Tuesday, 5 January 2021

Pengalaman Buka IUCD Di Klinik Ajwa Shah Alam

Pengalaman Buka IUCD Di Klinik Ajwa Shah Alam | Selalu sangat wanita mendengar dan menyebut IUCD, tapi tahukah anda apa sebenarnya IUCD ni?

IUCD adalah singkatan kepada Intrauterine Conceptive Device yang merupakan alat pencegahan kehamilan yang dipasang di dalam rahim. IUCD ni berbentuk 'T', dan bila dipasang dalam rahim ianya seakan seperti payung.

Pengalaman Buka IUCD Di Klinik Ajwa Shah Alam - Contoh IUCD

Baru-baru ini Sisyat baru selesai membuka (remove) semula IUCD yang dah dipasang dalam rahim sejak Oktober 2019. Tak sampai 2 tahun pun Sisyat pakai IUCD tu.

Kenapa Pakai IUCD?

Fungsi utama IUCD pun kita dah tahu adalah untuk tujuan pencegahan kehamilan. Jadi, tujuan utama Sisyat pakai IUCD adalah untuk mencegah kehamilan yang ke 5 selepas kelahiran anak ke 4 Sisyat, Hanania Auji. (Tapi anak Sisyat yang ada sekarang cuma 3 orang, satu keguguran)

Tapi alasan paling utama adalah kerana Sisyat perlu mengikuti Program Transformasi Minda (PTM) iaitu kursus wajib bagi seorang penjawat awam yang baru dilantik. Syarat yang paling keras bagi peserta wanita ialah tidak boleh hamil.

Sekiranya hamil, pegawai berkenaan tidak layak mengikuti kursus berkenaan dan akan di daftarkan pada sesi akan datang. Kesannya ialah, pengesahan dalam perkhidmatan akan menjadi lambat berbanding rakan-rakan satu batch yang lain. This is yang Sisyat tak nak memandangkan umur pun dah sangat matang ketika menjawat jawatan penjawat awam yang ini.

Jadi, Sisyat pilih untuk menggunakan kaedah pencegahan kehamilan yang disarankan oleh klinik kesihatan. Masa ni nurse cadangkan 3 kaedah pencegahan:-
  1. Ambil ubat perancang
  2. Cucuk depo
  3. Implan
  4. IUCD
Untuk pertama kalinya sebelum pakai IUCD ni, Sisyat cuba cucuk depo dahulu. Yang kurang menariknya, depo ni perlu cucuk setiap 3 bulan sekali. Sempat la 3 kali buat temujanji cucuk depo. Tapi, bila cucuk depo ni jerawat menyerang dengan  sangat subur. Hormon memang kacau.

Bila rujuk kepada doktor, disarankan agar Sisyat tukar kepada IUCD. Implan pun tidak sesuai. Sebabnya kalau tak sesuai dengan depo, maksudnya implan juga tidak akan berjaya.

Baca juga:

Jadi Sisyat buatlah temujanji dengan Klinik Kesihatan Kapar untuk pasang IUCD. Masa yang paling sesuai untuk pasang IUCD ialah ketika sedang haid pada hari ke 5 atau ke 6 (kalau tak silap Sisyat la). Masa ni dinding rahim masih lembut, jadi rasa sakit tu pun sikit saja.

Pengalaman Buka IUCD Di Klinik Ajwa Shah Alam - IUCD

Tapi Sisyat pasang selepas seminggu habis haid, dan rasa sakit tu rasa la juga. Tak ada la rasa sakit sangat bagi Sisyat.

Kos pasang IUCD di KK Kapar pada masa tu (2019) cuma RM1.00 sahaja untuk servis diorang.

Kenapa Buka IUCD Awal?

Bulan lepas (Disember 2020), baru genap 15 bulan Sisyat pakai IUCD. Masih baru sangat kan? Sebab Sisyat pakai pun masa anak Sisyat dah lebih umur 2 tahun.

Alasan utama Sisyat buka IUCD awal sebab kami plan nak dapatkan anak ke 4 pada tahun ni. Masuk dalam 'bucket list' tahun 2021 tau plan ni. hehe

Baca juga:

Sebab Apa Pilih Klinik Ajwa Shah Alam?

Sebenarnya, Sisyat memang selalu mendapatkan servis Klinik Ajwa sejak mengandungkan anak pertama tahun 2011.

Antara servis yang Sisyat pernah buat di klinik ni ialah:-
  • Check up 9 bulan kehamilan anak pertama pada tahun 2010 - 2011.
  • Check up dan cucuk vaksin anak pertama.
  • Rawatan ketika keguguran anak ke 3.
  • Rawatan pesakit luar anak-anak Sisyat.
  • Sunatkan anak perempuan Sisyat
Itu antara servis yang Sisyat ambil di klinik ini dan ianya sangat memuaskan hati kami suami isteri.

Bagi Sisyat, Klinik Ajwa adalah klinik yang sangat Sisyat sarankan kepada sesiapa sahaja kerana:
  • Klinik yang sangat mesra pesakit. Ruang klinik yang sangat selesa dan memudahkan para pesakit lebih-lebih lagi orang tua dan bayi.
  • Doktor dan nurse yang sangat 'polite'. Menjawab setiap pertanyaan dengan mesra dan berinformasi.
  • Harga yang ditawarkan adalah berpatutan. 
  • Hospitaliti yang sangat menarik.

Pengalaman Buka IUCD Di Klinik Ajwa Shah Alam
Pengalaman Buka IUCD Di Klinik Ajwa Shah Alam - Klinik Ajwa Seksyen 7

Sisyat buat temujanji dengan Klinik Ajwa melalui telefon sahaja di talian 03-5510 6258. Daripada staf yang menjawab panggilan tu, di fahamkan:

  • Proses buka IUCD ialah ketika dalam tempoh haid. Paling sesuai pada hari ke 4 atau ke 5 period kerana dinding rahim lembut pada waktu ini.
  • Perlu membuat temujanji terlebih dahulu. Hanya ada 2 orang doktor yang mahir untuk buka IUCD.
  • Kos untuk buka IUCD cuma RM60.00 sahaja.
Sepatutnya Sisyat ada temujanji pada hari Khamis iaitu sehari sebelum Krismas, tetapi disebabkan doktor yang berkenaan bercuti jadi temujanji di awalkan kepada hari Rabu pukul 3 petang.

Sampai di klinik dari Kuala Selangor, tepat jam 3 petang dengan hujan yang sangat lebat. Seperti biasa, musim Covid 19 ni seharusnya perlu mematuhi SOP yang telah ditetapkan kerajaan.
  1. Pertama kali kena buat pendaftaran dan bagitahu tujuan rawatan. Macam Sisyat, memang untuk remove IUCD.
  2. Nurse akan ambil maklumat diri yang berkaitan seperti umur, tahap kesihatan termasuk alahan kepada ubat, berat badan dan juga tekanan darah.
  3. Dah selesai bagi makumat, tunggu nama dipanggil untuk jumpa doktor.
  4. Selepas doktor ambil semua maklumat yang diperlukan, doktor akan minta ke 'makmal' untuk disiapkan bagi prosedur remove IUCD (Sisyat berdebar oii. Takut sakit sangat)
  5. Semasa prosedur, doktor akan terangkan dan tunjukan peralatan yang digunakan seperti mulut itik. (Fuh, yang ni serius dik non oii)
  6. 5-10 saat prosesnya. Doktor masukan mulut itik ke dalam rahim dan tarik benang IUCD, then doktor terus cakap I'M DONE sambil tunjuk IUCD yang dah berjaya dikeluarkan. Rasa sakit macam sakit senggugut yang dah nak habis tu. Gitu je. Biasala kan dinding rahim.
Pengalaman Buka IUCD Di Klinik Ajwa Shah Alam - Mulut Itik

Sangat pantas dan cepat. Sepantas kilat boleh Sisyat katakan.

Sambil-sambil bersiap selepas prosedur, sempat bertanyakan doktor apa yang patut tentang pencegahan kehamilan ni especially IUCD.
  • Nak pasang IUCD selepas kelahiran sangat disarankan semasa anak belum makan solid food. Paling lambat adalah semasa umur anak 5 bulan. Walaupun anda merupakan ibu yang menyusu secara ekslusif.
  • Jika anak telah melebihi umur 6 bulan, itu adalah tahap wajib pasang IUCD (tiada lagi negotiation - sekiranya suami isteri memang pilih untuk family planning).
  • Jika pilih IUCD, dinasihatkan setiap 6 bulan sepanjang tempoh pasang perlu buat pemeriksaan alat berkenaan.
  • Kos pemasangan IUCD di Klinik Ajwa adalah RM250.00 sahaja (tahun 2020).
Bagi Sisyat, antara depo dan IUCD memang Sisyat pilih IUCD. Pasang saja ke dalam rahim, selesai. Tak perlu tiap-tiap bulan ke klinik untuk cucuk seperti depo. Cuma perlu alert semasa tempoh 6 bulan. Jika tak pergi, perlu pandai check benang di dalam rahim. Tapi sebaiknya, pergilah check di klinik atau hospital.

Jangan percaya dengan momokan sakit sangat dan seriau ketika prosedur. Ianya tak lah sakit sangat seperti sakit contraction nak bersalin tu.

Jadi ibu-ibu yang bercadang tak ingin hamil, pilih lah prosedur yang bersesuaian dengan anda sebagai langkah pencegahan kehamilan. Jangan dengar kata orang kerana kita yang nak facing benda ni. Pengalaman setiap orang tidak sama, dan doktor yang merawat juga tidak sama.

Doa yang baik-baik sahaja okay.
Your Bestie:
Hayati Suki (SisYat)
-Yang pernah pakai IUCD-

12 comments:

  1. saya pun pakai IUCD beberapa tahun lepas dan dah bukan pun..mmg lega sebab bab makan ubat perancang ni kekdg skip tu yang risau

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la fuzy.. xleh nk disiplin telan ubat ikut time..hehe

      Delete
  2. bagus perkongsian ni.. senang untuk perempuan yang merancang keluarga untuk refer

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih han.. moga sharing ni dapat bantu kawan-kawan yang lain :-)

      Delete
  3. Sy penah kenal seseorg di wad.. sama admitted.. sy miscarriage.. kes dia pulak iucd terlepas dan hosp swasta x boleh detect then tolak ke hosp krjn.. asbab tu kami berkawan smpai skrg

    ReplyDelete
    Replies
    1. huaa..seram nya kakmim. sebab tu kena check juga kan kedudukan IUCD tu..

      Delete
  4. baca macam ngeri, tapi perlu ambil tahu oleh semua wanita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. kena share utk awareness kaum wanita..hehe

      Delete
  5. bila baca sy pula yg terasa ngilu....

    ReplyDelete
  6. Single ke? Ciannn.... contact i okay. Love u.
    017-4502767

    Linked In : https://my.linkedin.com/in/mohamad-zuhairi-c-a-m-4a5744107

    FB : https://www.facebook.com/mohamadzuhairi.mohamadzuhairi

    Insta :
    https://instagram.com/zuhairizani

    Twitter :
    https://twitter.com/zuhairizani

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda :-)

Penafian / Disclaimers

#1 Segala testimoni /penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan terlebih dahulu.

#2 Segala perkongsian kisah peribadi adalah HAK MUTLAK saya dan keluarga. Semuanya adalah berdasarkan pengalaman dan kenangan kami. TIADA berkaitan dengan yang hidup atau yang mati. HANYA KEHIDUPAN KAMI.