7 Kebaikan Menggunakan Toner Muka | Penggunaan toner dalam rutin penjagaan kulit muka adalah sama pentingnya dengan penggunaan pembersih muka.
Selama ini, toner dikenali sebagai salah satu langkah penjagaan kulit yang berfungsi untuk menghilangkan sisa kotoran dari kulit wajah.
Selain itu, toner juga dikenal sebagai astringen, penjernih atau penyuling air, ternyata tidak hanya membersihkan kulit tetapi juga mempunyai pelbagai fungsi lain untuk kesihatan kulit muka.
Membersihkan muka dengan hanya pencuci muka adalah tidak mencukupi. Kotoran yang melekat di kulit muka bukan hanya habuk tetapi juga minyak yang dihasilkan oleh kalenjar minyak.
Jadi, untuk menanggalkan semua kotoran tersebut, penjagaan kulit muka memerlukan rangkaian rawatan dan salah satunya adalah toner.
Mungkin selama ini ramai yang kurang tahu kebaikan menggunakan toner muka, jadi Sisyat akan kongsikan 7 kebaikan menggunakan toner muka dalam entry ini.
7 Kebaikan Menggunakan Toner Muka
#1 Mengimbangi pH Kulit Muka
- pH kulit atau keasidan kulit boleh berubah kerana pengaruh pengeluaran minyak, pencemaran di persekitaran, penggunaan alat solek, atau produk kecantikan yang mengandungi alkohol.
- Jenis toner tertentu dapat mengimbangkan keasidan kulit pada pH 5-5.5 mengikut pH semula jadi kulit
#2 Membuang Sisa Kotoran Yang Masih Melekat
- Toner membantu membersihkan sisa kotoran, minyak dan alat solek yang tidak dapat dibersihkan atau ditanggalkan ketika menggunakan susu pembersih atau sabun muka.
#3 Keluarkan Minyak Dari Kulit
- Jenis toner yang diklasifikasikan sebagai astringen dapat mengurangkan minyak atau sebum pada permukaan kulit wajah. Toner jenis ini juga dapat mengurangkan kilauan, sehingga menjadikan solekan wajah lebih tahan lama.
#4 Melembapkan Kulit
- Untuk mengembalikan kelembapan kulit, sapukan toner secara merata ke seluruh muka selepas mencuci muka. Fungsi toner untuk melembapkan kulit dapat dicapai dari toner yang mengandungi asid amino, asid hyaloronic atau minyak mineral.
#5 Menghilangkan Parut Jerawat
- Toner yang mengandungi asid glikolat dapat memudarkan bintik hitam ringan dari parut jerawat. Tetapi untuk parut jerawat yang dalam atau bahkan berongga, penggunaan penjagaan kulit tidak mencukupi.
- Untuk memudarkan parut jerawat yang diklasifikasikan sebagai teruk, ianya perlukan penjagaan khas dari pakar dermatologi.
#6 Mencegah Kulit Menjadi Kering
- Toner juga dapat mencegah kehilangan air yang menyebabkan hilang kelembapan pada permukaan kulit. Fungsi toner penting untuk menjaga kesihatan semua jenis kulit wajah, terutama kulit muka jenis kering.
#7 Mengatasi Masalah Jerawat
- Toner dapat mengatasi jerawat jika penggunaannya disertai dengan produk untuk merawat jerawat.
- Keadaan jerawat ringan dapat diatasi, dengan penggunaan toner yang mengandungi asid salisilik atau benzoil peroksida. Toner dengan ramuan ini dapat membersihkan dan mengurangkan pori, mencegah jerawat dan bintik hitam.
Di Korea, terdapat satu teknik yang dikenali sebagai teknik 7 lapisan. Teknik ini menggunakan 7 lapisan toner yang ditampal pada muka menggunakan tisu bagi tujuan melembabkan kulit.
Tapi, teknik ini boleh dipermudahkan lagi dan mengikut kesesuaian untuk diamalkan di negara kita.
Cukup hanya mengamalkan penggunaan toner muka yang bersesuaian dengan jenis kulit secara konsisten. Lebih elok sekiranya toner muka dipilih berasaskan bahan botani atau bahan semulajadi.
Baca juga :
Penggunaan toner muka yang mengandungi alkohol menyebabkan kulit muka menjadi kering dan sensitif. Jadi, elakan dari toner tersebut.
-Sisyat-
Rakan Kulit Sihat Anda
Kredit / sumber:
https://www.thebestwayforhealthylife.com/2019/08/7-benefits-using-facial-toner.html?m=1
alhamdulillah sampai skrg masih rajin guna toner :)
ReplyDeleteyeayy..kena disiplin tau :-)
Deletebaru rasa kulit kte lagi sihat kan..
Selagi tak tepek toner, rasa muka macam kurang bersih.
ReplyDeletesetuju tu.. beza sangat bila pakai dengan tak pakai..
Deletedulu rajib pakai toner tapi rasa mcm terlalu tajam , so stop kejap then nanti nak kena cari new product tgk ok ka tak, thank you sharing sisyat
ReplyDeletekena cari yang sesuai dengan kulit kita tau atie :-)
DeleteToner ni sebenarnya adalah basic dalam skincare.
ReplyDeletesetuju sangat tu :-)
Deletebetul..toner ni basic step dalam skincare, kalau skip rasa macam tak lengkap pula.
ReplyDeletesekarang dah rajin pakai toner hehe
ReplyDeletesaya pon bru start pakai toner tahun ni..huhu.. btw hai sis saja singgah,jom join giveaway saya https://rasyidahsheresimpleblog.blogspot.com/2020/12/giveaway-by-rasyidahsheresimpleblog.html
ReplyDelete