Sunday, 20 December 2020

Cara Buat QR Code MySejahtera Untuk Kenduri

Cara Buat QR Code MySejahtera Untuk Kenduri | Sebenarnya, Sisyat juga baru tahu cara nak buat QR Code sendiri. 

Itupun sebab anak saudara Sisyat yang minta untuk buatkan bagi majlis perkahwinan dia yaang bakal berlangsung esok.


Rupanya tak susah pun nak 'create' QR Code untuk check in sesuatu lokasi atau majlis.

Cara buat QR Code yang Sisyat kongsikan ni sebenarnya boleh digunapakai untuk buat QR Code bagi apa-apa sahaja majlis atau kenduri serta premis lain termasuk rumah sendiri.

Cara Buat QR Code MySejahtera - Check In Majlis atau Kenduri atau Premis atau Rumah Sendiri

Anda ikut sahaja step yang Sisyat kongsikan di bawah ini ye.


2) Scroll down sehingga anda jumpa MySejahtera Check In. Tekan butang Daftar MySejahtera Check In.

3) Sign Up dengan masukan maklumat yang berkenaan:
  • Country Code (Kod Negara) - Malaysia +60
  • Contact Number (No Telefon)
Dah isi semua maklumat yang diperlukan, tekan butang Register

4) Tunggu sehingga anda mendapat SMS untuk nombor OTP bagi tujuan pengesahan (verifikasi) nombor telefon.

5) Masukan nombor OTP yang diterima dan tekan butang hantar.

6) Isikan maklumat lengkap dalam ruangan Company Profile bagi tujuan pendaftaran.

  • User Name - Nama sendiri atau nombor telefon yang didaftarkan
  • Business Name - Nama Majlis / Nama Premis / Nama Rumah Sendiri (Contoh : Majlis Perkahwinan Azman & Aziera)
  • Premise Category - Sila pilih mengikut kesesuaian. (Untuk majlis atau rumah sendiri, Sisyat pilih Others)
  • Sub Category - Sila pilih mengikut keseusaian (Others)
  • Current Address / Postcode / State / District - Sila isi mengikut alamat yang anda ingin daftarkan.
  • Tekan butang Submit
  • Pendaftaran selesai dan anda telah mempunyai QR Code untuk majlis atau rumah anda. 
  • Sekiranya mempunyai printers, boleh terus cetak QR Code tersebut atau teklan butang Email Me / Download untuk simpan dahulu dan cetak kemudian.
Siap.

Mudah saja kan?

Jadi, sebagai rakyat yang bertanggungjawab untuk mengawal penularan wabak Covic 19 ni, sama-samalah kita untuk sentiasa menjaga SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Disiplin lah untuk sentiasa mengimbas QR Code walau ke mana sahaja kita pergi.

Semoga entry Sisyat memberi manfaat kepada anda semua.

5 comments:

  1. good sharing, hari tu masa nak buat ni , susahhhhh juga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. brtul tu atie..sisyat pun terkial2 juga masa mula2 buat ni :-)

      Delete
  2. Owh! Boleh buat sendiri rupanya hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh kak.. cuba la buat untuk rumah sendiri..hehe

      Delete
  3. Boleh try buat sendiri nanti heheh

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda :-)

Penafian / Disclaimers

#1 Segala testimoni /penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan terlebih dahulu.

#2 Segala perkongsian kisah peribadi adalah HAK MUTLAK saya dan keluarga. Semuanya adalah berdasarkan pengalaman dan kenangan kami. TIADA berkaitan dengan yang hidup atau yang mati. HANYA KEHIDUPAN KAMI.