Tuesday, 2 February 2021

Promosi Shaklee Februari 2021

Promosi Shaklee Februari 2021 | Promosi kali ini lebih kepada promosi Keahlian Shaklee dan Penghantaran secara PERCUMA

Sungguh, sangat menjimatkan dan menguntungkan. Rugi sangat jika tak rebut peluang ni.


Promosi Shaklee Februari 2021

1) Set Permulaan Youth (Youth Starter Set)
  • Set penjagaan kulit yang mudah dan ringkas untuk membantu menyingkirkan sel kulit mati, menghidrat, melindungi dan menyuburkan kulit anda untuk mengekalkan keremajaan.

A) Luminous Gel Oil Cleanser
  • 3-dalam-1, tidak mengandungi sabun, pH-seimbang, pembersih ini menggabungkan campuran vitamin yang dipaten dan polifenol serta alga untuk memperhalus dengan lembut, menyuci, dan menyediakan kulit anda untuk langkah seterusnya. Hadapi dunia dengan seri semulajadi anda.
B) Perfecting Skin Toner
  • Bebaskan kulit anda dari sel-sel kusam dan ejen pencemar persekitaran dan tunjukkan kepada dunia, diri anda yang lebih cerah, berseri. Lakukan lebih daripada biasa untuk membersihkan sel kulit mati, menghidratkan dan membekalkan nutrisi bersama dengan campuran vitamin penting, polifenol, dan bahan-bahan botanikal yang berpaten untuk kulit yang berseri.
C) Age Defense Moisturizer - SPF 50
  • Perlindungan untuk kulit anda adalah lebih daripada hanya melindunginya daripada sinaran matahari. Lindungi kulit anda lebih dari sekadar sinaran matahari dengan pelindung matahari berspektrum luas SPF 50 UVA/UVB. Vitamin dan Botani bernutrien melembapkan kulit anda dan menambahbaikkan penampilan kulit anda secara menyeluruh.
D) Advanced Renewal Night Cream -  Light
  • Ekstrak Alga Marin, Muscadine Grape dan Lotus Japonicus, serta anti oksida yang lain menggalakkan proses pembaharuan sel kulit anda semasa anda tidur. Campuran botanikal khas kami membantu merangsang penghasilan kolagen dan elastin, membuatkan kulit anda kelihatan lebih muda, licin, dan cerah.
Dapatkan Youth Starter Set ini dengan pantas di link ini:
https://www.shaklee.com.my/products/look-younger-longer/00P326?sid=866665


2) Set Kehamilan (New Beginning Set)
7 item dalam satu set khas untuk para ibu memulakan jouney sebagai ibu bapa kepada si comel
  1. Energizing Soy Protein (ESP)
  2. Alfafa Complex
  3. Vitamin C
  4. B Complex
  5. Ostematrix
  6. Vita-lea Iron Formula
  7. Omega Guard
Dapatkan New Beginning Set ini dengan pantas di link ini:
https://www.shaklee.com.my/products/solutions-for-life/00P516?sid=866665


3) Set Kombo ResV-Vix (ResV-Vix Set)

A) ResV Shaklee
  • Res V diformulasi secara saintifik untuk menyokong dan mengekalkan kesihatan untuk kehidupan yang lebih aktif dan penuh bertenaga.
B) Vivix Shaklee
  • Minuman botani lazat yang mengandungi campuran botani khas Shaklee termasuk ekstrak Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Eldeberi Eropah dan Lobak Ungu

Dapatkan ResV-Vix Set ini dengan pantas di link ini:
https://www.shaklee.com.my/products/solutions-for-life/00P513?sid=866665


4) Set Kembar ResV-Vix (Twin Pack Set)

A) Kombo Vivix Set
  • Minuman botani lazat yang mengandungi campuran botani khas Shaklee termasuk ekstrak Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Eldeberi Eropah dan Lobak Ungu.
  • Bermula dengan tubuh anda. Dapatkan kesihatan yang baik. Nutrisi untuk kehidupan yang lebih ceria, sentiasa bertenaga sepanjang hari, tanpa mengira usia. Rasa lebih muda, sihat, penuh bertenaga dan cergas!
Dapatkan ResV Set ini dengan pantas di link ini:
https://www.shaklee.com.my/products/solutions-for-life/00P511?sid=866665

B) Kombo ResV Set
  • Res V adalah campuran proprietari semula jadi polifenol dan ekstrak botani dari Anggur Muscadine, Knotweed Jepun, Pati Anggur, Delima, Chebulic Myrobalan, Black Currant, Anggur Merah dan Lobak Ungu. Setiap kandungan di dalam Res V dipilih dan diekstrak dengan teliti. Proses pengekstrakan yang dipatenkan ini mengekalkan bioaktif polifenol. Apa yang anda perolehi adalah manfaat polifenol di dalam setiap softgel.
Dapatkan ResV Set ini dengan pantas di link ini:
https://www.shaklee.com.my/products/solutions-for-life/00P512?sid=866665


4) Jom Vivix Set - Vanilla

A) Cinch Mixed Soy Protein Vanilla Shake
  • Kaya dengan protein, kalsium dan serat. Membekalkan khasiat seumpama satu hidangan dengan memberikan minuman yang lazat, pantas dan berkhasiat kepada anda
Dapatkan Jom Vivix Set - Vanilla ini dengan pantas di link ini:
https://www.shaklee.com.my/products/solutions-for-life/00P510?sid=866665


5) Set Jom Detox - Vanilla

A) Alfafa Complex
  • Dikenali sebagai gudang nutrien. Akar tunjangnya mencecah sedalam 6 meter, membekalkan pelbagai nutrien dan mineral.
B) Herb Lax
  • Digunakan secara tradisional untuk melegakan sembelit ringan dan untuk menyokong pergerakan usus
C) DTX Complex
  • Dicipta untuk membekalkan nutrisi yang menyokong dan merangsang fungsi hati yang sihat.
D) Cinch Mixed Soy Protein Vanilla Shake
  • Kaya dengan protein, kalsium dan serat. Membekalkan khasiat seumpama satu hidangan dengan memberikan minuman yang lazat, pantas dan berkhasiat kepada anda.
Dapatkan Jom Detox Set - Vanilla ini dengan pantas di link ini:
https://www.shaklee.com.my/products/solutions-for-life/00P508?sid=866665


6) Set Sihat Jelita (Healthy Radiant Set)


Dapatkan Jom Detox Set - Vanilla ini dengan pantas di link ini:
https://www.shaklee.com.my/products/solutions-for-life/00P506?sid=866665


7) Set Best Seller 

Dapatkan Set Best Seller ini dengan pantas di link ini:
https://www.shaklee.com.my/products/solutions-for-life/00P514?sid=866665

Dengan belian set-set di atas, anda ankan mendapat FREE:
  • Exclusive Leaves Bag
  • Keahlian
  • Penghantaran
Continue Reading

Thursday, 14 January 2021

Apa Aktiviti PKP 2.0 #Day 1

Apa Aktiviti PKP 2.0 #Day 1 | Akhirnya kita semua kembali lagi kepada suasana PKP. Cuma PKP 2.0 kali ni hanya di laksanakan kepada 6 buah negeri yang kritikal sahaja dari segi peningkatan kes Covid 19.

So, apa aktiviti korang sempena PKP 2.0 ni?

Apa Aktiviti PKP 2.0 #Day 1 Sisyat?

Dari tahun 2020 Sisyat memang dah ada perasaan suka (hobi baru) kepada larian. Terjebak dengan aktiviti ni pada Mac 2020 sebab suka tengok kawan yang selalu kongsi medal Fun Run atau Virtual Run. Cantik-cantik tau medal yang diorang dapat.

Jadi, sejak tu Sisyat daftar aktiviti Fun Run yang pertama sempena Hari Wanita.

Berjaya habiskan 5 km sambil sembang dengan kawan-kawan.

Jadi, untuk PKP 2.0 ni Sisyat memang plan nak gunakan masa yang ada dengan aktiviti sihat ni. Bila je keluar jadual penggilaran kerja dari rumah (Work From Home - WFH), terus Sisyat set yang hari WFH akan ada larian walaupun 1.0 km.


Larian Pagi Aktiviti PKP 2.0 Hari Pertama

Dari malam tadi Sisyat dah niat, esok pagi seawal cerah je jalan Sis nak mulakan larian.

Sedang elok anak-anak masih lena tidur, Sisyat terus bersiap untuk mulakan larian. Pesan pada si sulong untuk tengokkan adik-adik sementara papa diorang sampai rumah.

Matahari baru nampak muka, Sisyat dah menapak keluar. Best sangat sebab cuaca sejuk dan mendung.


Yang penting, sebelum mula lari kena selfi dengan lampu kat belakang tu. Bukti yang lampu jalan pun belum padam lagi, tapi Sisyat dah tegak di jalan luar. Ready to run. Hehe


Sebab keluar awal pagi, so Sisyat tak ada la terserempak dengan jiran-jiran yang nak ke pejabat. Laluan pula Sisyat pilih jalan-jalan dalam kampung je.

Memang tak lalu jalan utama.

So, tak adalah rasa segan sebab dok lari sorang-sorang pepagi tu. 


Finallay, tamat juga 3.66km selepas 3 bulan gantung kasut. Peluh merecik keluar memang satu kepuasan. Rasa macam habis semua lemak-lemak degil slowly burn. Hehe


Average Pace memang ke laut dalam. Untuk hari pertama, OK la kan selepas 3 bulan tak berlari.

Bagi Sisyat yang amatur ni, pace adalah no 2. Yang penting adalah kilometer. Tapi, kita cuba la juga perbaiki pace kita kan 😁.

So, apa aktiviti PKP 2.0 korang? Boleh la share dengan Sisyat di komen tu tau.

Continue Reading

Monday, 11 January 2021

Kesan Kekurangan Vitamin C Dan Cara Mengatasinya

Kesan Kekurangan Vitamin C Dan Cara Mengatasinya | Apa akan jadi jika badan kita kekurangan Vitamin C?

Ramai yang kurang sedar tentang ini. Vitamin C tidak boleh dihasilkan oleh badan dengan sendirinya. Kerana itulah kita disarankan mengambil Vitamin C daripada sayur-sayuran dan buah-buahan.

Kesan Kekurangan Vitamin C

Kekurangan Vitamin C dalam tubuh boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan seperti masalah kardivaskular, mata, kanser dan strok. Kerana antara fungsi Vitamin C ialah meningkatkan tahap imunisasi badan dan juga membantu penyerapan zat besi dengan optimum. 

Kesan Kekurangan Vitamin C Pada Kesihatan Tubuh Badan

Sekiranya kita kekurangan pengambilan nutrisi Vitamin C dalam diet harian, tubuh badan akan memberikan reaksi yang ketara. 

Berikut adalah beberapa kesan / tanda-tanda kekurangan Vitamin C dalam tubuh badan:-

1) Penyakit Kudis
  • Antara gelaja penyakit kudis ialah lebam, pendarahan dan sakit sendiri pada otot-otot. Jikan berlaku gejala ini dalam cara hiudp harian anda, seeloknya anda mengambil nutrisi Vitamin C samada melalui supplemen ataupun makanan sebenar yang kaya dengan vitamin ini.

2) Keletihan dan kekurangan Tenaga Yang Boleh Menyebabkan Masalah Tekanan
  • Kekurangan Vitamin C juga dikaitkan dengan penurunan berat badan secara drastik. Individu yang mengalami masalah ini cenderung mengalami keletihan yang berpanjangan, kurang tenaga dan mengalami stress.
Tanda Kekurangan Vitamin C - Mudah Stress / Tekanan

3) Kulit Cepat Lebam
  • Kekurangna Vitamin C juga dapat dilihat pada perubahan kulit. Kulit akan mudah mengalami lebam-lebam dan memerlukan masa yang lama untuk pulih.

5) Sakit Sendi
  • Vitamin C juga membantu menguatkan tulang dan sendi. Kekurangan Vitamin C dalam badan boleh menyebabkan pendarahan dalam sendi yang menjadikan rasa sakit yang amat.

7) Pendarahan Gusi, Gigi Cepat Tercagut, Gingivitis
  • Vitamin C juga menghasilkan kolagen untuk tubuh. Kekurangan Vitamin C menjadikan penghasilan kolagen juga terbantut. Ini menjadikan jaringan gigi dan gusi tidak boleh dipenuhi yang akan menyebabkan gigi menjadi rapuh dan gusi mudah berdarah.
Tanda Kekurangan Vitamin C - Penyakit Gusi & Gigi

9) Perubahan Perasaan (Stress Dan Cepat Emosi)
  • Kekurangan vitamin C juga menjadi punca perubahan emosi (emosi tidak stabil), mudah melenting dan cepat marah.

11) Anemia
  • Anemia merupakan satu penyakit yang mungkin berpunca daripada kekurangan Vitamin C. Vitamin C merupakan nutrisi yang penting dalam meningkatkan imunisasi / tahap ketahanan tubuh dari sebarang kuman atau virus.

13) Luka Jadi Lambat Baik
  • Luka menjadi lambat baik kerana penghasilan kolagen terganggu akibat kekurangan Vitamin C.
Tanda Kekurangan Vitamin C
11) Tulang Menjadi Lemah
  • Apabila tubuh kekurangan vitamin C, risiko tulang rapuh dan retak (osteoporosis) juga akan meningkat. Gangguan pada tulang kerana kekurangan vitamin C lebih kerap terjadi pada anak-anak kerana mereka sedang berada dalam fasa pertumbuhan.

13) Kuku Cepat Patah Dan Rapuh

Baca juga:

15) Kulit Menjadi Kasar, Tidak Rata Dan Nampak Lebih Tua Dari Usia
  • Vitamin C berperanan dalam penghasilan kolagen pada kulit, tulang, sendi, hingga pembuluh darah. Apabila tubuh kekurangan vitamin C, keratosis akan berlaku dan menjadikan kulit kasar terutama pada bahagian lengan atas, paha, atau punggung.
Tanda Kekurangan Vitamin C

Baca juga:

Bagaimana Cara Mengatasi Kekurangan Vitamin C?

Kekurangan Vitamin C sebagai nutrisi dalam tubuh badan dapat di atasi dengan pengambilan makanan yang mengandungi sumber Vitamin C yang tinggi dan jua pengambilan suplemen yang dibenarkan.

Ada banyak makanan yang menjadi sumber vitamin C. Beberapa makanan dengan kandungan vitamin C tinggi adalah jambu batu, buah kiwi, lemon, hingga jeruk. Begitu juga dengan strawberi, betik, dan brokoli.

Untuk mengatasi masalah ini secara mudah dan cepat dengan makanan di dapur , cubalah ambil makanan yang ini.
  • Jeruk
  • Stroberi
  • Pepaya
  • Laici
  • Lemon
  • Brokoli
  • Kiwi
  • Kale
  • Parseli
  • Thyme
  • Jambu batu

Vitamin C Pilihan Kami

Vitamin C pilihan kami sejak dari tahun 2012 ialah Vitamin C Shaklee yang mempunyai fungsi Sustained Release iaitu pelepasan berperingkat Vitamin C 500mg selama 5 jam untuk meningkatkan penggunaan dan mengelakkan pembaziran.

Tanda Kekurangan Vitamin C - Vitamin C Semulajadi

Vitamin C Shaklee juga mempunyai 120 mg bioflavanoiod sitrus yang bertindak secara semulajadi dengan Vitamin C untuk meningkatkan kesannya.

Tanda Kekurangan Vitamin C - Bioflavanoids

Fungsi Vitamin C Shaklee
  1. Meningkatkan tahap imunisasi / ketahanan badan.
  2. Menjaga kesihatan tulang, gusi, gigi dan badan.
  3. Membantu masalah bersin ketika waktu pagi akibat resdung.
  4. Membantu proses pemulihan luka dan kudis.
  5. Membina kolagen untuk kulit sihat, anjal dan cantik.
  6. Bertindak sebagai antioksidan yang berfungsi untuk menjaga sel daripada serangan radikal bebas.
  7. Meningkatkan kadar penyerapan zat besi.
HARGA VITAMIN C SHAKLEE : RM97.50 (Non Member Price)
180 biji / botol (Penggunaan tahan sehingga 6 bulan)

Sekiranya anda ingin memiliki Vitamin C Shaklee, sekarang adalah masa yang sangat sesuai kerana pada bulan ini Shaklee telah menetapkan bahawa Vitamin C adalah produk promosi bulan ini.

Baca juga:

Jadi, sekiranya anda ingin mendapatkan Vitamin C Shaklee yang sangat jimat dan murah ketika promosi bulan ini, boleh Whats App Sisyat di talian 019 397 9157 atau klik butang Whats App di sebelah kiri blog untuk bantuan. 
Your Bestie:
Hayati Suki (SisYat)
Pengedar Sah Shaklee
019-397 9157
COD Kapar / Klang
Pengeposan ke seluruh Malaysia dan luar negara
Continue Reading

Follower Giveaway By Tangan Gebu

Follower Giveaway By Tangan Gebu | Giveaway pertama yang Sisyat join bagi tahun 2021.

Sisyat suka sangat join giveaway atau segmen daripada rakan blogger yang lain. Untuk tambah kenalan tu salah satu la. Paling best bila dapat jadi salah seorang yang memeriahkan slot tu.

Sebagai tanda sokongan kepada each other la maksud Sisyat.

Untuk Follower Giveaway By Tangan Gebu ni, Sisyat rasa korang patut memeriahkan juga. 

Sebab apa?

Korang tengok la hadiah yang ditawarkan.

Best sangat tau. Ada jute bag, foot mask, Aeon voucher dan banyak lagi.

Tarikh akhir penyertaan Giveaway ni pada 31 Januari 2021.

Nak tahu syarat dan juga nak tengok hadiah yang Sisyat bagitau tu, boleh klik banner di bawah tau.

Follower Giveaway By Tangan Gebu
Sisyat dapat masuk bloglist pun dah OK sangat dah. Tapi, kalau ada rezeki dapat jute bag tu lagi OK. Hehe

Sisyat doakan pada semua yang menyertai giveaway ni, semoga ada rezeki menang salah satu hadiah yang ditawarkan.
Ikhlas:
~Sisyat a.k.a Pengedar Shaklee Kapar Klang~
Rakan Blogger Yang Suka Berkawan
Continue Reading

Saturday, 9 January 2021

5 Kebaikan Vitamin C Untuk Kulit Sihat Dan Cantik

5 Kebaikan Vitamin C Untuk Kulit Sihat Dan Cantik | Vitamin C merupakan vitamin sangat penting dalam rawatan kecantikan kulit agar kulit terus sihat dan dapat dilindungi dari sebarang kerosakan.
5 Kebaikan Vitamin C Untuk Kulit Sihat dan Cantik

Jadi, tidak hairanlah bila banyak produk kecantikan kulit di pasaran menggunakan Vitamin C sebagai salah satu bahan paling utama. Ini sangat penting kerana kulit memerlukan nutrisi yang seimbang selain daripada protein, air, dan vitamin lain untuk kekal sihat dan cantik serta dapat berfungsi dengan baik.

Vitamin C tidak boleh dihasilkan oleh badan dengan sendiri. Tapi, ia boleh diperolehi dengan cara mengambil makanan yang kaya dengan Vitamin C ataupun menggunakan produk rawatan kulit yang mengandungi Vitamin C.

5 Kebaikan Vitamin C Untuk Kulit Sihat Dan Cantik

1. Vitamin C Melindungi Kulit Daripada Kerosakan Akibat Sinaran Matahari
 
Kebaikan Vitamin C untuk kulit yang paling utama adalah melindungi kulit daripada kerosakan akibat sinaran matahari.
Vitamin C Untuk Kulit Sihat Dan Cantik - Melindungi Kulit Rosak Akibat Sinaran Matahari

Kulit yang sering terdedah kepada sinaran matahari dalam tempoh yang lama akan mengalami kerosakan. Namun, dengan pengambilan Vitamin C ianya dapat melindungi kulit dan dapat mencegah kerosakan daripada berlaku.

Kajian menunjukan bahawa Vitamin C memiliki sifat antioksidan yang tinggi. Antioksidan terbukti berkesan dalam mencegah dan membantu mengurangkan kerosakan pada kulit. Selain itu juga, Vitamin C membantu mencegah pembentukan tompok hitam pada kulit.

2. Vitamin C Membantu Mencegah Penuaan Kulit Berlaku Dengan Awal

Selain membantu mencegah kerosakan kulit akibat sinaran matahari, kebaikan Vitamin C juga dapat mencegah kerosakan kulit daripada radikal bebas.

Sifat antidoksidan yang ada pada Vitamin C berfungsi melawan radikal bebas yang menyebabkan penuaan kulit berlaku lebih awal dari usia.

Vitamin C juga meningkatkan penghasilan kolagen dalam kulit. Kolagen dalam kulit yang tinggi membuatkan kulit lebih anjal dan membantu mengurangkan kedutan halus seiring dengan bertambahnya usia.
Vitamin C Untuk Kulit Sihat Dan Cantik
3. Vitamin C Mencerahkan Kulit

Kebaikan Vitamin C yang lain ialah membantu mencerahkan kulit. 

Vitamin C dapat menghalang kerja melanosit (sel yang menghasilkan warna gelap pada kulit). Dengan cara itu, menggunakan produk berasaskan vitamin C dapat membantu mencerahkan wajah yang kelihatan kusam.

4. Vitamin C Menghasilkan Kolagen 

Salah satu kebaikan vitamin C untuk kulit wajah yang lain ialah adalah menyokong penghasilan kolagen. Kolagen adalah sejenis protein yang berperanan penting dalam memberikan keanjalan pada kulit dan menjadikan kulit kelihatan lebih tegang dan sihat.

Vitamin C Untuk Kulit Sihat Dan Cantik - Menghasilkan Kolagen

Selain itu, Vitamin C juga menyokong proses penyembuhan luka semula jadi kulit.

5. Vitamin C Membantu Mengelakan Risiko Kanser Kulit

Kebaikan vitamin C untuk kulit wajah yang seterusnya adalah mengurangkan risiko kanser kulit. Semakin tua seseorang, semakin mudah kulit mengalami kerosakan. Sekiranya terdapat faktor risiko lain, seperti kerap terkena sinar matahari dalam jangka panjang, maka kerosakan kulit boleh menyebabkan kanser kulit.
Vitamin C Untuk Kulit Sihat Dan Cantik - Mengelakan Risiko Kanser Kulit

Berdasarkan kajian kesihatan, diketahui bahawa kesan antioksidan dan anti-radang vitamin C juga baik untuk memperbaiki tisu kulit yang rosak. Kesan ini juga dianggap berperanan dalam mencegah kanser kulit daripada berlaku.

Sebenarnya, Vitamin C sangat berperanan dalam membantu mencantikan dan menyihatkan kulit. Banyak lagi faedah yang boleh didapati oleh kulit dengan kebaikan Vitamin C.

Vitamin C Untuk Kulit Sihat Dan Cantik

Kerana itu, sangat penting untuk kita terus mengambil vitamin C dalam diet harian bagi mengekalkan tahap kesihatan dan kecantikan kulit. Yang penting, vitamin C sebenarnya juga dapat meningkatkan tahap imunisasi badan.
Baca juga:

Jadi, sekiranya anda ingin mendapatkan Vitamin C Shaklee yang sangat jimat dan murah ketika promosi bulan ini, boleh Whats App Sisyat di talian 019 397 9157 atau klik butang Whats App di sebelah kiri blog untuk bantuan. 
Your Bestie:
Hayati Suki (SisYat)
Pengedar Sah Shaklee
019-397 9157
COD Kapar / Klang
Pengeposan ke seluruh Malaysia dan luar negara
Continue Reading

Thursday, 7 January 2021

5 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang Vitamin C

5 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang Vitamin C | Sering kita dengar tentang kebaikan Vitamin terhadap kesihatan dan juga kecantikan kulit, samada untuk lelaki atau perempuan.

Jadi, kali ini Sisyat nak kongsikan dengan anda semua tentang 5 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang Vitamin C.

5 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang Vitamin C
5 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang Vitamin C

Vitamin C dianggap sebagai vitamin yang serba boleh kerana senarai manfaatnya yang sangat mengagumkan.

Di entry kali ini Sisyat akan memberikan pencerahan terhadap soalan-soalan yang mungkin menjadi tanda tanya mengenai bahan terbaik ini yang dikatakan menyokong dalam kesihatan badan.

#1 Adakah Lebih Baik Mengambil Dos Vitamin C Yang Lebih Tinggi Pada Satu-Satu Masa Atau Mengambil Dos Vitamin C Yang Kecil Sepanjang Hari?
5 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang Vitamin C

Vitamin C tidak dihasilkan sendiri oleh badan, oleh itu kita perlu menambah vitamin C ini melalui diet. Walaupun anda mengambil Vitamin C yang tinggi, tetapi badan anda hanya boleh menyerap apa yang diperlukan oleh badan dan membuangnya jika berlebihan.

Vitamin C yang diperlukan oleh badan cuma 100 - 200mg sahaja sehari. Yang berlebihan akan dibuang melalui urin.

Pilihan terbaik ialah mengambil vitamin C yang mempunyai sistem Sustained Release di mana Vitamin C akan dilepaskan sebanyak 100mg selama 5 jam untuk memberikan penyerapan optimum kepada badan.

Warga emas dan mereka yang mengalami proses kesihatan kurang baik memerlukan rangsangan Vitamin C tambahan bagi perlindungan yang efektif.

#2 Saya Makan Makanan Sihat Termasuk Sayuran Dan Buah-Buahan. Perlukah Saya Mengambil Vitamin C?
5 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang Vitamin C

Kandungan Vitamin dalam buah-buahan dan sayuran adalah berbeza, terutamanya selepas melalui proses membasuh, memotong dan memasak.

Untuk mendapatkan 500mg Vitamin C, anda perlu mengambil:
  • 7.5 biji buah oren.
  • 6 cawan brokoli
  • 119 lobak merah
Mampu tak anda nak habiskan? Sangat mustahil unuk dicapai dalam diet harian kerana kos yang sangat tinggi.

Cara paling bijak dan berkesan ialah mengambil sumber vitamin C Sustained Release secara supplemen dengan hanya kos RM0.55 sebiji sahaja.

#3 Saya mempunyai Gastrik. Saya Dengar Bahawa Pesakit Gastrik Tidak Digalakan Untuk Mengambil Supplemen Vitamin C?
5 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang Vitamin C

Ini adalah salah tanggapan. Terdapat pelbagai sumber suplemen Vitamin C yang mana bahan-bahannya adalah tidak menyebabkan gastrik.

Salah satunya adalah Vitamin C yang diperbuat daripada ekstrak jagung yang sangat lembut dan kurang sensitif kepada perut.

#4 Berapa Banyak Vitamin C Yang Perlu Saya Makan Setiap Hari?
5 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang Vitamin C

Menurut kajian yang dijalankan oleh Institusi Perubatan (IOM) menunjukan bahawa pengambilan Vitamin C yang tinggi mempunyai risiko ketoksikan yang rendah.

Kesan buruk telah dilaporkan apabila penggunaan harian Vitamin C melebihi 3000mg setiap hari.

Oleh yang demikian, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menggariskan bahawa pengambilan Vitamin C yang maksinum adalah 2200mg sehari.

#5 Apakah Yang Dikatakan Vitamin C Yang Mempunyai Komponen Bioflavanoids?
5 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang Vitamin C

Bioflavanoids adalah komponen yang hanya terdapat dalam tumbuhan dan buah-buahan sitrus. Mereka bekerja secara gabungan dengan Vitamin C untuk meningkatkan penyerapan dan penggunaan pada taham yang optimum.

Sebagai contoh, anda boleh mempunyai bioflavanoid dalam pulpa dan sabut putih yang terdapat ditengah-tengah buat sitrus. Ada yang berasa pahit dan kenyal. Dan kebiasaanya ia akan dibuang.

Selain itu, bioflavanoid juga merupakan antara jenis polifenol iaitu sumber antioksidan yang sangat baik untuk kesihatan dalaman                 

Baca juga:

Sustained Release Vitamin C Plus Shaklee

Di Shaklee, kami menggunakan bioflavanoid daripada buat sitrus yang memberikan anda kebaikan menyeluruh daripada setiap tablet.


Sustained Release Vitamin C Plus - Vitamin C semulajadi yang:
  • Mempunyai sistem pelepasan berperingkat yang melepaskan 500mg Vitamin C dalam masa 5 jam untuk meningkatkan penggunaan Vitamin C dan mengurangkan pembaziran. 
  • Ini bersamaan dengan 1.5 biji oren setiap jam selama 5 jam.
  • Diperkayakan dengan 120mg Bioflavanoids Sitrus untuk meningkatkan keberkesanannya.
  • Produk semulajadi yang diperolehi daripada ekstrak jagung.
  • Sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai perut sensitif.

HARGA VITAMIN C SHAKLEE : RM97.50 (Non Member Price)
180 biji / botol (Penggunaan tahan sehingga 6 bulan)

Sekiranya anda ingin memiliki Vitamin C Shaklee, sekarang adalah masa yang sangat sesuai kerana pada bulan ini Shaklee telah menetapkan bahawa Vitamin C adalah produk promosi bulan ini.

Baca juga:

Jadi, sekiranya anda ingin mendapatkan Vitamin C Shaklee yang sangat jimat dan murah ketika promosi bulan ini, boleh Whats App Sisyat di talian 019 397 9157 atau klik butang Whats App di sebelah kiri blog untuk bantuan. 
Your Bestie:
Hayati Suki (SisYat)
Pengedar Sah Shaklee
019-397 9157
COD Kapar / Klang
Pengeposan ke seluruh Malaysia dan luar negara
Continue Reading

Tuesday, 5 January 2021

Pengalaman Buka IUCD Di Klinik Ajwa Shah Alam

Pengalaman Buka IUCD Di Klinik Ajwa Shah Alam | Selalu sangat wanita mendengar dan menyebut IUCD, tapi tahukah anda apa sebenarnya IUCD ni?

IUCD adalah singkatan kepada Intrauterine Conceptive Device yang merupakan alat pencegahan kehamilan yang dipasang di dalam rahim. IUCD ni berbentuk 'T', dan bila dipasang dalam rahim ianya seakan seperti payung.

Pengalaman Buka IUCD Di Klinik Ajwa Shah Alam - Contoh IUCD

Baru-baru ini Sisyat baru selesai membuka (remove) semula IUCD yang dah dipasang dalam rahim sejak Oktober 2019. Tak sampai 2 tahun pun Sisyat pakai IUCD tu.

Kenapa Pakai IUCD?

Fungsi utama IUCD pun kita dah tahu adalah untuk tujuan pencegahan kehamilan. Jadi, tujuan utama Sisyat pakai IUCD adalah untuk mencegah kehamilan yang ke 5 selepas kelahiran anak ke 4 Sisyat, Hanania Auji. (Tapi anak Sisyat yang ada sekarang cuma 3 orang, satu keguguran)

Tapi alasan paling utama adalah kerana Sisyat perlu mengikuti Program Transformasi Minda (PTM) iaitu kursus wajib bagi seorang penjawat awam yang baru dilantik. Syarat yang paling keras bagi peserta wanita ialah tidak boleh hamil.

Sekiranya hamil, pegawai berkenaan tidak layak mengikuti kursus berkenaan dan akan di daftarkan pada sesi akan datang. Kesannya ialah, pengesahan dalam perkhidmatan akan menjadi lambat berbanding rakan-rakan satu batch yang lain. This is yang Sisyat tak nak memandangkan umur pun dah sangat matang ketika menjawat jawatan penjawat awam yang ini.

Jadi, Sisyat pilih untuk menggunakan kaedah pencegahan kehamilan yang disarankan oleh klinik kesihatan. Masa ni nurse cadangkan 3 kaedah pencegahan:-
  1. Ambil ubat perancang
  2. Cucuk depo
  3. Implan
  4. IUCD
Untuk pertama kalinya sebelum pakai IUCD ni, Sisyat cuba cucuk depo dahulu. Yang kurang menariknya, depo ni perlu cucuk setiap 3 bulan sekali. Sempat la 3 kali buat temujanji cucuk depo. Tapi, bila cucuk depo ni jerawat menyerang dengan  sangat subur. Hormon memang kacau.

Bila rujuk kepada doktor, disarankan agar Sisyat tukar kepada IUCD. Implan pun tidak sesuai. Sebabnya kalau tak sesuai dengan depo, maksudnya implan juga tidak akan berjaya.

Baca juga:

Jadi Sisyat buatlah temujanji dengan Klinik Kesihatan Kapar untuk pasang IUCD. Masa yang paling sesuai untuk pasang IUCD ialah ketika sedang haid pada hari ke 5 atau ke 6 (kalau tak silap Sisyat la). Masa ni dinding rahim masih lembut, jadi rasa sakit tu pun sikit saja.

Pengalaman Buka IUCD Di Klinik Ajwa Shah Alam - IUCD

Tapi Sisyat pasang selepas seminggu habis haid, dan rasa sakit tu rasa la juga. Tak ada la rasa sakit sangat bagi Sisyat.

Kos pasang IUCD di KK Kapar pada masa tu (2019) cuma RM1.00 sahaja untuk servis diorang.

Kenapa Buka IUCD Awal?

Bulan lepas (Disember 2020), baru genap 15 bulan Sisyat pakai IUCD. Masih baru sangat kan? Sebab Sisyat pakai pun masa anak Sisyat dah lebih umur 2 tahun.

Alasan utama Sisyat buka IUCD awal sebab kami plan nak dapatkan anak ke 4 pada tahun ni. Masuk dalam 'bucket list' tahun 2021 tau plan ni. hehe

Baca juga:

Sebab Apa Pilih Klinik Ajwa Shah Alam?

Sebenarnya, Sisyat memang selalu mendapatkan servis Klinik Ajwa sejak mengandungkan anak pertama tahun 2011.

Antara servis yang Sisyat pernah buat di klinik ni ialah:-
  • Check up 9 bulan kehamilan anak pertama pada tahun 2010 - 2011.
  • Check up dan cucuk vaksin anak pertama.
  • Rawatan ketika keguguran anak ke 3.
  • Rawatan pesakit luar anak-anak Sisyat.
  • Sunatkan anak perempuan Sisyat
Itu antara servis yang Sisyat ambil di klinik ini dan ianya sangat memuaskan hati kami suami isteri.

Bagi Sisyat, Klinik Ajwa adalah klinik yang sangat Sisyat sarankan kepada sesiapa sahaja kerana:
  • Klinik yang sangat mesra pesakit. Ruang klinik yang sangat selesa dan memudahkan para pesakit lebih-lebih lagi orang tua dan bayi.
  • Doktor dan nurse yang sangat 'polite'. Menjawab setiap pertanyaan dengan mesra dan berinformasi.
  • Harga yang ditawarkan adalah berpatutan. 
  • Hospitaliti yang sangat menarik.

Pengalaman Buka IUCD Di Klinik Ajwa Shah Alam
Pengalaman Buka IUCD Di Klinik Ajwa Shah Alam - Klinik Ajwa Seksyen 7

Sisyat buat temujanji dengan Klinik Ajwa melalui telefon sahaja di talian 03-5510 6258. Daripada staf yang menjawab panggilan tu, di fahamkan:

  • Proses buka IUCD ialah ketika dalam tempoh haid. Paling sesuai pada hari ke 4 atau ke 5 period kerana dinding rahim lembut pada waktu ini.
  • Perlu membuat temujanji terlebih dahulu. Hanya ada 2 orang doktor yang mahir untuk buka IUCD.
  • Kos untuk buka IUCD cuma RM60.00 sahaja.
Sepatutnya Sisyat ada temujanji pada hari Khamis iaitu sehari sebelum Krismas, tetapi disebabkan doktor yang berkenaan bercuti jadi temujanji di awalkan kepada hari Rabu pukul 3 petang.

Sampai di klinik dari Kuala Selangor, tepat jam 3 petang dengan hujan yang sangat lebat. Seperti biasa, musim Covid 19 ni seharusnya perlu mematuhi SOP yang telah ditetapkan kerajaan.
  1. Pertama kali kena buat pendaftaran dan bagitahu tujuan rawatan. Macam Sisyat, memang untuk remove IUCD.
  2. Nurse akan ambil maklumat diri yang berkaitan seperti umur, tahap kesihatan termasuk alahan kepada ubat, berat badan dan juga tekanan darah.
  3. Dah selesai bagi makumat, tunggu nama dipanggil untuk jumpa doktor.
  4. Selepas doktor ambil semua maklumat yang diperlukan, doktor akan minta ke 'makmal' untuk disiapkan bagi prosedur remove IUCD (Sisyat berdebar oii. Takut sakit sangat)
  5. Semasa prosedur, doktor akan terangkan dan tunjukan peralatan yang digunakan seperti mulut itik. (Fuh, yang ni serius dik non oii)
  6. 5-10 saat prosesnya. Doktor masukan mulut itik ke dalam rahim dan tarik benang IUCD, then doktor terus cakap I'M DONE sambil tunjuk IUCD yang dah berjaya dikeluarkan. Rasa sakit macam sakit senggugut yang dah nak habis tu. Gitu je. Biasala kan dinding rahim.
Pengalaman Buka IUCD Di Klinik Ajwa Shah Alam - Mulut Itik

Sangat pantas dan cepat. Sepantas kilat boleh Sisyat katakan.

Sambil-sambil bersiap selepas prosedur, sempat bertanyakan doktor apa yang patut tentang pencegahan kehamilan ni especially IUCD.
  • Nak pasang IUCD selepas kelahiran sangat disarankan semasa anak belum makan solid food. Paling lambat adalah semasa umur anak 5 bulan. Walaupun anda merupakan ibu yang menyusu secara ekslusif.
  • Jika anak telah melebihi umur 6 bulan, itu adalah tahap wajib pasang IUCD (tiada lagi negotiation - sekiranya suami isteri memang pilih untuk family planning).
  • Jika pilih IUCD, dinasihatkan setiap 6 bulan sepanjang tempoh pasang perlu buat pemeriksaan alat berkenaan.
  • Kos pemasangan IUCD di Klinik Ajwa adalah RM250.00 sahaja (tahun 2020).
Bagi Sisyat, antara depo dan IUCD memang Sisyat pilih IUCD. Pasang saja ke dalam rahim, selesai. Tak perlu tiap-tiap bulan ke klinik untuk cucuk seperti depo. Cuma perlu alert semasa tempoh 6 bulan. Jika tak pergi, perlu pandai check benang di dalam rahim. Tapi sebaiknya, pergilah check di klinik atau hospital.

Jangan percaya dengan momokan sakit sangat dan seriau ketika prosedur. Ianya tak lah sakit sangat seperti sakit contraction nak bersalin tu.

Jadi ibu-ibu yang bercadang tak ingin hamil, pilih lah prosedur yang bersesuaian dengan anda sebagai langkah pencegahan kehamilan. Jangan dengar kata orang kerana kita yang nak facing benda ni. Pengalaman setiap orang tidak sama, dan doktor yang merawat juga tidak sama.

Doa yang baik-baik sahaja okay.
Your Bestie:
Hayati Suki (SisYat)
-Yang pernah pakai IUCD-
Continue Reading

Sunday, 3 January 2021

Promosi Shaklee Januari 2021

Hai 2021. Salam perkenalan.

Ha, tak sangka kan kita dah melangkah ke tahun baru dengan jayanya walaupun dengan keadaan wabak Covid 19 yang masih mengganas.

Alhamdulillah, kita semua berjaya mengharunginya kan.

Untuk membantu semua rakyat Malaysia kekal sihat dan kuat ketika musim wabak ini, Shaklee dengan bangganya melancarkan promosi Vitamin C Shaklee sebagai pembuka tahun baru 2021.

Mulakan hari di tahun baru 2021 dengan Vitamin C Shaklee

Promosi Shaklee Januari 2021 : Vitamin C Shaklee

Bermula 1 sehingga 31 Januari 2021, Shaklee melancarkan promosi belian 5 unit Vitamin C Shaklee akan mendapat percuma Shaklee Reusable Face Mask

Selain mendapat Face Mask Shaklee secara percuma, anda juga layak mendapat:
  • PERCUMA Keahlian Shaklee - Jimat RM35.00
  • PERCUMA Penghantaran - Jimat RM10.00
  • PERCUMA Pelekat Kereta Shaklee

Face Mask Shaklee di datangkan dengan 6 warna berikut:
  1. Hijau
  2. Kelabu
  3. Merah
  4. Hitam
  5. Kelabu Stripe
  6. Hitam Stripe

Apa yang menariknya Face Mask Shaklee ni yang wajib anda rebut dengan belian 5 unit Vitamin C Shaklee?
  • Individually wrapped
  • 5GS certified antibacterial fabric
  • Comfortable cotton material
  • Adjustable straps
  • Comes with 3 pieces disposable Pm2.5 3 ply filter

10 Manfaat Vitamin C Shaklee.
10 Manfaat Vitamin C Shaklee
  1. Membantu mengurangkan risiko diserang selsema, batuk dan demam.
  2. Membantu meningkatkan sistem imunisasi badan.
  3. Membantu menguatkan gusi.
  4. Membantu mengurangkan pertumbuhan jerawat dan mengurangkan 'sunburn'.
  5. membantu menyembuhkan luka
  6. Membantu mengurangkan kedutan dan garisan halus.
  7. Membantu mengurangkan rasa mual dan loya ketika hamil
  8. Mengurangkan masalah kegatalan akibat resdung.
  9. Menurunkan kadar asid urik dan mengurangkan serangan gout
  10. Membantu menguatkan tulang dan gusi.
Jadi, sekiranya anda ingin mendapatkan Vitamin C Shaklee yang sangat jimat dan murah ketika promosi bulan ini, boleh Whats App Sisyat di talian 019 397 9157 atau klik butang Whats App di sebelah kiri blog untuk bantuan. 
Your Bestie:
Hayati Suki (SisYat)
Pengedar Sah Shaklee
019-397 9157
COD Kapar / Klang
Pengeposan ke seluruh Malaysia dan luar negara
Continue Reading

Friday, 1 January 2021

Azam Tahun Baru 2021


Azam Tahun Baru 2021 | Normal jika tiba tahun baru, mesti kita akan ada pelbagai azam baru untuk tempoh satu tahun.

Apakah yang dimaksudkan dengan perkataan azam itu sendiri?

Pendapat peribadi Sisyat, azam adalah target ataupun sasaran yang nak dicapai dalam satu tempoh masa tertentu.

Pentingkah Untuk Ada Azam?

Amat penting untuk kita mempunyai azam atau target lebih-lebih lagi pada awal tahun baru sebagai ukuran kejayaan hidup dalam tempoh setahun akan datang.

Sisyat sendiri juga ada perancangan untuk azam tahun baru 2021 ini.

Apa Azam Tahun Baru 2021?

Sisyat tak punya azam yang besar. Cukup untuk tambah baik cara hidup pada tahun sebelumnya ke arah yang lebih baik.

Seiring dengan umur yang semakin matang, yang paling utama Sisyat berdoa Allah permudahkan urusan untuk tingkatkan kekuatan dalaman (hubungan dengan Allah).


#1 Azam Tahun 2021 : Biarkan Motivasi Mengejar Diri

#2 Azam Tahun 2021 : Mulakan Langkah Walau Sekecil Percubaan

⚘Sebagai seorang umat Islam - Sisyat nak tambah baik hubungan dengan Allah. 
  • Solat 5 waktu di awal masa
  • Sunat dhuha setiap hari walaupun dua rakaat
  • Tahajud di hujung minggu untuk permulaan.
  • Baca Al-Quran setiap malam walaupun hanya satu mukasurat
  • Al-Mulk setiap kali selepas solat Isyak
⚘Sebagai seorang anak - Sisyat nak tambah pemberian bulanan untuk mak ayah
⚘ Sebagai seorang Isteri dan Mama - Nak tambahkan kebahagian untuk mereka. Niat untuk tambah umat Muhammad lagi seorang.
⚘ Sebagai seorang Blogger - Target Sisyat nak update blog setiap hari dan blogwalking sekurang-kurangnya 30 blog.
⚘Sebagai seorang pengedar Shaklee - Sisyat nak double active dari tahun sebelumnya.

#3 Azam Tahun 2021 : Buang Semua Perkara Yang Mengganggu Motivasi Diri

⚘ Abaikan aura negatif yang menghalang kejayaan.
⚘ Keluar dari zon selesa yang mengikat cara hidup selama ini.

#4 Azam Tahun Baru 2021 : Sayangi Diri Walau Dalam Kesulitan.

#5 Azam Tahun Baru 2021 : Bandingkan Diri Dengan Diri Sendiri

⚘ Hanya diri sendiri dapat menilai sejauh mana kemampuan diŕi. Pecahkan tembok yang menghalang.

#6 Azam Tahun Baru 2021 : Bersyukur Dengan Apa Yang Dimiliki

⚘ Jangan bandingkan diri dengan orang yang lebih dari kita, tapi sebaliknya selalu lah pandang pada yang kurang dari kita. 

Inilah yang Sisyat target dalam kehidupan Sisyat untuk tahun 2021 ini. Hanya doa pada yang SATU saja Sisyat panjangkan agar dipermudahkan perancangan tahun baru.

Selamat Tahun Baru 2021 untuk semua.


Ukhwah dengan ikhlas:
-Sisyat-
Pengedar Shaklee Kapar Klang

Continue Reading

Penafian / Disclaimers

#1 Segala testimoni /penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan terlebih dahulu.

#2 Segala perkongsian kisah peribadi adalah HAK MUTLAK saya dan keluarga. Semuanya adalah berdasarkan pengalaman dan kenangan kami. TIADA berkaitan dengan yang hidup atau yang mati. HANYA KEHIDUPAN KAMI.