Wednesday, 18 November 2020

Tips Serta Panduan Membeli Dan Memilih Air Fryer

Tips Serta Panduan Membeli Dan Memilih Air Fryer | Air fryer merupakan antara gajet yang wajib ada di setiap rumah pada masa sekarang. Sisyat percaya, hampir setiap dapur dirumah ada item ini.

Jadi, Sisyat rasa dapur kami juga perlu ada gajet ni. Maklumlah, dengan musim Covid 19 ni yang telah mengganggu rutin harian dan tahunan kita semua. 

PKPB di Selangor dah menghampiri 6 minggu. Lagi 2 minggu bakal tamat untuk sesi kali ni. Mana tahu jika bersambung lagi memandangkan trend kes Covid sentiasa menaik je ni.

Persekolahan pun dah tak macam dulu. Anak-anak sepanjang masa berada dirumah. Bila berada dirumah sepanjang hari, makanan memang perlu sentiasa ada.

Makanya, mama memang kena sentiasa rajin. Kena gigih untuk sediakan makanab agar tiada yang mood ke laut bila perut lapar.

Kenapa Setiap Rumah Perlu Memiliki Satu Air Fryer?

1. Menjimatkan masa memasak para ibu.
  • Bagi ibu-ibu yang bekerjaya, Air Fryer ni sangat menjimatkan masa. Masukkan je apa yang nak dimasak, Air Fryer akan 'kerjakan' untuk anda.
  • Sementara menu dimasak, para ibu boleh bersiap atau membuat rutin kerja rumah yang lain.

2. Memudahkan untuk menyediakan makanan.
  • Sngat mudah dalam penyediaan makanan. Cuma pilih cara masak yang dikehendaki dan masukan bahan. Siap!

3. Tidak mengotorkan dapur.
  • Bahagian ini paling best. Makanan siap dimasak dengan pantas, dapur pun tidak berkecah. Tiada lagi minyak yang terpercik. Cuma perlu basuh bucket air fryer sahaja.

4. Kehidupan harian lebih sihat.
  • Seperti yang semua tahu, penggunaan Air Fryer adalah tanpa minyak ataupun penggunaan minimum minyak. 
  • Jadi, kesihatan akan lebih baik tanpa minyak dan kolestrol.

5. Fungsi Air Fryer tidak terhad.
  • Fungsi Air Fyer yang tidak terhad kepada hanya menggoreng tanpa minyak sahaja. Kebanyakan Air Fryer terkini memang dilengkapi dengan fungsi pelbagai seperti grill, bake dan toast. 
  • Yang terkini, ada Air Fyer juga mempunyai fungsi mengukus.

6. Dapur mudah alih
  • Sebenarnya Air Fryer ni lebih senang dikira sebagai portable or mobile kitchen. Senang nak dibawa kemana-mana.
  • Nak bawa balik kampung atau cuti-cuti juga senang.

Tapi sebelum membeli Air Fryer ni, Sisyat juga study tentang gajet ni. Perlu pilih dengan ilmu. Barulah puas hati. 

Tips Serta Panduan Membeli Dan Memilih Air Fryer | Perkara Yang Perlu Dipertimbangkan Sebelum Membeli Air Fryer.

1. Harga Air Fryer
  • Harga memang jadi perkara pertama yang Sisyat fikirkan. Bajet paling maksimum Sisyat letak cuma RM250 sahaja.
  • Pencarian bermula di Shopee & Lazada memandangkan dah daftar akaun.
  • Jika anda punya bajet yang tinggi, makin lebih banyak pilihan Air Fryer yang ada.

2. Jenis Air Fryer | Bakul / Turbo / Halogen
  • Air Fryer didatangkan dengan 3 jenis. Yang ni kena pandai pilih berdasarkan kehendak dan keperluan di rumah.
Jenis Basket Air Fryer - Air Fryer jenis bakul yang di tarik dari hadapan. Ramai yang pilih jenis ini kerana mudah untuk digunakan.


Bentuknya lebih kurang macam termos dan senang untuk di uruskan. Tarik saja dari hadapan macam laci, then masukan makanan. Ready to air fry.

Suhu maksimum adalah 200 C

Jenis Turbo Air Fryer - yang ni macam periuk nasi elektrik yang penutupnya dibuka dari atas.


Kat bahagian tengah, ada kipas untuk mengalirkan udara panas bagi panaskan makanan.

Suhu maksiumum boleh capai sehingga 230 C.

Jenis Halogen - 1st time Sisyat dengar AF jenis ni. Lebih kepada Oven Air Fryer.


Air Fryer jenis ini kurang popular berbanding dengan dua jenis sebelum ni. Mungkin disebabkan rupanya lebih kepada oven.

Walaubagaimanapun, Air Fryer ni berfungsi untuk buat ayam golek dan juga buat popcorn.

Suhu maksimum untuk Air Fryer jenis Halogen ini adalah 230c.

3. Fungsi Air Fryer Digital Atau Analog
  • Air Fryer didatangkan dengan dua jenis sistemnya samada secara analog (manual) atau digital (touch screen).
  • Manual sangat mesra untuk digunakan oleh warga emas ataupun anak-anak. Dan ianya lebih tahan lasak. 
  • AF jenis digital pula lebih kemas dan mempunya butang preset. Cuma mungkin lebih praktikal kepada individu yang lebih muda dan bujang.

4. Muatan / Kapasiti (liter/kg)
  • Muatan atau kapasiti Air Fryer juga perlu dipertimbangkan dan ianya bergantung kepada saiz masakan untuk berapa orang makan.
• 1 - 3orang ➡️ 2.2 - 3.8 liter
• 4 - 6orang ➡️ 4.0 - 6.0 liter
• Lebih dari 6 orang ➡️ 10 liter ke atas.

5. Fungsi Istimewa
  • Sesetengah Air Fryer pada masa ini didatangkan dengan teknologi canggih dan fungsi istimewa.
  • Contohnya, ada Air Fryer yang boleh masak makanan tanpa perlu defrost terlebih dahulu, dan ada juga yang mempunyai pelbagai fungsi yang sesuai untuk pelbagai jenis masakan seperti boleh buat kek, buat roti, grill, masak lauk, panaskan makanan dan macam-macam lagi.
  • Jenama Air Fryer yang terbaik juga sepatutnya boleh masak sekata tanpa perlu diterbalikkan masakan didalamnya.

6. Tahap Kekerapan Penggunaan
  • Sekiranya penggunaan hanya 2 atau 3 kali seminggu, boleh pertimbangkan untuk beli yang biasa sahaja.
  • Tetapi jika nak gunakan secara kerap, adalah lebih baik untuk beli yang tahan lasak dan ada tempoh warranty yang berpatutan.

6. Kuasa Dalam Watt
  • Kebanyakan Air Fryer mempunya kuasa 1300 - 2000+ watt. Kuasa Air Fryer yang tinggi hanya memerlukan masa yang singkat untuk memasak.
  • Saiz atau kapasiti yang besar juga memerlukan kuasa yang tinggi untuk memanaskan ruang yang besar dan memasak makanan yang banyak.
  • Kuasa Air Fryer yang lebih rendah dari 1300 - 2000+ memerlukan masa yang lama untuk memasak.

7. Mesra Dan Mudah Cuci
  • Cri-ciri ni amat penting untuk diambilkira. Ada Air Fryer yang direka tidak boleh diasingkan daripada badanya.
  • Jadi, ia akan memberikan sedikit kesukaran ketika proses mencuci atau membasuh.
  • Setakat ini Sisyat nampak yang paling mesra dicuci adalah jenis bakul (basket). Bakul dan jaringnya boleh ditanggal dan dicuci dengan mudah.

9. Jenama Air Fryer
  • Pelbagai jenama Air Fryer berada dipasaran sekarang ini. Untuk memilih jenama, perlu selaraskan dengan bajet dipoket. Perkara ini adalah subjektif. 
  • Untuk memudahkan memilih, lihatkah kepada kapasiti masakan dan fungsi istimewa yang ditawarkan.

10. Warranty / Tempoh Jaminan
  • Pilihlah Air Fryer yang menawarkan jaminan sehingga setahun atau lebih.
  • Tapi kebiasaannya, jaminan maksimum yang diberikan untuk AF hanyalah setahun. Jika anda mendapat jaminan melebihi setahun, anda sangat bertuah.
Adakah sudah terjawab persoalan-persoalan anda tentang bagaimana nak memilih Air Fryer? Sisyat harap entry Sisyat ini dapat membantu anda semua.

Dan Sisyat pula, telah jumpa beberapa jenama yang sesuai dengan poket. Yang penting pilihan Sisyat ni pelbagai fungsi (multi function). Mudah untuk sediakan masakan.

Bila Shopee dah buat pengeposan dan Sisyat terima, Sisyat akan review lagi di sini.

Terima kasih sudi baca.

Sisyat
- Working Mom of 3 Cute Kiddos-
a.k.a
Pengedar Sah Shaklee Kapar Klang

Foto kredit : Google
Klang, Selangor Kapar, Selangor, Malaysia

29 comments:

  1. berkenan ni lama dah.. senang guna kan ..hopefully mampu beli tak lama lafi

    ReplyDelete
    Replies
    1. 12.12 sales atie.. hope jumpa la yg kena ngn kehendak n poket..kan? 😊

      Delete
    2. betul, keinginan mmg boleh tapi poket selalu buat kita bersabar haha h

      Delete
  2. Kita ada 1 yang, best guna. Senang sangat. Tinggal gitu jer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yangg..ce share brand apo tu. Review sikit kat kte..hehe

      Delete
  3. dah lama masuk wishlist, beli je belum ni huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. 12.12 sales nanti syaz. Boleh riki dulu yg mn bkenan..😅

      Delete
  4. Ooo ada beberapa jenis juga ye? Biasa tengok jenis yang bakul tu je.. thanks untuk info2 tu. Rupanya banyak benda juga kena tengok untuk pemilihan air fryer yang sesuai kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama laa cikTK..sisyat dulu pun pk sama je AF ni. Selalu tgk yg bakul tu je..
      Lepas dah study..cari info.. br dapat semua maklumat2 bkenaan..😊

      Delete
  5. Wahh . Berguna la tips ni . Ada angan-angan nk beli air fryer ni .

    ReplyDelete
  6. Thanks for sharing your tips on how to choose air fryer. As more and more brands are available, air fryer is getting increasingly affordable. :)

    ReplyDelete
  7. Rasanya setiap rumah wajib ada air fryer sekarang ni. Harga pun dah mampu milik. Senangkan kerja didapur juga menjimatkan masa.

    ReplyDelete
  8. Macam tau-tau pula tengah tercari air fryer. Menjimatkan masa berada di dapur. Dapur pun tak berkecah. Dah jadi follower blog. Nanti jemput follow blog eiza ye. Salam perkenalan daripada eiza.

    ReplyDelete
  9. pernah ada jenis halogen tu tapi dah let go sebabnya tak guna. berat, makan space dan susah nak cuci. hehe.

    ReplyDelete
  10. dah lama juga aim nak beli air fryer ni. tengok ramai yg membeli..tergoda plak kite. nice sharing pasal air fryer ni. boleh pertimbangkan mana yg lebih baik kan

    ReplyDelete
  11. dah lama juga aim nak beli air fryer ni. tengok ramai yg membeli..tergoda plak kite. nice sharing pasal air fryer ni. boleh pertimbangkan mana yg lebih baik kan

    ReplyDelete
  12. Oh didn't know there are so many choices, thanks for the explanation, this gives me a better insight for my purchase.

    ReplyDelete
  13. Thanks for sharing. Memang tengah cari air fryer ni sebab kalau boleh nak kurangkan penggunaan minyak dalam makanan. Nak kena cek balik semua kriteria kat atas dengan harga kena ikut bajet kan

    ReplyDelete
  14. Thanks for your tips choosing Air Fryer. I also bought one during MCO haha. its easy to cook at home with it

    ReplyDelete
  15. Terima kasih atas panduan ni. Sangat membantu. Memang saya baru first time nak cuba air fryer ni. Kalau saya, yg paling penting, nak yg senang cuci kot. Sebab sy rajin masak, tapi malas betul bab mencuci tu ��

    ReplyDelete
  16. Sekarang ramai mencari AF ni, bagus tips ni haaaa..
    Sis punya dah 2 tahun guna Haier tu ... memang tahan lasak masak.. sehari mesti ada guna heheheh

    ReplyDelete
  17. Tengok orang pakai kita pun teringin.. Memang dh masuk dalm cart. Tunggu nak keluarkna je.. Hehehe.. Bagus tips membeli ni.. Tapi yag nad tengok tu harap tahan lama

    ReplyDelete
  18. Fuhh.. Memang tips yg bagus ni. Ala, kenapa la saya tak baca dulu sebelum beli. Tp ok la, air fryer yg sy beli dah memadai utk kegunaan harian 🤗

    ReplyDelete
  19. wow, i certainly did not know that there are so many different types of airfryer. i simply love this invention!

    ReplyDelete
  20. Banyak rupanya jenis airfryer ni ek. Baru tahu. Nanti nak baca lah next review,kita pon tengah ushar air fryer ni..hehe

    ReplyDelete
  21. Tq kak share tips nk pilih air fryer.

    Baru tau air fryer ni ada fungsi bake sekali. Ingatkan yang grill je. Huhuhu.

    Ruby belum ada lagi. Hajat nak jugak 1. Nk mudahkan keja kita as a chef kat ruamh ni. Hehe

    Minat yang macam bakul tu.

    Tak sabar nk tgk akak punya. Beli hat mana tu? Jeng jeng

    ReplyDelete
  22. Our house also using all these cooking appliances, they are easy and convenient! By this air fryer, you can do a lot of stuff easily and quick!

    ReplyDelete
  23. Thanks share info ni. Mmg rasanya setiap rumah perlu ada. Za mmg jimat masa masak skng utk spend dgn anak2

    ReplyDelete
  24. Kak pun dah beli satu mmg sgt mudah anak2 pun suka guna sbb sng sgt, nsk jer benda nak masak n tggu and dah blh mkn

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda :-)

Penafian / Disclaimers

#1 Segala testimoni /penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan terlebih dahulu.

#2 Segala perkongsian kisah peribadi adalah HAK MUTLAK saya dan keluarga. Semuanya adalah berdasarkan pengalaman dan kenangan kami. TIADA berkaitan dengan yang hidup atau yang mati. HANYA KEHIDUPAN KAMI.