Thursday, 31 December 2020

Kenangan Tahun 2020

Ya, hari ini hari terakhir tahun 2020.

Sisyat ada juga rasa sayu. Rasa sedih untuk tahun 2020. Sedih kerana bermula pada tahun 2020 ini norma kehidupan kita semua (satu dunia) telah berubah.


Berubah kerana Covid-19 yang sangat jahat menyerang umat manusia. Sehingga ada yang hilang punca pendapatan.

Tiada lagi alam persekolahan yang manis untuk anak-anak.

Tiada lagi majlis keraian.

Tiada lagi cuti-cuti Malaysia (atau luar negara) yang sama seperti dulu.

Yang ada cuma rasa takut dan rasa berjaga-jaga.

Tapi, hidup perlu juga diteruskan.

Meneruskan alam kehidupan bersama virus jahat dengan mematuhi saranan dan arahan pihak kerajaan.

Hidup norma baru diteruskan dengan topeng muka (mask), imbasan suhu badan dan sanitizer. Semua itu adalah kewajiban yang perlu dipatuhi pada masa ini.

Kerana Covid 19 juga kita meraikan perayaan Aidilfitri jauh dari perantauan, jauh dari keluarga, jauh dari ibu ayah. Bagi Sisyat, ini adalah kenangan yang paling sukar untuk dilupakan.

Tahun 2021, tiada azam besar sebesar mengharapkan agar Covid 19 ini dihapuskan dari muka bumi Allah. Agar kita boleh kembali menyambung kehidupan dengan penuh ketenangan tanpa rasa takut dan berjaga-jaga terhadap dia.

Semoga kita semua kekal tabah dan kuat mengharungi kehidupan bersama Covid 19 selagi ia masih ada.

#KitaJagaKita

Selamat Tinggal 2020. Terima Kasih Untuk Memori Hebat.
Selamat Datang 2021. Semoga Membawa Sinar Bahagia Buat Seluruh Dunia.

Salam sayang:
Sisyat
-Semoga kekal berukhwah-
Continue Reading

Saturday, 26 December 2020

Cara Pakai Toner Muka Yang Betul Mengikut Jenis Kulit

Cara Pakai Toner Muka Yang Betul | Masih ramai lagi yang kurang memahami kenapa penting dan perlunya memakai toner muka dalam rutin penjagaan kulit harian.

Memakai toner dalam rutin harian memberikan banyak faedah dalam jangka masa yang panjang.

Kenapa?

Pembersih muka sahaja tidak berfungsi sepenuhnya untuk membuang semua kotoran yang melekat pada wajah seperti kotoran dari persekitaran dan juga sisa-sisa mekap melainkan jika anda menggunakan teknik 'Double Cleansing' untuk mencuci muka.

Baca juga:

Jadi, dengan menggunakan toner sebagai kaedah membersih muka kali kedua dapat menghilangkan semua kotoran yang tersisa dan menjadikan wajah kelihatan lebih segar dan bersih.

Tahap pH normal pada kulit muka sangat penting untuk melindungi kulit dari bakteria dan bahan pencemar yang lain. Sebilangan toner atau penyegar muka boleh menyebabkan tahap pH tidak normal dan tidak seimbang. Ini akan menyebabkan kulit muka menjadi kering dan tidak peka.

Baca juga:

Cara Memakai Toner Muka

Cara memaki toner sangat mudah untuk di aplikasi kan. Hanya tiga langkah mudah diperlukan untuk memastikan penggunaan toner muka adalah pada tahap optimum dan mencapai hasil yang berkesan.
  • Langkah 1: Cuci muka dengan pembersih muka yang bersesuaian dengan jenis kulit untuk menghilangkan kotoran dan minyak awal dari kulit anda.
  • Langkah 2: Sapukan toner untuk menghilangkan kotoran dan sisa yang tertinggal selepas mencuci muka dan ini juga sebagai langkah untuk menyiapkan kulit untuk pelembab.
  • Langkah 3: Sapukan pelembap untuk menghidrat dan melindungi kulit. Sekiranya anda mengamalkan 10 langkah penjagaan kulit muka cara Korea, boleh aplikasikan serum muka terlebih dahulu sebelum pelembab.

Cara Memakai Toner Muka Yang Betul Mengikut Jenis Kulit

Untuk mendapatkan kesan penggunaan toner yang maksimum, sangat perlu untuk memakai toner menggunakan kaedah yang betul berpandukan jenis kulit.

Berikut adalah cara berbeza untuk menggunakan toner anda - ketahui mana yang paling sesuai untuk kulit anda 

1) Kulit Jenis Berminyak dan Kombinasi : Menggunakan Kapas Muka (cottan pad atau cotton ball)

Ini adalah kaedah yang paling disyorkan untuk menggunakan toner bagi kulit jenis berminyak dan kombinasi. Menggunakan kapas muka menajdikan kulit lebih halus dan lembut selain membantu membuang lebihan minyak dan kotoran yang melekat di permukaan kulit.

Cara melakukannya: Lap kulit dengan lembut bermula dari bahagian dalam hingga bahagian luar wajah.

Tip tambahan: Gunakan pad kapas yang kuat dan mampat seperti di kawasan di mana liang pori yang terbuka dan anda akan melihat peningkatan secara beransur-ansur dengan penggunaan berterusan.

2) Kulit Normal hingga Kering dan Sensitif: Tapak tangan

Menurut Alex Song, pengurus jenama  penjagaan kulit Klair dari Korea penggunaan tangan (tapak tangan) untuk penggunaan toner dengan gerakan dap-dap akan memberikan penghidratan secara langsung kepada kulit.


Kaedah ini adalah sangat sesuai untuk kulit muka jenis kering dan sensitif

Penjelasannya benar-benar berdasarkan fakta bahawa dengan menggabungkan gerakan dap-dap (atau bahkan dengan menekan kulit dengan lembut selama beberapa saat) dan panas semula jadi tangan dapat membantu toner untuk menyerap lebih baik (dan lebih cepat) ke dalam kulit.

3) Kulit Sangat Kering: Topeng DIY

Menggunakan toner sebagai topeng adalah kaedah yang paling menghidratkan, sesuai untuk jenis kulit yang sangat kering dan sensitif. 


Yang harus anda lakukan hanyalah membasahi beberapa keping kapas muka dengan toner dan lekatkan pada seluruh wajah. Biarkan selama 5-10 minit dan ikuti dengan losyen ringan atau krim untuk menahan kelembapan. 

Kaedah ini juga membantu kulit kekal terhidrat lebih lama daripada biasa. Selain itu, ia membolehkan solekan untuk digunakan dengan lebih mudah dan lebih lama.

4) Cara Lain Menggunakan Toner : Sebagai Mist atau Semburan

Menggunakan toner sebagai semburan atau mist juga digalakan.

"Kaedah ini sebenarnya lebih melembapkan berbanding dengan menggunakan toner secara langsung dengan tangan anda," kata Song.

Elakkan penggunaan toner sebagai mist jika anda memakai alat solek atau pelindung matahari.

Banyak kaedah pemakaian toner yang boleh dipertimbangkan tetapi yang paling penting adalah perlu mengambil kira jenis kulit terlebih dahulu.

Toner yang sering menjadi pilihan yang sesuai  untuk semua jenis kulit ialah toner muka yang berasaskan bahan semulajadi seperti Youth Perfecting Skin Toner daripada Shaklee.

Dihasilkan daripada bahan-bahan botani yang premium seperti Vital Repair, Muscadine Grape Extract, dan Ekstrak Alga Hijau yang berfungsi untuk meremajakan kulit dengan membersihkan sel kulit mati serta membekalkan nutrisi serta menghidratkan kulit.

Baca juga:


Semoga perkongsian Sisyat ini dapat membantu kalian menggunakan toner muka dengan cara yang betul dan semestinya perlu mengikut kesesuaian jenis kulit.

Sekiranya kalian ingin mendapatkan produk rangkaian penjagaan Youth Shaklee yang terbukti selamat untuk kulit, Whats App Sisyat di talian 019 397 9157 atau klik butang Whats App di sebelah kiri blog untuk bantuan.
Your Bestie:
Hayati Suki (SisYat)
Pengedar Sah Shaklee
019-397 9157
COD Kapar / Klang
Pengeposan ke seluruh Malaysia dan luar negara
Kredit gambar: Google dan WikiHow
Continue Reading

Sunday, 20 December 2020

Cara Buat QR Code MySejahtera Untuk Kenduri

Cara Buat QR Code MySejahtera Untuk Kenduri | Sebenarnya, Sisyat juga baru tahu cara nak buat QR Code sendiri. 

Itupun sebab anak saudara Sisyat yang minta untuk buatkan bagi majlis perkahwinan dia yaang bakal berlangsung esok.


Rupanya tak susah pun nak 'create' QR Code untuk check in sesuatu lokasi atau majlis.

Cara buat QR Code yang Sisyat kongsikan ni sebenarnya boleh digunapakai untuk buat QR Code bagi apa-apa sahaja majlis atau kenduri serta premis lain termasuk rumah sendiri.

Cara Buat QR Code MySejahtera - Check In Majlis atau Kenduri atau Premis atau Rumah Sendiri

Anda ikut sahaja step yang Sisyat kongsikan di bawah ini ye.


2) Scroll down sehingga anda jumpa MySejahtera Check In. Tekan butang Daftar MySejahtera Check In.

3) Sign Up dengan masukan maklumat yang berkenaan:
  • Country Code (Kod Negara) - Malaysia +60
  • Contact Number (No Telefon)
Dah isi semua maklumat yang diperlukan, tekan butang Register

4) Tunggu sehingga anda mendapat SMS untuk nombor OTP bagi tujuan pengesahan (verifikasi) nombor telefon.

5) Masukan nombor OTP yang diterima dan tekan butang hantar.

6) Isikan maklumat lengkap dalam ruangan Company Profile bagi tujuan pendaftaran.

  • User Name - Nama sendiri atau nombor telefon yang didaftarkan
  • Business Name - Nama Majlis / Nama Premis / Nama Rumah Sendiri (Contoh : Majlis Perkahwinan Azman & Aziera)
  • Premise Category - Sila pilih mengikut kesesuaian. (Untuk majlis atau rumah sendiri, Sisyat pilih Others)
  • Sub Category - Sila pilih mengikut keseusaian (Others)
  • Current Address / Postcode / State / District - Sila isi mengikut alamat yang anda ingin daftarkan.
  • Tekan butang Submit
  • Pendaftaran selesai dan anda telah mempunyai QR Code untuk majlis atau rumah anda. 
  • Sekiranya mempunyai printers, boleh terus cetak QR Code tersebut atau teklan butang Email Me / Download untuk simpan dahulu dan cetak kemudian.
Siap.

Mudah saja kan?

Jadi, sebagai rakyat yang bertanggungjawab untuk mengawal penularan wabak Covic 19 ni, sama-samalah kita untuk sentiasa menjaga SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Disiplin lah untuk sentiasa mengimbas QR Code walau ke mana sahaja kita pergi.

Semoga entry Sisyat memberi manfaat kepada anda semua.
Continue Reading

Thursday, 17 December 2020

SEGMEN PENCARIAN BLOGLIST LETOPSS BY EZA BOOM BOOM

SEGMEN PENCARIAN BLOGLIST LETOPSS BY EZA BOOM BOOM | Hai semua, ini segmen / giveaway ketiga yang Sisyat join pada bulan ini.

Sangat semangat untuk 'support' rakan-rakan blogger yang lain.


Syarat-syarat penyertaan untuk Segmen Eza ni lebih kurang sama sahaja dengan segmen yang lain, cumanya ada satu syarat yang menarik hati Sisyat ialah syarat no tiga tu. Jarang sekali ada syarat begitu, tapi Sisyat suka syarat tu. :-)

Klik banner untuk mengetahui syarat-syarat penyertaan dengan lebih lanjut.

Okay, Sisyat bagitau sebab (reason) kenapa Sisyat nak sangat masuk dalam bloglist Eza:-
  1. Sisyat suka berkawan. Jadi Sisyat nak berkawan dengan Eza walaupun secara maya dengan menggunakan blog sebagai medium.
  2. Bila kita saling ada dalam bloglist masing-masing, in sha Allah boleh reach makin ramai kawan.
  3. Sisyat nak tahu / kongsi info penting dengan Eza melalui latest entry. So, sama-sama boleh gain knowledge.
So, here a quote just for you Eza. Semoga terus sukses dalam hidup dan dalam dunia blogging.


Oh ye, tarikh tutup segmen ini ialah 27 Disember 2020 pada jam 11.59 malam. So, jangan terlepas ye kawan-kawan untuk join :-)

Ikhlas, 
Sisyat
-Yang Suka Berkawan-
Continue Reading

Monday, 14 December 2020

Giveaway by Rashidahsheresimpleblog

Giveaway by Rashidahsheresimpleblog | Hari ni Sisyat blogwaking ke blog ini dan sebagai tanda sokongan kepada rakan blogger Shida, Sisyat join giveaway ini.

Jadi, Sisyat nak ajak kawan-kawan blogger yang lain juga datang memeriahkan Giveaway by Rashidahsheresimpleblog ni.

Giveaway by Rashidahsheresimpleblog

Klik banner ini untuk mengetahui cara-cara nak menyertai giveaway ni. Mudah dan simple sahaja syarat penyertaannya.

Hadiah pun menarik.

RM10.00 kepada 3 pemenang berjaya yang dipilih secara random wheel spinner. 

Dan, bagi yang tak berjaya mendapat RM10.00 tu pula akan di masukan dalam senarai bloglist Shida. Menarik juga kan.

Masuk bloglist pun Sisyat dah happy sangat.

So, tunggu apa lagi? Jom la join kawan-kawan.

Oh ye, tarikh tutup penyertaan giveaway ini adalah pada 26 Disember 2020 jam 11.59 malam.

Ikhlas, 
Sisyat
-Sokong antara kita-
Continue Reading

Thursday, 10 December 2020

Tip Memilih Toner Muka Mengikut Jenis Kulit

Tip Memilih Toner Mengikut Jenis Kulit | Toner merupakan salah satu rutin penjagaan kulit muka yang sangat penting untuk diamalkan secara konsisten.

Toner bukan setakat rutin, tetapi ia sangat memberikan manfaat kepada mereka yang menghadapi masalah liang pori terbuka atau besar dan ingin mengetatkan, yang ingin menambahkan tahap kebersihan kulit serta memperbaiki tekstur kulit.



Toner muka dihasilkan menjadi cecair ringan yang berasaskan air sehingga dapat diserap oleh kulit dengan mudah. Pada masa yang sama, ia digunakan untuk cepat menembusi kulit bagi memberikan penghidratan dan membantu mengeluarkan sel-sel kulit mati dari permukaan kulit. Fikirkan toner sebagai persediaan untuk liang roma anda.

Bayangkan kulit sebagai span. Sekiranya krim tebal diletakan pada span kering, adakah ia akan diserap? Kemungkinan ia tidak akan berlaku. Tetapi jika span dibasahkan dengan air, krim akan diserap dengan lebih mudah.

Begitu juga, kulit perlu 'disiapkan' dengan toner untuk menyerap semua kebaikan dan kelembapan dari produk penjagaan kulit kita yang lain.

Jenis-Jenis Toner

3 asas toner yang perlu diketahui sebelum memilih untuk membeli toner.

1) Toner berasaskan alkohol
  • Toner muka jenis ini (yang mengandungi alkohol) amat tidak digalakan untuk diamalkan melainkan anda mempunyi kulit muka jenis berminyak yang teruk.

2) Toner berasaskan air dan Glycerin
  • Toner yang berasaskan air ini kurang merbahaya berbanding yang berasaskan alkohol, tapi tetap memberikan kesan kepada kulit.

3) Toner berasaskan air (water based)
  • Toner yang berasaskan air amat sesuai digunakan dalam rutin penjagaan kulit muka untuk jangka masa yang lama kerana ia tidak mempunyai kesan sampingan seperti yang berasaskan alkohol.

Jenis-jenis toner yang berada dipasaran yang boleh dipertimbangkan mengikut kategori.

A) Toner (berasaskan air)
  • Toner jenis ini hanya tertulis perkataan TONER sahaja pada label produk.
  • Fungsi toner jenis ini untuk memberikan penghidratan, memulihkan keseimbangan kulit, menyediakan kulit untuk memudahkan produk penjagaan kulit yang lain menembusi kulit serta menegangkan kulit.
  • Memandangkan dipasaran sekarang ini banyak toner yang mempunyai manfaat kepada kulit, jadi pilihlah toner yang sesuai dengan jenis kulit muka.

B) Toner Astrigent
  • Label pada produk tertulis TONER ASTRIGENT.
  • Toner astrigent merupakan toner berasaskan air yang mengandungi alkohol. Fungsi alkohol di dalam toner ini adalah untuk mengecilkan liang pori dan mengawal minyak.
  • Sangat sesuai untuk kulit berjerawat dan berminyak kerana kandungan alkohol yang tinggi membantu membuang minyak yang berlebihan.
  • Disarankan untuk menggunakan toner astrigent sekali sahaja sehari dan perlu diikuti dengan penggunaan pelembab.

C) Toner Losyen (Lotion)
  • Toner jenis losyen adalah lebih lembut dan sangat sesuai untuk jenis kulit yang kering, kulit matang dan kulit sensitif.
  • Tidak mengandungi alkohol tetapi mengandungi humectant seperti glycerin yang berfungsi untuk mengekalkan kelembapan kulit.
Baca juga:

 Tip Memilih Toner Muka Mengikut Jenis Kulit

 Kulit Berjerawat
  • Untuk kulit yang berjerawat, pilih toner lembut dengan asid alfa hidroksi (AHA). Tidak mengapa merasakan kegatalan sedikit selama beberapa saat kerana sifatnya yang sedikit berasid tetapi ini adalah tahap pH yang tepat untuk kulit yang mempunyai masalah jerawat. 
  • Bentuk asid ini lebih lembut untuk menjaga wajah anda bersih tanpa mengelupas, tidak seperti bahan perengsa yang lebih kuat seperti retinoid.

Kulit Berminyak
  • Untuk kulit berminyak, asid salisilik sering disyorkan dalam penyegar wajah. Sebagai asid hidroksi beta (BHA), ia larut dalam minyak dan lebih berkesan untuk merawat dan mengimbangi kulit berminyak. Walau bagaimanapun, ianya tidak sesuai bagi mereka yang mempunyai kulit sensitif.

Kulit Jenis Kering
  • Untuk kulit kering, pilih toner penghidratan yang mengandungi lain seperti asid hyaluronik dan gliserin. Juga, lebih penting untuk mengelakkan alkohol kerana boleh menyebabkan kulit menjadi semakin kering.

Kulit Kusam
  • Untuk kulit kusam, pilih toner dengan asid glikolik yang membantu pengelupasan sel kulit mati untuk kulit yang lebih berseri, atau Vitamin C untuk memberi kulit anda cahaya tambahan. 
  • Ia boleh dipadankan dengan bahan berguna lain yang membantu mencerahkan kulit anda seperti niacinamide atau arbutin.

Kulit Sensitif
  • Untuk kulit sensitif, selalu gunakan toner muka tanpa alkohol  kerana ia boleh menjadikan  kulit anda tidak selesa dan mengalami keradangan.
  • Sangat digalakan untuk menggunakan toner berasaskan bahan semulajadi seperti chamomile, calendula, teh ungu, dan aloe vera semuanya menenangkan kulit sensitif.

Jadi, sudahkah anda memilih untuk memiliki toner mengikut jenis kulit anda?

Di Shaklee, kami mempunyai rangkaian penjagaan kulit yang berasaskan bahan semulajadi untuk membantu anda semua memiliki kulit yang diidamkan.

Baca juga:


Sekiranya kalian ingin mendapatkan produk rangkaian penjagaan Youth Shaklee yang terbukti selamat untuk kulit, Whats App Sisyat di talian 019 397 9157 atau klik butang Whats App di sebelah kiri blog untuk bantuan. 
Your Bestie:
Hayati Suki (SisYat)
Pengedar Sah Shaklee
019-397 9157
COD Kapar / Klang
Pengeposan ke seluruh Malaysia dan luar negara
Continue Reading

Friday, 4 December 2020

7 Kebaikan Menggunakan Toner Muka

7 Kebaikan Menggunakan Toner Muka | Penggunaan toner dalam rutin penjagaan kulit muka adalah sama pentingnya dengan penggunaan pembersih muka. 

Selama ini, toner dikenali sebagai salah satu langkah penjagaan kulit yang berfungsi untuk menghilangkan sisa kotoran dari kulit wajah. 
Selain itu, toner juga dikenal sebagai astringen, penjernih atau penyuling air, ternyata tidak hanya membersihkan kulit tetapi juga mempunyai pelbagai fungsi lain untuk kesihatan kulit muka.

Membersihkan muka dengan hanya pencuci muka adalah tidak mencukupi. Kotoran yang melekat di kulit muka bukan hanya habuk tetapi juga minyak yang dihasilkan oleh kalenjar minyak. 

Jadi, untuk menanggalkan semua kotoran tersebut, penjagaan kulit muka memerlukan rangkaian rawatan dan salah satunya adalah toner.

Mungkin selama ini ramai yang kurang tahu kebaikan menggunakan toner muka, jadi Sisyat akan kongsikan 7 kebaikan menggunakan toner muka dalam entry ini.

7 Kebaikan Menggunakan Toner Muka

#1 Mengimbangi pH Kulit Muka
  • pH kulit atau keasidan kulit boleh berubah kerana pengaruh pengeluaran minyak, pencemaran di persekitaran, penggunaan alat solek, atau produk kecantikan yang mengandungi alkohol. 
  • Jenis toner tertentu dapat mengimbangkan keasidan kulit pada pH 5-5.5 mengikut pH semula jadi kulit

#2 Membuang Sisa Kotoran Yang Masih Melekat
  • Toner membantu membersihkan sisa kotoran, minyak dan alat solek yang tidak dapat dibersihkan atau ditanggalkan ketika menggunakan susu pembersih atau sabun muka.

#3 Keluarkan Minyak Dari Kulit
  • Jenis toner yang diklasifikasikan sebagai astringen dapat mengurangkan minyak atau sebum pada permukaan kulit wajah. Toner jenis ini juga dapat mengurangkan kilauan, sehingga menjadikan solekan wajah lebih tahan lama.

#4 Melembapkan Kulit
  • Untuk mengembalikan kelembapan kulit, sapukan toner secara merata ke seluruh muka selepas mencuci muka. Fungsi toner untuk melembapkan kulit dapat dicapai dari toner yang mengandungi asid amino, asid hyaloronic atau minyak mineral.

#5 Menghilangkan Parut Jerawat
  • Toner yang mengandungi asid glikolat dapat memudarkan bintik hitam ringan dari parut jerawat. Tetapi untuk parut jerawat yang dalam atau bahkan berongga, penggunaan penjagaan kulit tidak mencukupi. 
  • Untuk memudarkan parut jerawat yang diklasifikasikan sebagai teruk, ianya perlukan penjagaan khas dari pakar dermatologi.

#6 Mencegah Kulit Menjadi Kering
  • Toner juga dapat mencegah kehilangan air yang menyebabkan hilang kelembapan pada permukaan kulit. Fungsi toner penting untuk menjaga kesihatan semua jenis kulit wajah, terutama kulit muka jenis kering.

#7 Mengatasi Masalah Jerawat
  • Toner dapat mengatasi jerawat jika penggunaannya disertai dengan produk untuk merawat jerawat. 
  • Keadaan jerawat ringan dapat diatasi, dengan penggunaan toner yang mengandungi asid salisilik atau benzoil peroksida. Toner dengan ramuan ini dapat membersihkan dan mengurangkan pori, mencegah jerawat dan bintik hitam.

Semoga perkongsian 7 kebaikan menggunakan toner muka dapat membantu anda bertambah yakin dan suka untuk mengamalkan toner muka dengan konsisten.

Di Korea, terdapat satu teknik yang dikenali sebagai teknik 7 lapisan. Teknik ini menggunakan 7 lapisan toner yang ditampal pada muka menggunakan tisu bagi tujuan melembabkan kulit.

Tapi, teknik ini boleh dipermudahkan lagi  dan mengikut kesesuaian untuk diamalkan di negara kita.

Cukup hanya mengamalkan penggunaan toner muka yang bersesuaian dengan jenis kulit secara konsisten. Lebih elok sekiranya toner muka dipilih berasaskan bahan botani atau bahan semulajadi.

Baca juga :

Penggunaan toner muka yang mengandungi alkohol menyebabkan kulit muka menjadi kering dan sensitif. Jadi, elakan dari toner tersebut.

-Sisyat-
Rakan Kulit Sihat Anda

Kredit / sumber:
https://www.thebestwayforhealthylife.com/2019/08/7-benefits-using-facial-toner.html?m=1
Continue Reading

Wednesday, 2 December 2020

Segmen : Pencarian Bloglist By Izatie Salim

Segmen : Pencarian Bloglist By Izatie Salim | Dah lama Sisyat tak memeriahkan segmen atau giveaway kawan-kawan blogger.

Untuk bulan baru ni, Sisyat nak memeriahkan Segmen : Pencarian Bloglist By Izatie Salim ni.


Jom la kawan-kawan Sisyat, pakat memeriahkan segmen ni.

Tarikh tutup segmen ni pada 31 Disember 2020.

Sempat lagi ni. Lagipun syarat-syarat pun mudah. Just copy and paste the banner kat new entry blog masing-masing.

Kalau kurang jelas, then klik pada banner kucing tu untuk mengetahui syarat penyertaan dengan lebih lanjut.
Sisyat 
-Yang suka berkawan-
Continue Reading

Tuesday, 1 December 2020

Promo Shaklee Disember 2020 : Youth Powerful Duos

Promo Shaklee Disember 2020 : Youth Powerful Duos | Alhamdulillah, promo Shaklee Disember 2020 telah diumumkan oleh syarikat.

Bulan Disember ini lebih fokus kepada set penjagaan kulit, Youth Shaklee.


Tapi, ianya lebih istimewa bila promo Shaklee Disember 2020 dibuat secara berkumpulan ataupun duo.

Syaratnya ialah beli 1 unit Youth Luminous Gel Oil Cleanser dengan mana-mana rangkaian produk Youth Shaklee yang lain, melayakan dapat hadiah percuma  Pouch Inspira Shaklee.


Youth Luminous Gel Oil Cleanser
  • Tidak mengandungi sabun dan buih hanya sedikit.
  • pH yang seimbang dan sesuai untuk semua jenis kulit.
  • Pembersih muka yang menggabungkan campuran vitamin yang dipatenkan.
  • Mempunyai sumber polifenol serta alga.
  • Berfungsi untuk memperhalus, menyuci dan menyediakan kulit untuk langkah penjagaan kulit yang seterusnya.
Baca juga:

Promo Shaklee Disember 2020 : Youth Powerful Duos

1) Youth Hydrate Duo - Youth Luminous Gel Oil Cleanser vs Youth Perfecting Skin Toner

Untuk pembelian secara terus Youth Hydrate Duo, klik link dibawah:

https://www.shaklee.com.my/products/promotion/00P497?sid=866665

Baca juga: 

2) Youth Moisturizing Duo (Day) - Youth Luminous Gel Oil Cleanser vs Youth Moisture Lock Day Cream

Untuk pembelian secara terus Youth Moisturizing Duo (Day), klik link dibawah:

https://www.shaklee.com.my/products/promotion/00P501?sid=866665

3) Youth Protect Duo - Youth Luminous Gel Oil Cleanser vs Youth Age Defense Moisturizer (SPF 50)

Untuk pembelian secara terus Youth Protect Duo,  klik link dibawah:

https://www.shaklee.com.my/products/promotion/00P498?sid=866665

4) Youth Moisturizing Duo (Night) - Youth Luminous Gel Oil Cleanser vs Youth Advanced Renewal Night Cream Light or Rich

Untuk pembelian secara terus Youth Moisturizing Duo (Night), klik link dibawah:

Night Cream Light : https://www.shaklee.com.my/products/promotion/00P499?sid=866665
Night Cream Rich : https://www.shaklee.com.my/products/promotion/00P500?sid=866665

5) Youth Eye Firm Duo - Youth Luminous Gel Oil Cleanser vs Youth Restoring Eye Treatment

Untuk pembelian secara terus Youth Eye Firm Duo,  klik link dibawah:

https://www.shaklee.com.my/products/promotion/00P503?sid=866665

6) Youth Radiant Duo - Youth Luminous Gel Oil Cleanser vs Youth Radiance C+E

Untuk pembelian secara terus Youth Radiant Duo,  klik link dibawah:

https://www.shaklee.com.my/products/promotion/00P504?sid=866665

7) Youth Revive Duo - Youth Luminous Gel Oil Cleanser vs Youth Activating Serum

Untuk pembelian secara terus Youth Revive Duo,  klik link dibawah:

https://www.shaklee.com.my/products/promotion/00P502?sid=866665

Baca juga:

Sekiranya kalian ingin mendapatkan produk rangkaian penjagaan Youth Shaklee yang terbukti selamat untuk kulit, Whats App Sisyat di talian 019 397 9157 atau klik butang Whats App di sebelah kiri blog untuk bantuan. 
Your Bestie:
Hayati Suki (SisYat)
Pengedar Sah Shaklee
019-397 9157
COD Kapar / Klang
Pengeposan ke seluruh Malaysia dan luar negara
Continue Reading

Penafian / Disclaimers

#1 Segala testimoni /penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan terlebih dahulu.

#2 Segala perkongsian kisah peribadi adalah HAK MUTLAK saya dan keluarga. Semuanya adalah berdasarkan pengalaman dan kenangan kami. TIADA berkaitan dengan yang hidup atau yang mati. HANYA KEHIDUPAN KAMI.