Thursday, 31 December 2020

Kenangan Tahun 2020

Ya, hari ini hari terakhir tahun 2020.

Sisyat ada juga rasa sayu. Rasa sedih untuk tahun 2020. Sedih kerana bermula pada tahun 2020 ini norma kehidupan kita semua (satu dunia) telah berubah.


Berubah kerana Covid-19 yang sangat jahat menyerang umat manusia. Sehingga ada yang hilang punca pendapatan.

Tiada lagi alam persekolahan yang manis untuk anak-anak.

Tiada lagi majlis keraian.

Tiada lagi cuti-cuti Malaysia (atau luar negara) yang sama seperti dulu.

Yang ada cuma rasa takut dan rasa berjaga-jaga.

Tapi, hidup perlu juga diteruskan.

Meneruskan alam kehidupan bersama virus jahat dengan mematuhi saranan dan arahan pihak kerajaan.

Hidup norma baru diteruskan dengan topeng muka (mask), imbasan suhu badan dan sanitizer. Semua itu adalah kewajiban yang perlu dipatuhi pada masa ini.

Kerana Covid 19 juga kita meraikan perayaan Aidilfitri jauh dari perantauan, jauh dari keluarga, jauh dari ibu ayah. Bagi Sisyat, ini adalah kenangan yang paling sukar untuk dilupakan.

Tahun 2021, tiada azam besar sebesar mengharapkan agar Covid 19 ini dihapuskan dari muka bumi Allah. Agar kita boleh kembali menyambung kehidupan dengan penuh ketenangan tanpa rasa takut dan berjaga-jaga terhadap dia.

Semoga kita semua kekal tabah dan kuat mengharungi kehidupan bersama Covid 19 selagi ia masih ada.

#KitaJagaKita

Selamat Tinggal 2020. Terima Kasih Untuk Memori Hebat.
Selamat Datang 2021. Semoga Membawa Sinar Bahagia Buat Seluruh Dunia.

Salam sayang:
Sisyat
-Semoga kekal berukhwah-

16 comments:

  1. 2020 yang aneh. semoga 2021 lebih baik

    ReplyDelete
  2. Setiap kesusahan ada kemudahan. Sabar sahaja.

    ReplyDelete
  3. Aamiiin. Semoga 2021 menciptakan memory yang baik2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin..amin.. moga yg lebih baik je dtg pada tahun 2021 ni.

      Delete
  4. assalammualaikum. slmt thun baru sis yat =)

    ReplyDelete
  5. Aamiin. Semoga tahun baru 2021 lebih baik 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai kak shima. Happy new year akak sayang..

      Delete

Terima kasih atas komen anda :-)

Penafian / Disclaimers

#1 Segala testimoni /penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan terlebih dahulu.

#2 Segala perkongsian kisah peribadi adalah HAK MUTLAK saya dan keluarga. Semuanya adalah berdasarkan pengalaman dan kenangan kami. TIADA berkaitan dengan yang hidup atau yang mati. HANYA KEHIDUPAN KAMI.