Saturday, 26 December 2020

Cara Pakai Toner Muka Yang Betul Mengikut Jenis Kulit

Cara Pakai Toner Muka Yang Betul | Masih ramai lagi yang kurang memahami kenapa penting dan perlunya memakai toner muka dalam rutin penjagaan kulit harian.

Memakai toner dalam rutin harian memberikan banyak faedah dalam jangka masa yang panjang.

Kenapa?

Pembersih muka sahaja tidak berfungsi sepenuhnya untuk membuang semua kotoran yang melekat pada wajah seperti kotoran dari persekitaran dan juga sisa-sisa mekap melainkan jika anda menggunakan teknik 'Double Cleansing' untuk mencuci muka.

Baca juga:

Jadi, dengan menggunakan toner sebagai kaedah membersih muka kali kedua dapat menghilangkan semua kotoran yang tersisa dan menjadikan wajah kelihatan lebih segar dan bersih.

Tahap pH normal pada kulit muka sangat penting untuk melindungi kulit dari bakteria dan bahan pencemar yang lain. Sebilangan toner atau penyegar muka boleh menyebabkan tahap pH tidak normal dan tidak seimbang. Ini akan menyebabkan kulit muka menjadi kering dan tidak peka.

Baca juga:

Cara Memakai Toner Muka

Cara memaki toner sangat mudah untuk di aplikasi kan. Hanya tiga langkah mudah diperlukan untuk memastikan penggunaan toner muka adalah pada tahap optimum dan mencapai hasil yang berkesan.
  • Langkah 1: Cuci muka dengan pembersih muka yang bersesuaian dengan jenis kulit untuk menghilangkan kotoran dan minyak awal dari kulit anda.
  • Langkah 2: Sapukan toner untuk menghilangkan kotoran dan sisa yang tertinggal selepas mencuci muka dan ini juga sebagai langkah untuk menyiapkan kulit untuk pelembab.
  • Langkah 3: Sapukan pelembap untuk menghidrat dan melindungi kulit. Sekiranya anda mengamalkan 10 langkah penjagaan kulit muka cara Korea, boleh aplikasikan serum muka terlebih dahulu sebelum pelembab.

Cara Memakai Toner Muka Yang Betul Mengikut Jenis Kulit

Untuk mendapatkan kesan penggunaan toner yang maksimum, sangat perlu untuk memakai toner menggunakan kaedah yang betul berpandukan jenis kulit.

Berikut adalah cara berbeza untuk menggunakan toner anda - ketahui mana yang paling sesuai untuk kulit anda 

1) Kulit Jenis Berminyak dan Kombinasi : Menggunakan Kapas Muka (cottan pad atau cotton ball)

Ini adalah kaedah yang paling disyorkan untuk menggunakan toner bagi kulit jenis berminyak dan kombinasi. Menggunakan kapas muka menajdikan kulit lebih halus dan lembut selain membantu membuang lebihan minyak dan kotoran yang melekat di permukaan kulit.

Cara melakukannya: Lap kulit dengan lembut bermula dari bahagian dalam hingga bahagian luar wajah.

Tip tambahan: Gunakan pad kapas yang kuat dan mampat seperti di kawasan di mana liang pori yang terbuka dan anda akan melihat peningkatan secara beransur-ansur dengan penggunaan berterusan.

2) Kulit Normal hingga Kering dan Sensitif: Tapak tangan

Menurut Alex Song, pengurus jenama  penjagaan kulit Klair dari Korea penggunaan tangan (tapak tangan) untuk penggunaan toner dengan gerakan dap-dap akan memberikan penghidratan secara langsung kepada kulit.


Kaedah ini adalah sangat sesuai untuk kulit muka jenis kering dan sensitif

Penjelasannya benar-benar berdasarkan fakta bahawa dengan menggabungkan gerakan dap-dap (atau bahkan dengan menekan kulit dengan lembut selama beberapa saat) dan panas semula jadi tangan dapat membantu toner untuk menyerap lebih baik (dan lebih cepat) ke dalam kulit.

3) Kulit Sangat Kering: Topeng DIY

Menggunakan toner sebagai topeng adalah kaedah yang paling menghidratkan, sesuai untuk jenis kulit yang sangat kering dan sensitif. 


Yang harus anda lakukan hanyalah membasahi beberapa keping kapas muka dengan toner dan lekatkan pada seluruh wajah. Biarkan selama 5-10 minit dan ikuti dengan losyen ringan atau krim untuk menahan kelembapan. 

Kaedah ini juga membantu kulit kekal terhidrat lebih lama daripada biasa. Selain itu, ia membolehkan solekan untuk digunakan dengan lebih mudah dan lebih lama.

4) Cara Lain Menggunakan Toner : Sebagai Mist atau Semburan

Menggunakan toner sebagai semburan atau mist juga digalakan.

"Kaedah ini sebenarnya lebih melembapkan berbanding dengan menggunakan toner secara langsung dengan tangan anda," kata Song.

Elakkan penggunaan toner sebagai mist jika anda memakai alat solek atau pelindung matahari.

Banyak kaedah pemakaian toner yang boleh dipertimbangkan tetapi yang paling penting adalah perlu mengambil kira jenis kulit terlebih dahulu.

Toner yang sering menjadi pilihan yang sesuai  untuk semua jenis kulit ialah toner muka yang berasaskan bahan semulajadi seperti Youth Perfecting Skin Toner daripada Shaklee.

Dihasilkan daripada bahan-bahan botani yang premium seperti Vital Repair, Muscadine Grape Extract, dan Ekstrak Alga Hijau yang berfungsi untuk meremajakan kulit dengan membersihkan sel kulit mati serta membekalkan nutrisi serta menghidratkan kulit.

Baca juga:


Semoga perkongsian Sisyat ini dapat membantu kalian menggunakan toner muka dengan cara yang betul dan semestinya perlu mengikut kesesuaian jenis kulit.

Sekiranya kalian ingin mendapatkan produk rangkaian penjagaan Youth Shaklee yang terbukti selamat untuk kulit, Whats App Sisyat di talian 019 397 9157 atau klik butang Whats App di sebelah kiri blog untuk bantuan.
Your Bestie:
Hayati Suki (SisYat)
Pengedar Sah Shaklee
019-397 9157
COD Kapar / Klang
Pengeposan ke seluruh Malaysia dan luar negara
Kredit gambar: Google dan WikiHow
Klang, Selangor Jalan Sementa, 42000 Klang, Selangor, Malaysia

9 comments:

  1. number 2! kulit kering dan sensitve

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama..sisyat kulit kering..mmg kena well care sangat2 :-)

      Delete
  2. itulah.. tapi kite tak pakai toner.. pakai serum and moisturizer je

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba la nad paaki toner..lagi rs best kulit..sisyat dulu pun xsuka juga pakai toner..hihi

      Delete
  3. Hai... berkunjung ke sini dan follow...

    ReplyDelete
  4. Dalam sehari mmg saya xskip toner ni. sgt bagus utk lembabkan kulit hehehe terutama selepas mandi

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. cuba jangan tinggalkan toner ni :-)

      Delete
  5. Saya mempunyai kulit kombinasi. Jadi saya akan gunakan bebola kapas.

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda :-)

Penafian / Disclaimers

#1 Segala testimoni /penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan terlebih dahulu.

#2 Segala perkongsian kisah peribadi adalah HAK MUTLAK saya dan keluarga. Semuanya adalah berdasarkan pengalaman dan kenangan kami. TIADA berkaitan dengan yang hidup atau yang mati. HANYA KEHIDUPAN KAMI.