Saturday, 9 January 2021

5 Kebaikan Vitamin C Untuk Kulit Sihat Dan Cantik

5 Kebaikan Vitamin C Untuk Kulit Sihat Dan Cantik | Vitamin C merupakan vitamin sangat penting dalam rawatan kecantikan kulit agar kulit terus sihat dan dapat dilindungi dari sebarang kerosakan.
5 Kebaikan Vitamin C Untuk Kulit Sihat dan Cantik

Jadi, tidak hairanlah bila banyak produk kecantikan kulit di pasaran menggunakan Vitamin C sebagai salah satu bahan paling utama. Ini sangat penting kerana kulit memerlukan nutrisi yang seimbang selain daripada protein, air, dan vitamin lain untuk kekal sihat dan cantik serta dapat berfungsi dengan baik.

Vitamin C tidak boleh dihasilkan oleh badan dengan sendiri. Tapi, ia boleh diperolehi dengan cara mengambil makanan yang kaya dengan Vitamin C ataupun menggunakan produk rawatan kulit yang mengandungi Vitamin C.

5 Kebaikan Vitamin C Untuk Kulit Sihat Dan Cantik

1. Vitamin C Melindungi Kulit Daripada Kerosakan Akibat Sinaran Matahari
 
Kebaikan Vitamin C untuk kulit yang paling utama adalah melindungi kulit daripada kerosakan akibat sinaran matahari.
Vitamin C Untuk Kulit Sihat Dan Cantik - Melindungi Kulit Rosak Akibat Sinaran Matahari

Kulit yang sering terdedah kepada sinaran matahari dalam tempoh yang lama akan mengalami kerosakan. Namun, dengan pengambilan Vitamin C ianya dapat melindungi kulit dan dapat mencegah kerosakan daripada berlaku.

Kajian menunjukan bahawa Vitamin C memiliki sifat antioksidan yang tinggi. Antioksidan terbukti berkesan dalam mencegah dan membantu mengurangkan kerosakan pada kulit. Selain itu juga, Vitamin C membantu mencegah pembentukan tompok hitam pada kulit.

2. Vitamin C Membantu Mencegah Penuaan Kulit Berlaku Dengan Awal

Selain membantu mencegah kerosakan kulit akibat sinaran matahari, kebaikan Vitamin C juga dapat mencegah kerosakan kulit daripada radikal bebas.

Sifat antidoksidan yang ada pada Vitamin C berfungsi melawan radikal bebas yang menyebabkan penuaan kulit berlaku lebih awal dari usia.

Vitamin C juga meningkatkan penghasilan kolagen dalam kulit. Kolagen dalam kulit yang tinggi membuatkan kulit lebih anjal dan membantu mengurangkan kedutan halus seiring dengan bertambahnya usia.
Vitamin C Untuk Kulit Sihat Dan Cantik
3. Vitamin C Mencerahkan Kulit

Kebaikan Vitamin C yang lain ialah membantu mencerahkan kulit. 

Vitamin C dapat menghalang kerja melanosit (sel yang menghasilkan warna gelap pada kulit). Dengan cara itu, menggunakan produk berasaskan vitamin C dapat membantu mencerahkan wajah yang kelihatan kusam.

4. Vitamin C Menghasilkan Kolagen 

Salah satu kebaikan vitamin C untuk kulit wajah yang lain ialah adalah menyokong penghasilan kolagen. Kolagen adalah sejenis protein yang berperanan penting dalam memberikan keanjalan pada kulit dan menjadikan kulit kelihatan lebih tegang dan sihat.

Vitamin C Untuk Kulit Sihat Dan Cantik - Menghasilkan Kolagen

Selain itu, Vitamin C juga menyokong proses penyembuhan luka semula jadi kulit.

5. Vitamin C Membantu Mengelakan Risiko Kanser Kulit

Kebaikan vitamin C untuk kulit wajah yang seterusnya adalah mengurangkan risiko kanser kulit. Semakin tua seseorang, semakin mudah kulit mengalami kerosakan. Sekiranya terdapat faktor risiko lain, seperti kerap terkena sinar matahari dalam jangka panjang, maka kerosakan kulit boleh menyebabkan kanser kulit.
Vitamin C Untuk Kulit Sihat Dan Cantik - Mengelakan Risiko Kanser Kulit

Berdasarkan kajian kesihatan, diketahui bahawa kesan antioksidan dan anti-radang vitamin C juga baik untuk memperbaiki tisu kulit yang rosak. Kesan ini juga dianggap berperanan dalam mencegah kanser kulit daripada berlaku.

Sebenarnya, Vitamin C sangat berperanan dalam membantu mencantikan dan menyihatkan kulit. Banyak lagi faedah yang boleh didapati oleh kulit dengan kebaikan Vitamin C.

Vitamin C Untuk Kulit Sihat Dan Cantik

Kerana itu, sangat penting untuk kita terus mengambil vitamin C dalam diet harian bagi mengekalkan tahap kesihatan dan kecantikan kulit. Yang penting, vitamin C sebenarnya juga dapat meningkatkan tahap imunisasi badan.
Baca juga:

Jadi, sekiranya anda ingin mendapatkan Vitamin C Shaklee yang sangat jimat dan murah ketika promosi bulan ini, boleh Whats App Sisyat di talian 019 397 9157 atau klik butang Whats App di sebelah kiri blog untuk bantuan. 
Your Bestie:
Hayati Suki (SisYat)
Pengedar Sah Shaklee
019-397 9157
COD Kapar / Klang
Pengeposan ke seluruh Malaysia dan luar negara

8 comments:

  1. Memang makanan vitamin C Shaklee tapi kadang-kadang terlupa makan sehari.
    Terima kasih ingatkan semula kebaikan vitamin C.

    ReplyDelete
  2. Waa..bagus la NA ni.. kte pun ada masa terlipa tp cepat2 ambil semula..hehe

    ReplyDelete
  3. bab vitC ni mmg selalu kena ada reminder dlm phone sbb klu tadak mmg terlupa nak makan heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. gigih tu.. good sangat atie punye cra ni :-)

      Delete
  4. ingat nak try shaklee vit.C ni tapi member bitau tablet dia kena telan tak boleh dikunyah. saya failed la pulak part telan2 ni. fobia tersangkut kat tekak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ke fieza.. tp mudah je telannya..hehe :-)

      Delete
  5. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda :-)

Penafian / Disclaimers

#1 Segala testimoni /penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan terlebih dahulu.

#2 Segala perkongsian kisah peribadi adalah HAK MUTLAK saya dan keluarga. Semuanya adalah berdasarkan pengalaman dan kenangan kami. TIADA berkaitan dengan yang hidup atau yang mati. HANYA KEHIDUPAN KAMI.