berkesan. Sepertimana ilmu sains yang kita pelajari, minyak dan air tidak mungkin boleh bercampur.

Ini menjadi punca kepada liang roma / pori tersumbat yang akan menjadi penyebab kepada masalah jerawat, white head dan black head.

Jadi, sangat perlu untuk cuci muka menggunakan teknik DoubleCleansing dalam rutin harian.

Bagaimanakah Untuk Memulakan Cuci Muka Menggunakan Teknik Double Cleansing
  1. Tekan / pump secukupnya pencuci muka jenis berminyak dan gosok dengan lembut ke seluruh muka. Gosok rata oil cleansing lebih kurang 10 saat. Basahkan tangan dengan sedikt air (1-2 titik air) dan gosok rata lagi ke muka. Blend bersama dengan minyak yang sediada di permukaan kulit lebih kurang 5 saat lagi. Kemudian basuh bersih dengan air paip.
  2. Kemudian, ambil pencuci muka berasaskan air dan cuci muka seperti biasa. Gosok dengan lembut, kemudian bilas dengan air sehingga bersih.

Amalkan cuci muka dengan teknik Double Cleansing ini satu atau dua kali sehari, pada waktu pagi selepas bangun tidur dan pada waktu malam selepas aktiviti harian.

Ada juga menyarankan untuk buat sekali sehari sahaja iaitu pada waktu malam (penghujung aktiviti harian) sebelum tidur.

Tapi, secara logiknya ketika tidur juga kalenjar minyak pada wajah tetap bekerja untuk menghasilkan sebum dan kotoran berasaskan minyak terkumpul pada kulit. Walaupun tidak semestinya pada akhir hari yang panjang dalam unsur-unsur dunia nyata, kulit masih memerlukan pembersihan dua kali pada waktu pagi untuk menghilangkan kotoran tersebut sepenuhnya. 

Percayalah, anda akan merasa lebih segar sepanjang hari selepas anda membersihkan dua kali pada waktu pagi.

Tapi, selama ini Sisyat cuma menggunakan teknik double cleansing hanya pada waktu malam sahaja.

Boleh Ke Kulit Jenis Berminyak Mengamakan Cuci Muka Teknik Double Cleansing?

Boleh dan sangat-sangat di galakan.

Pada hakikatnya, kulit jenis berminyak lebih cenderung menghasilkan kotoran berasaskan minyak berbanding kulit normal. Jadi, penggunaan pencuci muka berasaskan minyak adalah cara terbaik dan paling berkesan untuk membersihkannya. Menggunakan pembersih muka berasaskan minyak pada kulit berminyak adalah salah satu kaedah yang paling berkesan untuk melawan jerawat.

Baca juga:

Kelebihan Dan Kekurangan Menggunakan Teknik Double Cleansing Sebagai Kaedah Cuci Muka.

Kelebihan Teknik Double Cleansing
  • Kulit rasa lebih bersih dan segar
  • Cara / teknik yang sangat mudah
  • Kesan yang serta merta. Kulit rasa halus dan bersih.
  • Menyihatkan kulit.

Kekurangan Teknik Double Cleansing
  • Memerlukan bajet yang tinggi kerana menggunakan dua jenis pencuci muka

Double Cleansing Kaedah Cuci Muka Cara Korea Yang Berkesan Untuk Dapat Kulit Sihat.

Teknik Double Cleansing ini sebenarnya bukan hanya rahsia kecantikan Korea. Ini adalah tip penjagaan kulit yang diamalkan oleh banyak pakar dermatologi dan pakar estetika di seluruh dunia.

Jadi, amatlah rugi jika kita wanita Malaysia tidak mencuba dan mengamalkan teknik ini dengan sebaiknya. 

Sebenarnya, teknik Double Cleansing ini sangat berkesan kepada Sisyat. Setelah hampir setahun mengamalkan teknik ini untuk mencuci muka, Sisyat mengakui Sisyat sudah 99.5% bebas dari kulit berjerawat.

Untuk lebih efektif, teknik double cleansing ini diamalkan bersama dengan facial machine untuk mencuci muka lebih bersih lagi.

Baca sini:

Bila menggunakan facial machine semasa mencuci muka, secara tidak langsung ini juga dapat menanggalkan sel kulit mati. Penanggalan sel kulit mati memberi peluang kepada proses penghasilan kulit baru yang biasanya berlaku dalam tempoh 28 hingga 32 hari bergantung kepada faktor umur setiap individu.

Semakin berusia, tempoh kitaran tersebut semakin perlahan.

Sebab itulah, teknik mencuci muka secara Doouble Cleansing ini sangat membantu dalam proses berkenaan selain daripada langkah 'scrubbing'.

Percayalah, penjagaan luaran dengan 'skincare' adalah langkah yang sebaiknya untuk memelihara kulit agar sentiasa sihat dan cantik disamping pengambilan suplemen untuk penjagaan dalaman.

Your Bestie:
Hayati Suki (SisYat)
-Yang mengamalkan Double Cleansing-
Klang, Selangor Kapar, Selangor, Malaysia

8 comments:

  1. Bagi saya, Double Cleansing wajib. terutama bagi yang pakai mekap heheh utk elak pori tersumbattt

    ReplyDelete
  2. dah 3 tahun amalkan double cleansing ni.memang bagus. sebulan dah nampak beza kulit tu.nampak lebih sihat dan bersih.

    ReplyDelete
  3. Tq sharing kak.

    Ruby terjebak double cleansing sebab kak Yatt lah. Hahahah.

    Memang penting buat Double Cleansing ni. Kulit rasa bersih segar. Yg best white head blackhead pun boleh kata kurang sangat ❤

    ReplyDelete
  4. wow.. menariknya double cleansing ni

    ReplyDelete
  5. Belum pernah cuba lagi buat double cleansing. Bila baca entry yat nie, teruja pulak nak buat.

    Thanks for sharing yat :)

    ReplyDelete
  6. bagus tips ni.. semua jenis kulit boleh cuba

    ReplyDelete
  7. kalau rajin kadang2 buat cemni..
    tp most of the time malas hehe..

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda :-)

Penafian / Disclaimers

#1 Segala testimoni /penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan terlebih dahulu.

#2 Segala perkongsian kisah peribadi adalah HAK MUTLAK saya dan keluarga. Semuanya adalah berdasarkan pengalaman dan kenangan kami. TIADA berkaitan dengan yang hidup atau yang mati. HANYA KEHIDUPAN KAMI.