Azam Tahun Baru 2021 | Normal jika tiba tahun baru, mesti kita akan ada pelbagai azam baru untuk tempoh satu tahun.
Apakah yang dimaksudkan dengan perkataan azam itu sendiri?
Pendapat peribadi Sisyat, azam adalah target ataupun sasaran yang nak dicapai dalam satu tempoh masa tertentu.
Pentingkah Untuk Ada Azam?
Amat penting untuk kita mempunyai azam atau target lebih-lebih lagi pada awal tahun baru sebagai ukuran kejayaan hidup dalam tempoh setahun akan datang.
Sisyat sendiri juga ada perancangan untuk azam tahun baru 2021 ini.
Apa Azam Tahun Baru 2021?
Sisyat tak punya azam yang besar. Cukup untuk tambah baik cara hidup pada tahun sebelumnya ke arah yang lebih baik.
Seiring dengan umur yang semakin matang, yang paling utama Sisyat berdoa Allah permudahkan urusan untuk tingkatkan kekuatan dalaman (hubungan dengan Allah).
#1 Azam Tahun 2021 : Biarkan Motivasi Mengejar Diri
#2 Azam Tahun 2021 : Mulakan Langkah Walau Sekecil Percubaan
⚘Sebagai seorang umat Islam - Sisyat nak tambah baik hubungan dengan Allah.
- Solat 5 waktu di awal masa
- Sunat dhuha setiap hari walaupun dua rakaat
- Tahajud di hujung minggu untuk permulaan.
- Baca Al-Quran setiap malam walaupun hanya satu mukasurat
- Al-Mulk setiap kali selepas solat Isyak
⚘Sebagai seorang anak - Sisyat nak tambah pemberian bulanan untuk mak ayah
⚘ Sebagai seorang Isteri dan Mama - Nak tambahkan kebahagian untuk mereka. Niat untuk tambah umat Muhammad lagi seorang.
⚘ Sebagai seorang Blogger - Target Sisyat nak update blog setiap hari dan blogwalking sekurang-kurangnya 30 blog.
⚘Sebagai seorang pengedar Shaklee - Sisyat nak double active dari tahun sebelumnya.
#3 Azam Tahun 2021 : Buang Semua Perkara Yang Mengganggu Motivasi Diri
⚘ Abaikan aura negatif yang menghalang kejayaan.
⚘ Keluar dari zon selesa yang mengikat cara hidup selama ini.
#4 Azam Tahun Baru 2021 : Sayangi Diri Walau Dalam Kesulitan.
#5 Azam Tahun Baru 2021 : Bandingkan Diri Dengan Diri Sendiri
⚘ Hanya diri sendiri dapat menilai sejauh mana kemampuan diÅ•i. Pecahkan tembok yang menghalang.
#6 Azam Tahun Baru 2021 : Bersyukur Dengan Apa Yang Dimiliki
⚘ Jangan bandingkan diri dengan orang yang lebih dari kita, tapi sebaliknya selalu lah pandang pada yang kurang dari kita.
Inilah yang Sisyat target dalam kehidupan Sisyat untuk tahun 2021 ini. Hanya doa pada yang SATU saja Sisyat panjangkan agar dipermudahkan perancangan tahun baru.
Selamat Tahun Baru 2021 untuk semua.

Ukhwah dengan ikhlas:
-Sisyat-
Pengedar Shaklee Kapar Klang
wahh bagusnya heheh semoga konsisten kak🥰
ReplyDeleteTerima kasih dila. Happy new year juga..
Deletehi, jemput singgah blog, especially kalau berminat nak tambah pendapatan dengan Jamu Tun Teja. Terima kasih =)
ReplyDeletehttps://241107hh.blogspot.com/2021/01/slip-gaji-yang-sah.html
Mudah2an azam baharu tahun 2021 akan terlaksana
ReplyDeletedan jadi insan solehah.
Semoga tahun 2021 masihi memberi kecerian kepada kita semua..
ReplyDeletesisyat! hopefully semua azam sis tercapai..amin
ReplyDeletebagus ada senarai azam yang jelas macam ni kan
ReplyDeleteameeen, moga tercapai azam yg dilistkan
ReplyDelete