Thursday, 14 January 2021

Apa Aktiviti PKP 2.0 #Day 1

Apa Aktiviti PKP 2.0 #Day 1 | Akhirnya kita semua kembali lagi kepada suasana PKP. Cuma PKP 2.0 kali ni hanya di laksanakan kepada 6 buah negeri yang kritikal sahaja dari segi peningkatan kes Covid 19.

So, apa aktiviti korang sempena PKP 2.0 ni?

Apa Aktiviti PKP 2.0 #Day 1 Sisyat?

Dari tahun 2020 Sisyat memang dah ada perasaan suka (hobi baru) kepada larian. Terjebak dengan aktiviti ni pada Mac 2020 sebab suka tengok kawan yang selalu kongsi medal Fun Run atau Virtual Run. Cantik-cantik tau medal yang diorang dapat.

Jadi, sejak tu Sisyat daftar aktiviti Fun Run yang pertama sempena Hari Wanita.

Berjaya habiskan 5 km sambil sembang dengan kawan-kawan.

Jadi, untuk PKP 2.0 ni Sisyat memang plan nak gunakan masa yang ada dengan aktiviti sihat ni. Bila je keluar jadual penggilaran kerja dari rumah (Work From Home - WFH), terus Sisyat set yang hari WFH akan ada larian walaupun 1.0 km.


Larian Pagi Aktiviti PKP 2.0 Hari Pertama

Dari malam tadi Sisyat dah niat, esok pagi seawal cerah je jalan Sis nak mulakan larian.

Sedang elok anak-anak masih lena tidur, Sisyat terus bersiap untuk mulakan larian. Pesan pada si sulong untuk tengokkan adik-adik sementara papa diorang sampai rumah.

Matahari baru nampak muka, Sisyat dah menapak keluar. Best sangat sebab cuaca sejuk dan mendung.


Yang penting, sebelum mula lari kena selfi dengan lampu kat belakang tu. Bukti yang lampu jalan pun belum padam lagi, tapi Sisyat dah tegak di jalan luar. Ready to run. Hehe


Sebab keluar awal pagi, so Sisyat tak ada la terserempak dengan jiran-jiran yang nak ke pejabat. Laluan pula Sisyat pilih jalan-jalan dalam kampung je.

Memang tak lalu jalan utama.

So, tak adalah rasa segan sebab dok lari sorang-sorang pepagi tu. 


Finallay, tamat juga 3.66km selepas 3 bulan gantung kasut. Peluh merecik keluar memang satu kepuasan. Rasa macam habis semua lemak-lemak degil slowly burn. Hehe


Average Pace memang ke laut dalam. Untuk hari pertama, OK la kan selepas 3 bulan tak berlari.

Bagi Sisyat yang amatur ni, pace adalah no 2. Yang penting adalah kilometer. Tapi, kita cuba la juga perbaiki pace kita kan 😁.

So, apa aktiviti PKP 2.0 korang? Boleh la share dengan Sisyat di komen tu tau.

Next
This is the most recent post.
Older Post

0 comments:

Post a comment

Terima kasih atas komen anda :-)

Penafian / Disclaimers

#1 Segala testimoni /penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan terlebih dahulu.

#2 Segala perkongsian kisah peribadi adalah HAK MUTLAK saya dan keluarga. Semuanya adalah berdasarkan pengalaman dan kenangan kami. TIADA berkaitan dengan yang hidup atau yang mati. HANYA KEHIDUPAN KAMI.